Isnin, Disember 31

Keningnya sudah Berparut

Assalamualaikum...

Susulan dari kisah anak teruna aku yang terlebih aktif tu di sini, Pagi Khamis keesokan harinya aku menghantar anak teruna ke Pusat jagaan seperti biasa. Dalam jam 10 pagi, aku mendapat panggilan dari Guru Pusat Jagaan yang anak teruna telah di hantar ke Klinik Aneka kerana dahinya luka dan berdarah. Tapi, tak lama selepas itu aku dapat tau anak teruna di bawa pula ke Hospital Ampuan Rahimah. sedihnya bukan kepalang hati ini, mendapat tahu anak aku kemalangan di Pusat Jagaan. Dalam Hati, aku tak tahu nak marahke, terkilanke, yang aku tahu aku risau. Teruk sangat ke anak aku cederani? Menurut penyelia Pusat Jagaan tak teruk sangat. Tambahan lagi, anak teruna aku kuat orangnya dan tak menangis kuat. malah terlebih aktif lagi ada. Itulah anak teruna aku, memang tahan lasak orangnya. Hai lah.. habis semua tempat penuh parut. Serasa akulah, masa aku pilih namanya, takde pulak ada perkataan cergas, cerdik lagi adalah.. warak pun ada. 

Dari penerangan Teachernya, anak teruna aku nih digeletek oleh abang-abang (anak-anak yang lagi tua darinya) disebabkan nak mengelak dari di geletek, dia melarikan diri lalu kepalanya terkena besi tempat letak duster pemadam/marker pen papan putih. Ngeri aku mendengarnya. Semua Teacher yang ada minta maaf sebab kejadian tu, aku maafkan cuma harapnya pusat jagaan lebih berhati-hati dan lebih memasang alat keselamatan pada setiap bucu yang ada.

Berparut sudah kening anak terunani, moga terus comel dan terus menawan hati Ummi dan Walid. Moga menjadi anak yang pintar dan yang menyejukkan hati Ummi dan walid yer sayang.

Kesan luka yang berbentuk Y. Gambar di hantar oleh penyelia pusat Jagaan

Wajah selepas di kenakan 4 jahitan di kening.




#Opah PJ belum dimaklumkan laginih, kalu dia taulah.. mau lunyai telinga aku nanti huhuhu..

MAHA 2012

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak bercerita pasal kisah yang lama gila aku peram nih.. kalau peram mempelampun mempelam tu dah busuk kot hehehehe....aku takde mood nak edit gambar pun iyer gak. 

Masa pesta MAHA 2012 yang dilancarkan awal bulan 12 yang lepas, aku dan family aku ke sana pada hari terakhir program tu di jalankan. Teringin nak tengok apa yang best sangat kat pesta tu. 

   Bapak, Ramai giler orang masa tu, orang-orangnye aje yang tak gile ye ramai itu yang giler. keretapun banyak. Aku parkingpun dah naik ke bukit kedua, jauhtu nak menapak. Tapak pestanyapun luas dan besar. Naik letih nak tengok satu-satu pameran yang ada. Tengah letih-letih berjalan, aku terserempak dengan..... alah kenderaan yang selalu ada kat padang golf tu. Tapi, yang ini dinaiki oleh mantan perdana menteri kita yang ke-4. Tun Sri Mahathir. Tak sempat aku nak snap gambar, laju sangat nak masuk bilik VVIP. Jom Kita layan gambar ek.

Ramai giler manusia masani. Nak naik baspun sesak jalan pun tak boleh.
Besar giler.. lembu-lembu nih...
Sempat bergambar atas trektor

Anak teruna yang pada mulanya tak nak naik dan bergambar, dah jadi seronok pula

Tahun depan kita tengok pula apa yang akan dipamerkan... lagi seronok or...

Disarankan, jangan beli apa-apa kat bazar di jalan keluar MAHA, mahal giler ko.. betul punya cekik darah.





Apesal Aktif Sangat Nih?

Assalamualaikum....


