Ahad, Julai 29

SEGMEN #5 : Misz Mieza Nak Promot Blog Anda!


Assalamualaikum...

Hmmm... dah takde citer nak tulis arini  & takde yang menarik berlaku harini. Jadinya, join segmen ajelah. 

Tujuan Misz Mieza buat segmen adalah untuk mempromosi blog2 macam blogni, di samping menambah kenalan, selain menambahkan peluang untuk meningkatkan trafik ke blogni.
Mulanya ingatkan segment tutup dah, memamang tak perasan langsung yang tang bulan OGOS plus, lupa pulak yang kita tak cecah lagi bulan 8, Hehehehe.. so memandangkan dateline segmen tutup pada 25 OGOS 2012, apalagi, gatallah tangan, menggedik2lah hati nak join gak....

so, jom join beramai, lagi ramai lagi meriah.... Klik Sini utk tau lebih lanjut

Sabtu, Julai 28

Segmen #4 Up Follower by Lieya Syaira

Segmen lagi... Kalini di anjurkan oleh miss lieya



antara syarat-syarat by miss lieya adalah:-
  1. WAJIB follow blog lieya yang tak seberapa nie. [support la sikit]
  2. Click sini dan sini. :D [untuk tambah duit pocket yang tengah kering kontang nie]-tunggu sampai habis loading ye. ;D
  3. Buat 1 entry dengan tajuk SEGMEN UP FOLLOWER BY LIEYA SYAIRA
  4. Copy header lieya yang tak berapa nak cantik di atas tue dan tampal di entry anda.
  5. Submit url entry anda di kotak komen kat bawah nie sebelum 5/8/2012.
  6. WAJIB follow peserta lain yang menyertai segmen nie. dengan cara anda hendaklah ke blog-blog yang menyertai segmen ini dan tekan button follow dan tinggalkan jejak anda di blog-blog tersebut. :D
dah klik sana-sini, dah buat post, tinggal nak follow org jer.. 

Anda follow saya, saya follow anda juga...

Segmen #3: Bloglist Ain bulan Ogos!!!

Assalamualaikum uollss....


Lagi sekali, buat kali ketiganya aku join segmen. Saje suka-suki masuk segmen. 


Tuan penganjur segmen ni, Ain nak baca lebih lanjut klik Sini


Tarikh tutup: 3 Ogos, 12 malam.
Jom join beramai2 pastu kita BW sama2 ek....

Khamis, Julai 26

Bonus Aidilfitri 1/2 Bulan Gaji

Assalamualaikum....


Bukak2 Blogje, Semua blogger cerita pasal kakitangan kerajaan dapat bonus 1/2 bulan gaji. Seronokke dapat bonus? Tanyalah pada sesiapapun, sememangnya semua seronok dapat bonus. Tak kiralah walaupun setakat dari RM 500 sehinggalah berbulan-bulan gaji. Tambah-tambah lagi, buat kakitangan kerajaan macam aku, memanglah seronok dapat bonus walaupun dapat RM 500jer atau lebih. Bukan selalu dapatpun. Lainlah buat kakitangan swasta yang sememangnya dapat bonus setiap tahun. Macam hubby aku, tiap2 tahun dapat bonus sebulan/lebih gaji.

Tapi hakikatnya, dalam keseronokan dapat bonus ni, aku dapat rasakan yang harga barangan keperluan untuk raya akan naik mendadak lebih dari biasa. Betul tak, apa yang aku tulis? Selalunya begitulah...

Hmm.. buat kakitangan kerajaan, apa yang anda akan buat dengan duit bonus tu? off courselah mesti belanja untuk raya kan.... adatlah tu duit free mana nak dapatkan? Aku pulak, nak buat aperyer... hmm.. nak beli baju anak, aku dah beli masa kat bandung, nak beli baju raya, baju raya dah siap (aku punyerlah), nak beli kuih raya... tahunni nak jimatlah nak beli apa yang aku nak makan je, sebab orang jarang datang rumah aku untuk beraya. Melainkan aku buat open house. Nak buat open houseke? hmm... akan aku pikirkan nanti. Aler... nanti aku sorang2jer yang berkemas dan layan orang datang, hubby aku sibuk ngelek anak & layan kawan2 dia. Tak patut, tak patut.

