Sabtu, Jun 30

Logo Halal


Sejak berpindah ke rumah sendiri, jarang aku meluangkan masa melihat berita. manakan tidak, sejak ada ASTRO, anak terunaku tak mahu tngok siaran lain dah selain dari Disney  Channel dan Cartoon Network. Pagini Aku berpelung melihat berita di TV, salah satu perkara yang menarik minat aku adalah mengenai Logo Halal yang tidak di iktiraf oleh Jakim. Berita adalah mengenai kisah restoran/hotel yang tidak mendapat pengiktirafan halal untuk membuat buffet ramadhan, ada juga di selitkan mengenai logo yang tidak diiktirafkan oleh Jakim. antaranya adalah:-


Setahu aku, banyak sebenarnya logo-logo halal yang terdapat di setiap bungkusan makanan cuma tidaklah aku tau adakah logo2tu diiktraf Jakim. tapi tidaklah pula semua logo-logo tu di tunjukkan. Cuma 3 logoni sahaja yang dipaparkan oleh Jakim. Ada juga aku baca info ada restoran makanan yang menggunakan logo yang ada kat atasnih. So, mulai sekarang bukaklah mata bukakan minda perhatikanlah logo yang digunakan di setiap restoran dan kedai makan. Andai anda ternampak antara ketiga-tiga logoni, hindarilah restoran/kedai tu dan adukanlah kepada jabatan agama Islam dan war-warkan mengenainya. 
Logo halal yang dikeluarkan dan diiktiraf oleh Jakim sediri.




nota: Info buat diri sendiri agar lebih berhati-hati dan lebih berwaspada di dalam pemilihan makanan. Mencari yang halal adalah Fardhu...


Lunch #1 At Pizza Hut

Lama rasanya aku ngan pn. Ana tak makan Pizza bersama. Adalah dekat setahun lebih (kalau tak silap akulah).Harini, Kami ke Giant mencari barang makanan untuk persediaan perkemahan anak Pn. Ana. Kebetulan aku ada menyebut mengenai nak makan pizza, Pn. Ana pun cadangkan untuk makan di restoran tu. Kebetulan pulak Pizza hut ada buat promotion lunch treat, so aku decide ambil lunch treat yang berharga RM 8.90 campur tax lebih kurang 10.90, makanan yang di tawarkan adalah single pan pizza, soft drink and soup of the day. 
Pizza Blur... ahaks
Air Citrus lime dgn upgrade RM 2jer
Oklah berbanding dari ambil menu biasa untuk seorang dgn makanan yang sama dengan harga RM 14.90 belum campur tax lagi tau.

Jumaat, Jun 29

Membuat Kerja Sekolah Di Rumah

Anak terunaku dah mula mendapat kerja sekolah yang perlu di selesaikannya kat rumah. Cukup tekun dia membuat kerja tersebut. Dan aku sebagai ibu merangkap sebagai supervisor, mengarahkan dan memerhati kerja yang dilakukan oleh anak terunaku itu. Belajarlah dengan tekun anakku, Ummi doakan moga anak teruna Umminih menjadi insan yang soleh dan taat disisi ALLAH s.w.t
Menghabiskan kerja
Tekunnya...
Tengoklah tulisannya...

Khamis, Jun 28

Penyeri Taman Rumahku


Akhirnya, satu-satunya pokok bunga ros kat rumah aku berbunga... sungguh aku berbangga, akhirnya ada juga penyeri kat taman akunih... hehehe.. biasalah orang pompuan memang cenggini

Aku memohon Rahmat-MU

YA ALLAH,
Murahkanlah rezeki buat ku dengan rezeki yang HALAL,
Kukuhkanlah Imanku dengan Iman yang benar,
Kurniakanlah Hati yang bersih buatku,
Berikan ku kesihatan yang elok,
Kurniakan kecerdikan yang tinggi buatku,
Serta Berikanlah Kejayaan yang besar dalam hidupku,


الله أكبر

Tenanglah Wahai Hati...