Tapi apa yang pasti, aku nak sediakan duit raya untuk 'anak buah' aku yang sudi menolong dan membantu aku dalam menjalankan tugas harian. Takdelah banyak, tapi aku ikhlas sebagai tanda aku menghargai kerjasama dan pertolongan mereka. Tanpa mereka siapalah aku ni kan...

Sampai di sini sahaja celoteh aku harini.. nanti andai ada entri yang menarik hati, aku hapdet lagi ye.. da.... XOXO




*Syukur Alhamdulillah... ada juga rezeki ALLAH nak bagi

Suatu Hari Di Pejabat

Akibat keletihan setelah balik dari lawatan ke Masjid Putrajaya sempena Majlis Mengimarahkan Masjid Putrajaya

Rabu, Julai 25

Juadah Iftar Atas Permintaan Hero Cilik.

Assalamualaikum....

Malam semalam, Tak sempat aku nak update entri untuk juadah iftar. Tahap kemengantukan yang melampau  dah melanda aku, setelah menunaikan solat terawikh semalam. Giler2 punyer mengantuk, sampaikan nak jalan pun tak larat.
Juadah iftar semalam takdelah special sangatpun, biasa2je. Makanan kegemaran dia yang selalu aku masak untuk bawak bekal ke sekolah. Disebabkan Anak terunani dapat berpuasa sehari penuh semalam, aku bagi pilihan untuk dia memilih apa yang perlu aku masak harinih.
Permintaan si ciliktu, nak makan spagetti goreng, nasi sardin dengan air sepelot (air float rutbeer, yang nih aku yang cadangkan) pergh... banyak tu.. spagetti lagi, nasi lagi. Betul2 lapar nih. Tapi akhirnya aku decide nak goreng spagettije nasi sardin nanti sahurlah ye sayang. mujur juga dia stuju kalu tak jenuh nak masak.
oklah kita layan gambar yang sempat aku snap masa nak berbuka (maaflah tak cantik dan tak kemas, aku snap apa yang adaje).

Kentang Wedges yang sempat lagi di goreng
Spagetti Goreng permintaan anak terunaku
Betul-betul laparnih, tak pandang kiri kanan dah...

Alhamdulillah harini masih dapat anak teruna sorang ni berpuasa penuh lagi. mujur juga dia nak makan kurma bagi tambah tenaga dia walaupun nasi sardin yang dia makan sikitje... harap-harap dapatlah dia berpuasa lagi sampai habis Ramadhan... Insyallah andai di izinkan-Nya.



*terpikir, makin keringlah... anak terunani nanti.

Selasa, Julai 24

Puasa Penuh Sehari

Assalamualaikum,

Nak hampir sampai waktu berbuka dah, apa iftar korang harini? Sebenarnya dalam entri nih aku nak citer pasal anak teruna yang akhirnya dapat jugak berpuasa penuh harini. Seronok sangat rasanya harini, Setelah hari keempat aku mencuba untuk train anak teruna agar berpuasa penuh sehari, akhirnya cukup hari keempat, dia berjaya juga untuk berpuasa penuh harini. Kesian jugak aku tengok dia. Lembik jer badan dia. Nampak lemah. Tapi aku tau anakku seorang ni boleh melakukannya dengan jayanya.
Oklah dah nak masuk waktu berbuka dah ni. Nanti aku letak pulak entri juadah iftar aku harini atas permintaan anak teruna kerana berpuasa penuh sehari.

selamat berbuka buat semua ummat islam....

Isnin, Julai 23

Projek Baju Melayu Bermula

Assalamualaikum...
buat rakan blogger yang budiman, salam Ramadhan, harini genap hari ketiga kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Amacam, ok lagikan... belum lembik lagikan...
Tahunni, sekali lagi ntah kali keberapa ntah, setiap kali datangnya bulan Ramadhan, mesti aku buat projek nih, projek membuat eh menjahit baju melayu untuk Hero berduaku.. Tahunni sedikit malas aku rasakan, kenapa nthaler.. tak macam tahun2 sudah, selalunya aku start memotong dan menjahit kain sebulan lebih awal. Tapi tahunni, aku hanya siap memotong kain jer itupun utk hubbyjer.. si kenit blum lagi.. alahai.. kakak M dah datangdah.....