YA ALLAH... YA TUHANku.
Berikanlah kekuatan buat diri ini supaya tabah menghadapi segala cabaran hidup ini. 
KAU berikanlah kesabaran yang tinggi buatku.
Jauhkanlah segala hasutan syaitan yang cuba menghasut ku,
Andai sudah ditakdirkan bukan itu rezeki buat ku, aku terimanya dengan Redha dan rela sepenuh hati.
Mungkin akan ada rezeki lain yang menanti.
Aku bermohon pada MU, YA ALLAH moga KAU bukakanlah pintu rezeki yang lain buat ku seluas-luasnya
"YA ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambamu, anak hamba mu(Adam) dan anak hamba perempuanmu (Hawa), Ubun-ubunku di tangan mu, hukum-Mu berlaku pada ku, Qodho'-Mu berlaku padaku"
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Rabu, Jun 27

Selesai sudah Pembacaan Sunan Musafir

Selesai sudah perlayaranku bersama sunan musafir, sungguh berpuas hati dengan jalan ceritanya. Terasa bagaikan aku berada bersama-samanya ketika menghadapi musuh dan memerangi n musuh ALLAH. Walaupun hanya cerita rekaan, namun aku terasa bagaikan kisah hikayat yang benar sebagaimana cerita hikayat Hang Tuah. Rasa tak puas dan akan ku ulang semula membaca novel-novel ini dan melayari alam Sunan sekali lagi nanti........
Review Kisah Sunan musafir:-

Jalan Cherita agak menarik, cuma cherita kali ini aku terasa agak janggal sikit kerana  tiada babak dan aksi perlawanan sangat. RAM (Ramlee Awang Mursyid) mahu menamatkan cherita bersiri ini dan memberitahu kita bahawa Sunan telah bersara dari dunia persilatan. Tapi aku agak ralat sedikit sebab Novel RAM sebelum ini penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan dan membuatkan aku tak sabar menghabiskan Novel itu. Dalam novel ini membuatkan aku sedikit terharu di mana Ratu hati Sunan masih hidup namun dibawah sumpahan menjadi makhluk jadian. Namun, gerak hati sunan mengatakan bahawa isterinya masih hidup dan beliau sanggup berkorban demi menyelamatkan isterinya yang tercinta. Tetapi Sesekali membaca novel ini membuatkan aku jadi konfius, betulkan Sang Ratu masih hidup ataupun telah meninggal dunia. So kalu nak baca novelnih, jangan skip-skip membaca ya teruskan membaca dan akhirnya anda akan faham jalan cherita nya. Sekian

Isnin, Jun 25

Novel #1 Bermusafir Bersama Laksamana Sunan

Aku Baru jer nak mula membaca Sunan Musafir karya Ramlee Awang Murshid, Andai aku tidak sempat nak hapdet blog aku, harap dimaafkan. Kalau dah mula membaca novel Laksamana Sunan ini, aku tidak akan berada di dunia ini... sebaliknya aku bermusafir bersama Sunan. muahahahaha..... (thrill lah kunun) kita berjumpa lagi setelah aku selesai bermusafir dgn Sunan ek.

Ahad, Jun 24

Dinner At Sikin 2

        Malam minggu, malam yang kebiasaannya aku jarang masak makan malam. Mula nya kami decide nak makan dekat Restoran di Jalan Kebun. Tapi tak nampak pula restorannya di tepi jalan kebun tu. So kami decide untuk makan di Restoran Sikin 2 di jalan ke Bukit Kemuning. Retorannya agak besar dari Restoran Sikin 1 yang ada di Jalan Uganda, tapi orang tak ramai yang datang ke restoran tu. Mungkinkah, masakannye yang membuatkan tak ramai pengunjung yang datang atau restoran nya agak tersorok dari jalan, ntahla. Tapi pada apa yang lidah aku rasalah, masakan yang di masak x setanding Sikin 1. 
       Kalini, Hubby pesan Siakap masak 3 rasa, telur bungkus dan sayur campur. Air laici kang seperti selalu.
Masa Aku sampai, tidak ramai pelanggan yang ada
Siakap 3 rasa 
(suka pulak aku meratahnya sebab ikannya garing dimasak)
Telur Bungkus (Hmm.. not bad)
Anak Teruna yang dah tido sebab seharian tak tido semata-mata nak keluar berjalan-jalan
Masa nak balik, dah tiada kenderaan dan pelanggan yang berkunjung
Aku n family merupakan orang yang terakhir keluar dari sini