Inilah rupa seluar baju melayu yang siap dipotong.

Kain untuk baju melayu untuk tahunni, adalah dari kain pelekat yang aku beli masa aku ke Bandung dulu, Klik untuk entri dan entri seterus2nya. nanti dah siap akan aku tunjukkan hasilnyer ek

Ahad, Julai 22

Segmen: Bloglist Ramadhan #2

Assalamualaikum..,

Tengah sibuk duk terjah2 blog orang, terbaca plak dari blog babyaimacomel, pasal dia masuk segmen Bloglist ramadhan oleh si pendekar malaya Aku Si Jebat. Hmm.. baca entri si jebat, mudah jer caranyer.. tak susah manapun.. cuma letak header si jebat dan tinggalkan link. Tanpa berfikir panjang, aku pun nak masuk gak lah. Kalu korang nak masuk gak, boleh klik kat SINI




Singgah-singgahlah ke Blog saya yang tak seberapanih, andai anda follow saya, saya akan follow balik...





*jom la join... (dah ketagih join segmen lak huhuhu). 
* Dengan harapan boleh tambah sahabat blogger (follower) 

Jumaat, Julai 20

BEN ASHAARI : BLOGLIST RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum...

Singgah kejap blog, nak update entri... ternampak pulak, segmen abg Ben Ashaarini, Dia ada buat Segmen Ben Ashaari:bloglist ramadhan. Hmm nampaknye entri yang lain kena tunggulah kejap ek pasalnya segmentni tutup tengah malam ni. Hmm nampaknye kenalah aku buat entri yang berjadual laginih...

Walaupun baru lagi dalam dunia bloggernih, aku nak cuba buat jugaklah. semoga menjadi hendaknya... Ish.ish..ish.. org sibuk preprare solta terwih, aku lak sibuk prepare untuk segmen.. Ahaks...
So Tara....

Halamak header abang Ben dah bertukarlah... nampak akan kematangannya seseorang yang bergelar AYAH....

Dalam segmen beliau ada menyuruh aku nyatakan sebab kenapa korang perlu pilih blok aku. Hmm Kenapayer...

Kenapa Korang Perlu Pilih Blog Saya?

i. Sebab Saya (ahaks..sopannyer aku...) ni orang baru dalam dunia blog (budak baru blajalah katakan...)
ii. Saya rajin melawat blog rakan2  yang saya follow, walaupun tak update blog.
iii. Saya akan follow balik andai korang follow saya
iv. Insyallah... saya akan cuba update selalu entri blog saya selagi line internet dapat saya capai (almaklumlah.. kalau balik Beruas, susah nak dpt line internetni)
v. Blog sayanih, takdelah menarik/seronok sangat untuk dibaca, tapi masih mencuba untuk menjadi yang tertarik dan menyeronokkan..

ahaks.. panjang lebar.... segmen aku nih.. idea tgh mencurah2nih... hehehe...


Salam Ramadhan dan selamat berpuasa....

*Jom kita bertukar link, Tinggalkanjer komen ek


Ramadhan Datang Lagi....

Ramadhan datang lagi.. bermakna berakhirlah bulan Sya'ban bagi tahun ini. 

Teringat lak lagu opick (kalu tak silap akula) eh silap Tompi, lirik lagunyer camnila...

Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hoo...hati yang gembira
hoo...penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa

melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hoo...hati yang gembira
hoo...penuh suka cita

Tarawih dan tadarus

bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus

bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH


By:
Lirik Lagu Tompi- http://liriklaguindonesia-top.blogspot.com


Ahaks.. tujuan aku bukan nak nyanyi lagunih.. teringatjer..  Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa buat rakan2 blogger yang islam, serta buat mereka yang sudi singgah ke blog aku yang tidaklah semolek manani. Marilah kita melakukan ibadah di bulan yang mulia ini dengan penuh ketakwaan (takwahke aku?) kepada Allah SWT dengan bersungguh2 melaksanakan perintah-Nya dan Meniggalkan segala larangan-Nya. 

Yelahkan kitapun sedia maklum, bulan Ramadhanni kan bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan ganjaran bermula dari waktu imsak sehinggalah datang waktu imsak di hari yang lain.

Bulan ni jugak kita akan diduga dengan segala jenis dugaan. Dari nak jaga pahala puasa kasi penuh, aleh2 entahkan tinggal kosongjer.. buat penat puasajer... ahaks..  Aku harap tahunni dapatlah aku berpuasa dengan penuh ketenangan dan penuh ketakwaan.. tak nak jadi macam tahun2 lepas, di sebabkan sikap seseorang yang memang tak boleh ditegur dan diubah, hanya memikirkan dia sahaja yang betul, aku jadi kurang sabar dan cepat naik darah.

Last but not least, aku doakan kalian dapat menjalankan ibadah puasa di bulan ini dengan penuh kesempurnaan dan mampu mengawal segala kemaksiatan dunia serta dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malahan segala nafsu  seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah turut berpuasa. Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah dan bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan  dengan mengisi ruang-ruang yang ada bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT di dalam usaha mencari keredhaannya



*Selamat Berpuasa buat semua

Khamis, Julai 19

Aiskrim Vanila dan Coklat

Asslamualaikum,

Sekarangnih, aku tengah buat projek aiskrim nih. Tengok kawan sekolah aku buat aiskrim ciptaan sendiri, teringin pulak aku nak buat sendiri gak..
So pencarian resepi pun bermula, byk gak resepi yang aku jumpa pada blogger2 yang sudi mengongsi resepi mereka, terima kasih bebanyak.. Ada yang agak rumit cara buatannya dan memerlukan bahan yang banyak dan pada aku yang malas nak cari bahan dan malas nak ke pasaraya besar, memanglah payah sikit. Dan ada jugaklah yang senangjer bahan2 dan cara membuatnya. Untuk resepi yang rumit sikit tu korang bolehklik kat SINI dan jugak kat SINI serta kat SINI. untuk resepi yang mudah dan senang di sediakan, korang boleh tengok resepi yang aku nak bagi. Boleh jugak kalau korang nak rujuk lebih banyak resepi boleh klik kat SINI, SINI& kat SINI. Terpulanglah pada korang nak guna yang mana satu.

jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahan untuk Ice-Cream
2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gul,a aku guna gula kasto
Cara membuatnya
1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan wisk hingga kembang, berbuih dan ringan.
2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.
3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.
4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.
5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan


ok kita layan gambar pulak k.
bahan-bahan yang mudah di dapati di kedai.
korang nak tau yg mana satu wisk tu, tu yang dibulat merah tu
dalam proses mengisar semua bahan
taraa.... inilah rupa aiskrim yang aku buat...







p/s Aiskrim yang dibuat ni cepat cair, so keluarje dari fridge, terus makan dan jangan tunggu dah.

Selasa, Julai 17

Pantang Jumpa Kerusi Urut

Bila anak terunaku jumpa kerusi urut, inilah jadinya






* masani, muka dah rasa tebal 14 inch dan Ummi tebalkan muka gak senyum pada mereka yang memandang

Isnin, Julai 16

Spiderman Movie

Ulasan aku mengenai movie ni:-

Pada mulanya ingatkan ia menyambung cerita spiderman yang lama, tapi rupanya cerita yang sama seperti movie spiderman yang sebelumni. Cuma jalan ceritanya agak berbeza dan lebih menarik dengan pelakon yang lebih muda dari pelakon sewaktu movie spiderman yang lalu. Bermula dengan cerita Peter Parker sewaktu kecil dan bagaimana Peter boleh tinggal dengan Uncle Bennya. Kemuncak cerita bermula bila Peter Parker mula bersekolah tinggi dan mula menjumpai briefcase ayahnya yang menyimpan satu rahsia dan penyebab kehilangan ayah dan ibunya. Dari sini, Peter pergi mencari kawan ayahnya dan mula membantu kawan ayahnya menyelesaikan suatu formula lalu dari sinilah berubah segala-galanya.
Jalan ceritanya ada yang kelakar dan ada yang menyedihkan. Aku tergelak kuat masa ada scene Spiderman berlawan dgn orang jahat, mereka merempuh library di bahagian belakang namun tak di sedari langsung oleh librarian di bahagian depan kerana telinganya diletakkan earphone besar dan mendengar muzik mozart. Walau hancur library tu pun masih tak sedar ape.

ini info yang aku copy dari TGV


SYNOPSIS

Peter Parker finds a clue that might help him understand why his parents disappeared when he was young. His path puts him on a collision course with Dr. Curt Connors, his father's former partner.