Sabtu, Jun 23

Hari Report Card Tadika

      Hari ini tadika anak teruna bercuti, di sebabkan hari report card day. Aku minta Hubby aku balik awal paginih sebab bolehlah jaga anak sekali. tapi hubby bagi alasan, asstn supervisornya juga nak balik awal nak balik kampung. So, by hook or by crook aku kena hantar gak anak ke pusat jagaan. Paginih, aku diberitahu yang aku perlu hadir untuk meeting jam 9 pagi ni. Alamak, macam mana pulak aku nak keluar pergi tadika anak akunih?    Atas arahan bos suruh aku lari kejap ke tadika. Sampai di tadika kami (aku n Hubby) ditunjukkan hasil kerja anak terunaku. Report card nya juga di tunjukkan, yang aku nampak lebih byk B dan C paling tinggi B+ dan paling Rendah C- dan no A's. Keseluruhan bagus, cuma cepat hilang fokus. Aku dimaklumkan, even depan tecenyer pun, dia boleh hilang Focus. Halamak......Memang aku akui, anak terunaku sememang nya begitu even belajar di rumah sekalipun, dia boleh hilang focus dgn cepat.
      Aku juga dimaklumkan jika diberi tugasan, dia sememangnya komited dan cukup memberi tumpuan penuh pada kerja yang perlu dilakukan nya itu. Tapi jika selesai kerja dan tiada lagi kerja yang perlu dilakukan, dia akan mula hilang focus dan mula bermain. Ohh.. tidak.. anak teruna ku..
      Satu perkara lagi, anak terunaku cepat naik angin dan susah nak mengawal emosinya (part yang tu yang dia dapat C- tu). Macammanayer... Keciwa jugak, namun aku kena redha.. dan perlu terima seadanya. Andai ada cara untuk aku tingkatkan focusnya, dan kurangkan panas barannya, sila tinggalkan komen untukku.. sgt buntu, Begitu juga tecenya.

Rabu, Jun 20

Anak Terunaku Dah Ada Perfume Sendiri?

Pagi semalam, Terkejut aku dibuatnya. Anak teruna sorang nih tunjuk kat aku sebotol minyak wangi. Bila ditanya katanya miliknya. Hah...!!! ni sah-sah hubbyku belikan gara-gara tak nak anak teruna sorangni pakai perfume dia. Naik tergelak aku dibuatnya. Tapi pagi tadi bila dicari dah tak jumpa ahaks.. nasiblah.. perfume walidnya jugak yang di bedal...

Liat Nak Bangun Pagi

Dekat setengah tahun dah aku jadi tukang kejut anak aku untuk bangun pagi ke sekolah. masih x berubah dan masih jugaklah takat tu.. jer... cukup liat, cukup susah nak bangun pagi.
Dah macam-macam cara yang aku buat, provok cakap ari ni last minggu nih sekolahla, pakai airlah, tanggalkan bajulah macam2. Kadang2 tu semalam senang bangun, arinih dah payah bangun dan yang paling aku menyampah bila dia nak bangun tu nak marah2. Bab bangun nak marah2 & nangis2lah yang paling malas aku nak layan. Sebagai ibu aku sabarkanjer.. ikutkan ajer kerenah si anak teruna. Tapi sekarangnih aku dah tak larat dah, aku tau anak teruna aku nih jenis yang penakut gelap, bila dikejut2 tak nak bangun & nak marah2, aku cakap kat dia 'tak nak bangun takpelah tidurjer... Ummi x kisah, tidurje terus'. Then, pelan2 aku tutup segala lampu dan kipas. bila nak keluar, aku tarik pintu kuat2 biar dia sedar dia dalam gelap. Tak lama lepas tu, akan kedengaran bunyi anak teruna menangis ketakutan.Dan tanpa tangguh, akupun suruh dia mandi dan bersiap cepat. Hmm senang.. Tapi tak boleh buat selalu nanti dia dah lali lagi jenuh. Tapi agaknya sebab anak lelaki mmg cukup susah nak mendidik mereka sewaktu 14 tahun kebawah nih.. yang dia tahu main... jer berbanding anak perempuan yang lebih mudah terdidik. Tapi bila  anak-anak mencecah 14 tahun ke atas pulak, susah nak jaga sebab dah mula ada pemikiran sendiri dan dah reti berpikir. Ye tak? Hmmm.. Ummi doakan anak Ummi dapat menjadi insan yang Mukmin yang Soleh di sisi Yang Maha Esa...  الله أعلم
Bertafakur sebelum buka mata

Selasa, Jun 19

Sehari yang Mengantuk

Huaaargggghhh... 