DETAILS

Rating
P13
Language
english
Year
2012
Writer
James Vanderbilt, Alvin Sargent
Actors
Andrew Garfield, Emma Stone, Rhys Ifans, Irrfan Khan



Nak tahu lebih lanjut? korang pergilah tengok movieni best jugak, release tension. 




*berazam nak tengok movie brave & ice age 4



Ahad, Julai 15

Movie # 2 Spiderman

Assalamualaikum,

Lepas maghrib semalam, kami keluar dari rumah ke Bandar Baru Bukit Raja. Mula2 sampaije aku terus ke TGV ambil tiket. ambil tiket sekejapjer, dah booking online so senanglah sikit. Tapi nak menunggu tu yg lama. Ada masa lagi sejam lebih, jadi akupun decide jalan2 dulu cuci mata dan cari makan.
Pilih baris Belakang sekali dan paling hujung tepi dinding
Tiket tiket, macam paham....
Tepat jam 9:30 mlm, kami masuk ke pawagam. Sempat lg nak bergambar
Tak nak pandang kamera sebab sakit mata tengok flash


* nanti aku ulas citer spiderman tuh ek.. tungguuu....

Sabtu, Julai 14

Shoes Festival @ Bandar Baru Klang

Kepada peminat kasut, tak kiralah lelaki ke perempuanke.. AEON Bandar Baru Klang membuat jualan Shoes Festival. Kasut-kasut yang dijual murah2 belaka. Carlo Rino je di jual serendah harga RM18 dan diskaun sehingga 70%, mana yang berdekatan tu, silalah beramai2 ke sini.





* kenapa AEON suka buat sale time tengah bulan ek?

Movie #1: Spiderman

Harini kali ke-empat kalau tak silap aku, aku ke panggung wayang bersama family aku sejak anak terunaku hadir dalam hidup kami. Kali pertama, kami tengok movie Alvin n chipmunk, disebabkan anak teruna tak boleh duduk diam, kami pun berazam takkan bawak dia lagi. Kali kedua, aku dengan hubby jer, tengok citer apa aku tak ingat. Tapi kami bawa jugak kali ketiga tengok movie transfomers. Boleh pulak anak teruna akuni bantai tido ditambahkan lagi dengan bunyi berdengkur, kut pulak tu. Sampai orang depan toleh ke belakang lagi. Kalini kami tengok movie Spiderman pulak.
Tiket sudah pun aku tempah dari hari Khamis lagi, Hubby kena OT pulak, Seawal pagi sudah aku pesan pada hero cilik aku tu supaya tido waktu petang supaya dia tak tertido masa tengok movie macam dulu. Tinggal nak tunggu lepas maghribjer.. then off to go to the AEON Bandar Baru 

* nanti aku update ulasan pasal movie nih ek.. 

Jumaat, Julai 13

Bihun Goreng Tomyam Udang & Cendawan

Dari hari isnin yang lepas, anak teruna membuat permintaan "Ummi nanti ummi masak bihun goreng pedas, bihun goreng udang pedaslah, nak bawak pergi sekulah" dan aku membalas "nanti Ummi mintak walid beli udang kat pasar malam esok ye, kita bawak bekal hari jumaatlah ye sebab tece tak masak ari jumaat". Anak terunapun bersetujuje.. janji ummi masak apa yang dia nak.
Hampir terlupa aku dibuatnya nak masak bihun pagi tadi, mujur hubby ku ingatkan. Dengan penuh kelam kabut akupun mula mengupas bawang dan mengopek udang serta menyiat cendawan. Mujurlah aku dah rendam bihun siap-siap dan dah keluarkan udang dari freezer malam semalam. Tak sampai setengah jam aku siap memasak dan siap hidang untuk anak teruna sorang tu.
Maaflah presentation tak cantik sebab yg nih je sempat snap.
turun bawahje dah licin, bila di tanya sedap ke tak senyapjer.. takde jawapan

Resepi Bihun Goreng Tomyam (aku cipta sendiritau takde tiru mana-mana resepi ek)

Bahan-bahan:-
1 biji bawang merah - dicincang halus
3 ulas bawang putih - di cincang halus
4 - 5 sudu cili giling
1/4 mangkuk air asam jawa yang pekat
2 sudu kicap
4 sudu sos cili
1 cawan air
3 helai daun limau purut (pagini aku tak guna, tak sempat ambil & cari)
2 ketul kiub tomyam (aku guna cap maggi)
1-2 genggam cendawan tiram - disiat halus-halus
10 ekor udang yang dibuang kepala (ikut suka nak berapa ekorpun)
Bihun ikutla banyak mana nak masak - direndam dahulu sehingga agak lembut
1-2 batang sayur sawi

Cara-cara Memasak:-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak secukupnya
2. Setelah kekuningan, masukkan cili giling 
3. Setelah Cili dah garing sedikit, masukkan kiub tomyam
4. setelah agak sebati, masukkan sos cili dan kicap kemudian masukkan air
5. Setelah mendidih, masukkan udang dan cendawan tiram
6. Setelah udang masak, masukkan bihun yang telah direndam tadi (air dibuang dulu ye) dan gaulkan bihun tersebut hingga sebati dan jelas kemerahan bihunnya. 
7. Akhir sekali, masukkan sayur sawi dan  tunggu hingga sayur masak sebelum api ditutup.


Nota:- kalau rasa nak betul-betul rasa macam makan tomyam, boleh lah diletak baby corn, lobak merah, bunga kobis dan sebagainya. Tapi jangan letak tomato ek nanti lembik sgt tak sedap makan dgn bihun.

Oh yea, dalam bihun goreng ni aku tak masukkan garam sebab dalam kiub tomyam tu sendiri dah ada garam di tambahkan lagi kicap serta sos cili yang aku guna tadi. Bukankah kita kena kurangkan garam dalam makanan dan lebihkan senyuman... eh betulke ayat nih... hehehe

*Selamat mencuba*




Khamis, Julai 12

Al-Fatihah.....


Ketinggalan rupanya akunih.. punye lah lama aku tak bukak FB aku. Rupa-rupanya salah seorang kawan sekolah aku telahpun meninggal dunia pada 15 Jun yang lepas. Al-Fatihah aku sedekahkan buat Arwah Shahrizan Hamid. Beliau mula admit di hospital disebabkan bisul besar di belakang kepala Arwah. Sebab-sebab kematian masih tidak diketahui lagi. Dekat hampir sebulan, baru aku tau yang Arwah dah kembali ke rahmatullah... Aku dapat tau pun dari bff aku izat, bila dia letak kat wall aku pasal pemergian Arwah. Sedihnya aku rasa kehilangan Arwah.
Hilang sudah pengusik tegar aku. Dalam banyak-banyak kawan lelaki, dialah yang paling kuat usik aku dan kacau aku dalam kelas, walaupun dah sehabis garang aku buat kat dia, namun dia tetap mengusik aku tanpa takut langsung. Sampaikan dah dewasa inipun, walaupun dalam FB Arwah masih begitu. 
Rindunya aku pada arwah... patutlah lama Arwah tak join mengusik aku masa Irman mengusik aku dulu. Selalunya, kalau aku mengusik salah sorang dari mereka mesti mereka join sama mengusik aku sampai aku rasa nak nangis pun ada. Rindunya aku kat Arwah....
Inilah manusia, masa ada tak mahu menghargai seadanya, masa dah tiada barulah terasa kehilangan. Tak sempat aku nak mintak maaf kat Arwah sebab ada jugak sesekali mengutuk dalam hati sebab tak tahan kena usik. Terkilan jugak sebab langsung tak sempat jumpa langsung lepas habis sekolah.

Iktibar buat diri sendiri, walau sesihat manapun kita, andai telah di takdirkan ajal menjemput kita, sesaatpun tak akan dilengahkan. Aku juga terpikir adakah cukup amalan aku selamanih? yang manakah timbangan aku yang paling berat? yang baikkah, yang burukkah? akan ke manakah aku nanti? ke syurga atau sebaliknya?  YA ALLAH YA RABBI.. kerdilnya diri ini ketika ini ku rasakan. tak sanggup rasanya nak menghadapi hari di hisab nanti, kerana amalanku, agamaku dan jihad ku belum mencukupi

Tuhanku aku tak layak masuk syurga mu
namun tak upaya menghadapi api nerakamu


Takziah dari aku buat keluarga arwah. Aku doakan semoga arwah tenang di alam barzakh... Al-fatihah





*cuba untuk upload video pasal arwah namun tak dapat aku uploadkan.