Menguap sesaje aku dari pagi hinggalah ke petang. Sekarangnih tgh tunggu waktu berbuka (puasa sunat bln Rejab tau, bkn ganti pose) pun masih terasa mengantuk yang amat-amat. Pagi tadi aku dgn 2nd bos ada taklimat pasal SOPHOS masa tu pun aku rasa aku dah menguap dekat 10 kali kot. Konpem mata aku merah giler... masa pandang muka orang ahaks.. Nak tangkap gambar bermaipun takde mood. Nak gak snap gambar, nak letak kat blog. tp malangnya aku tertinggal h/p Balik dari taklimat masih tak dapat menangkis rasa mengantuk aku. buatlah keja camner pun, masih gak nak terlelap. Last2 aku masuk bilik server n tido dalam kesejukan. Nasiblah janji leh lelap jap br 10- 20 minit. Tgh hari seperti biasa rutin aku ambil anak kat tadika n hantar ke pusat jagaan. 

Oklah.. dah sampai waktu berbuka, aku g buka pose dulu naa..

Kagum

Assalamualaikum...

Entry aku kali ni bukan ape sangat, cuma nak nyatakan rasa kagum aku dgn rakan sekerja aku yang begitu berminat dalam kerja-kerja menangkap gambar (photography). Ianya bermula kalau tak silap aku sebelum hari bahagianya (jadi raja sehari). Masa tu aku tgk dia dah mula berangan2 nak miliki kamera DSLR (betulke aku sebutnih?) sekarangnih dia dah pun miliki kamera tersebut, dan bermacam2 aksi yang dah dia snap. Lebih membuat kan aku kagum bila tgk gambar yang dia snap dan edit secantik photographer profesional walaupun tak setanding mereka. Tgklah hasilnya




Gambar2 nih hanya sebahagian sahaja, kalau nak lihat lebih banyak, korang bolehlah tgk kat Facebook beliau.


Dalam ati, menyimpan angan-angan nak miliki kamera yang sama

Isnin, Jun 18

Walimatul Urus #3 dan Sungai Besar

Assalamualaikum...

      Masih dalam post tertunggak..dah bersawang ghupernye post aku nih.. (heh br nak prasan ke?) kalu dah rasa dah lemau baca, x yah baca. aku x paksapun.. nih kan blog syok sendiri hehehe...
      Kalinih, aku blk dari kampung lebih awal. sebab2 utama nya, aku nak ke kenduri jiran opis ku merangkap adik ipar kawan sekolah aku n bekas bos aku. Kebetulan yang tak dijangkakan. Tapi aku x sempat nak snap gambar pengantin, pengantin dah tukar baju awal sangat. yelah aku pun sampai dkt jam 3 mana tidak. siap kena ejek ngan kawan aku lagi. hehehe... alah lambat pun disebabkan aku singgah Sg. Besar (nak beli baju blause kegemaran dan amat sesuai utk aku yg plus saiz nih.)
       Dah kenyang perut, sempat lagi aku menyinggah ke pantai remis, Kuala selangor utk beli kerang-kerangan sebelum pulang. Pada mulanya aku jangka takde org di pantai, tapi jangkaan aku meleset sebabny pantai tu penuh dgn org dan dah macam pasar dibuatnya. Agak menarik, namun disebabkan cuaca yang panas, aku hanya mampu untuk singgah sebentar cuma.
       Jom layan gambar.
Aku Balik ikut jalan belakang, Kampung Gajah dah cantik...
Singgah kedai baju kejap
Pantai Remis - air tengah pasang

Hapdet terkini, gambar-gambar yang aku ambil dari mukabuku pn Kina
 Nilah muka kawan sekolah aku, Botak like my hubby gak ahaks.. dah 3 dah anak dia. Aku? sorangjer.. ntah bila boleh tambah lagi entahler.. rezeki Allah belum di kurniakan lagi.
gambar wife n anak dia yang paling kecik
Ceria Pasangan pengantin
 So pinky
so sweet
Kek yang juga pink
Selamat Penganti Baru buat mereka dan moga di limpahi dengan sebaik-baik keberkatan oleh NYA

Cuti-Cuti melawat Perak #2

Assalamualaikum...      

       Kami Berjalan lagi, alang2 dah cuti panjangkan. sempena cuti sekolah yang lalu, aku buat rancangan baek... punyer. Rancangan pertama ke Bukit Maxwel atau di panggil Bukit Larut, Taiping. Bertolak dari Bruas bukan main awal lagi. Namun apakan daya ku, bila sampaije di bukit larut. Kami di maklumkan tiada kenderaan naik ke sana di sebabkan ada perayaan kaum di puncak bukit tu. Hanya yang dah menempah bilik sahaja dibenarkan naik. Or the other opsyen is berjalan kaki naik ke atas (hah.. mampukah? kalau aku pakai baju sukan maybelah aku mahu sahaja aku redah naik, tapi aku pakai kasual. oh... tidak, Nehi nehi... kabbi nehi) 
        Keciwa dan Kempunan rasa hati nih. Takpela bukan rezeki ku, Insyallah mungkin di lainkali. Apa yang aku boleh buat adalah dgn menangkap gambar yang ada. di kaki bukit.


     Keluar dari kaki bukit Larut aku halakan kereta ke Burmese pool. Aku ingatkan kolam yang dibuat buat kaum Burma. Kolamkah itu? tapi rupanya sungai. Anak teruna x sabar2 nak mandi lagi sekali. Tapi aku n Hubby decide nak ke Zoo Taiping dulu, then baru pergi mandi. Mula-mula kami naik trem dulu, round n pusing Zoo, then baru jalan kaki n tangkap gambar.
     Jom layan gambar yang aku snap pake kamera h/pjer.. 
Pintu masuk Zoo

Tarif tiket 
Tiket Kami
antara aksi hero2 ku
 
Trem yg kami naiki

Aku paling seronok tgk aksi santai zirafah dan singa yang kekenyangan

Aksi memerang yg membuatkan anak teruna aku taknak bergerak
Dah penat berjalan, nak berdukung pulak

Jauh giler harimaunih.. masa dlm trem bkn main lagi main air


Kanggaroo..
Beruk liar yang nampak jinak tapi agak ganas. 
Selalu ikut sesiapa shj yg bawa makanan

      Tak sampai setengah Zoo kami jalan, anak teruna bersuara "Ummi cepatlah jalan, badan dah peluh-peluhnih, nak mandi kolam..." siap dgn aksi nak bukak baju. Ish.. anak terunanih, kalu tau ada tempat nak mandijer.. mesti x senang idup, asik nak mandi ajer... keluar dari Zoo... ummat manusia ramai giler.. parking pun penuh sampaikan nak keluar dari parking pun payah. 
Kemudian kami ke Burmese Pool untuk lepaskan penat dan lelah. Mulanya kami sampai pada waktu pagi, takdelah penuhpun parking2 yang ada, tapi bila kami patah balik tgh hari, kereta-kereta mula memenuhi  kawasan. Nak jalan pun jenuh jugak. mujur ada parking yang paling dekat dgn bantuan orang yang jaga parking. Terima kasih banyak abang parking..
Sempat aku snap sebelum keluar

      Kat sinipun ummat manusia ramai betul, sampaikan nak cari port mandipun payah. dkt 1/2 jam cari baru jumpa. Yang paling seronok mandi n berenang adalah anak teruna sorang tulah.. Sampai tak nak balik. Tak dapat nak snap gambar sangat pasal takder orang jaga barang, takut hilang.

      Sebelum balik, kami singgah pula di Taman Tasik Taiping yang amat cantik dan unik. Sambil bergambar, nampak beberapa pasangan pengantin baru yang mengambil gambar di lokasi luar. Bila tgk hasilnya mmg amat cantik, x macam aku masa kawin dulu, pakai tirai belakangje amik gambar.

     Jom tgk pemandangan tasik yang sempat aku snap.
Subahanallah kebesaran Allah. Pokok2 yang memberi teduhan kepada pengunjung hingga dahannya mencecah air tasik
cantik..

      Kita lihat pula aksi kami anak beranak bergambar.. ahaks..


Kelaparan lepas mandi

Sampai di sini sahaja penjelajahan aku di Perak. Insyallah ada masa aku datang lagi utk naik ke Bukit larut dan ke tempat lain lagi. Sangat seronok sampai aku terlupa utk singgah rumah Cik Ee, Kampung Tok Din (kampung ayah aku) n rumah Tok Teh ku. huhuhu... maaflah semua. Tak larat nak menyinggah atas sebab dah petang dan letih main air.