Majlis Hari Lahir dan Farewell Jabatanku

Setelah sekian lama sambutan hari lahir jabatan aku tak di sambut di ofis, akhirnya sambutan dijalankan juga bersama majlis perpisahan untuk salah seorang kakitangan yang berpindah ke jabatan lain minggu hadapan. Kali terakhir tak ingat pulak aku bila kalau tak silap awal tahun ni jugak. ntah dah lama sangat, akupun dah lupa. sambutan harini kami buat rangkum sekali yang belated, present & in coming iaitu bulan 5, 7 dan 8 skali ahaks... jimat... Walaupun serba kekurangan dan terdapat trajedi yang menimpa, kami sambut juga dengan penuh kemeriahan dengan cara kami.

Persediaan Majlis
                                                                  
Kek Harijadi

Mereka yang menyambut Hari lahir, dari kiri PTU, PN2, JTA, PP, JTS & PT
Sempat snap 5 gambar individu jer... sebab PN2 laju sgt potong kek

Makanan dan minuman kami.. huhuhu.. janji ada...
Pn. pengelola majlis
 (maaf pn., terpaksa interframe anda di sini sebab gambarnih sgt ayu lagi cun bagi saya)





*terpaksa keluar awal sebab nak amik anak teruna dari tadika





















Rabu, Julai 11

Penyeri Taman RumahKu #2

Niat di hati sebenarnya aku nak ternak eh silap tanam pokok tuberose atau orang panggil bunga sun**l malam. Pokok nya dapat dan dah tanampun namu bunganya tak keluar2 pelik gak ni. Sudahnya aku beli bunga ros kat jualan pesta flora aritu untuk menyerikan lagi taman rumah aku. Tak dapat tengok tuberose, dapat tengok rosepun jadilah.... penyudahnya, aku berazam nak kumpul semua warna bunga ros yang ada ahaks.. ahaks..
 warna nye lebih kurangje dalam gambar. sedangkan bunga yang atas warna pink dan yang bawah warna peach. suka sangat.. kembang giler bunganih, masa aku beli kuncupje dan tak mengembangpun..

Selasa, Julai 10

Cantiknya Lanskap yang Direka...

Ok, ini adalah sambungan bergambar dari Pesta Floria Putrajaya 2012. Disebabkan gambar yang di ambil terlalu banyak jadi akupun buat sambungan khas utk gambarjer..
Apa lagi jom kita layan gambar2 yang sempat aku snap...


Boleh pulak dia berposig kalau tidak payah giler
Aku, Ma, Acu n Niza
Ala2 tropika gitu
Anak terunaku dan Hubbyku (kena paksa bergambar dalam panas)
Comel tak kami? ahaks..ahaks
penuh dengan orkid putih (my fav)
Penuh dengan orkid..... 
Beraksi bersama cik yang
Bergambar bertiga
Ahaks.. org nak tangkap gambar candid ma, ma pun sibuk tangkap gambar aku
tengah sibuk berposing, ada beruk lak terlepas kat sebelah aku tu.... hahahaha
Cik Yang & Aweksnyer
Antara gambar yang paling aku suka
Cuaca panas.. mampu tangkap dari jauhjer...


Masuk dalam sejukkan badan kejap sebelum balik 
Backyard lanskap
Gambar bawah di sertai dari Autralia yang atas aku tak ingatlah tapi dapat no. 2
Ha.. kan kat entri yang lepas aku ada bagitau pasal peserta dari negara jepun, yang sebelah kanan penertaan yang dapat no. 1, yang sebelah kiri dari jepun unikkan.

Hasil dekorasi yang mendapat no. 1

Habis hampir setengah hari aku menghabiskan masa kat putrajaya, tiba masanya aku pulang dan ambil bunga ros yang aku beli sebelum masukke kawasan lanskap. Nanti aku ceritakan pasal bunga ros aku yek.
Perut dah memanggil2 untuk di isi. sempat lagi kami berkelah dan menjamah makanan yang aku bawak dari rumah.Sampai jumpa lagi tahun depan Pesta flora Putrajaya.. daa....