    Pada Rabu malam Khamis yang lepas, kebetulan pula Hubby kerja shift malam. Aku pelik dengan anak teruna aku yang sorang nih, apesallah dia aktif sangat malam ni? Hubby bagitau aku budak sorang ni tak tidur siang langsung satu hari tu dan kebiasaannya, bila malam menjelang, dia akan tidur awal tanpa sempat makan malam. Ini tidak, dan jam 9  malampun dia tak tidur lagi malah masih aktif bermain.
Jam 8:30 pm rumah dah kucar kacir dibuatnya. Meja belajar dia dibuat jadi papan skate board, papan skate board tukar jadi meja belajar. Puas dah aku melarang namun perkataan sekejap juga yang aku dengar.
Jam 9:00pm, korang nampak buku yang terbukak kat belakang tu? ntah ape benda ntah nak dibuatnya. bila aku tanya perkataan sekejap juga aku dengar, aku tanya "nak buat apa koyak kertas tu?" Ntah apa butir dia jawab aku pun tak paham.
Jam 10:00pm, dah sudah buat kertas ala-ala pedang gitu, dan puas buat meja jadi papan selaju, terbaring pula. Main apa ntah, malas aku nak layan. Layan cerita kat TV lagi best.
20 minit kemudian, tertidur sudahnya dengan kertas gulung dalam pegangan.

Aku jadi pelik kenapa aktif sangat anak teruna aku malam tu. Disebabkan terlalu aktif malam itu, rupa-rupanya ada sesuatu terjadi keesokan harinya. itu aku ceritakan pada entri yang lain.

Blues Monday #16

Assalamulaikum...

Susulan Kisah Blues Monday #13, akhirnya anak teruna aku bersetuju juga untuk membenarkan agar rambutnya di potong dan atas permintaannya juga, dia nak memotong gaya rambut pacak. Dan Hasilnya....

 Gambar 1


 Gambar 2


 Gambar 3


    

Open Day Tadika Tunas Ria Bestari 2012

          25 December 2012, hari cuti satu malaysia yang juga bagi penganut agama kristian menyambut Krismas. Hari yang sama juga Tadika anak aku buat open day mereka. Seperti tahun lepas, pada hari yang sama Tadikani membuat open day dan hanya dihadiri oleh ibu bapa untuk anak-anak yang baru masuk ke tadika ni. Tahun ni aku ikut serta juga sebab nak membayar yuran awal. 
 Banting yang dipasang luar sekolah

        Sampai sahaja di sana, aku tengok ada kereta-kereta telah dipakirkan di luar jalan besar. Pada firasat aku mesti ramai ni. Bila sampai sahaja di Tadika, memang tepat jangkaanku kerana memang betul ternyata ramai sehinggakan tempat dudukpun susah aku nak cari. Aku fikir sekejap sahajalah kerana aku nak bayar lepas tu terus balik tanpa mendengar apa-apa penerangan dah. Tapi aku rasa adalah dekat sejam lebih juga aku berdiri sambil menunggu giliran aku untuk membayar yuran.
Menangkap gambar sambil berdiri
       
         Selesai membayar yuran, akupun apa lagi ca alif but lah. Dan yuran tahunan kali melebihi dari jangkaan aku. Niat di hati nak bayar full yuran sampai hujung tahun, nampaknyer kenalah bayar secara bulanan. Hai banyak pakai duit untuk anak-anak nak sekolahni kan... pokai aku sekejap.. huhuhu...

Susahnya Nak Pecahkan Belon

Assalamualaikum...

Nih cherita masa konsert haritu.  Anak teruna aku buat aktiviti tambahan bawah pentas. Aktiviti memecahkan belon.
Badan tu ringan sangat, duduk punye lama atas belonpun tak pecah-pecah

 
Dengan bantuan kawan pun tak pecah gak, sampai give up kawan tu
Haa.. angkat kaki tinggi-tinggi 
pecah juga akhirnya. ternyata, anak terunaku ini ringan ajer orangnya.. hehehe









Konsert Jalinan Permata Produktif 2012

Selamat Sejahtera...

     Jumaat yang lepas, anak teruna aku ada menyertai konsert Jalinan Permata Produktif 2012 anjuran Pusat jagaan Kanak-Kanak bersama Taska Permata Penyayang. Aku datang agak lewat namun sempatlah tengok anak teruna buat persembahan. Hmm pada aku konsert untuk tahun ini agak kelam kelibut dan tak teratur macam tahun-tahun sudah. Muzik yang dimainkan juga tak berapa kena dengan acara yang dijalankan. Sedangkan ada ramai yang membantu dan ada guru praktikal lagi, sepatutnya bolehjer teratur. Bagi anak-anak yang berumur 2-4 tahun yang hendak membuat fashion show tak perlu lagi dilepaskan kepada ibu bapa selagi belum habis persembahan. Ini tidak.. boleh pulak dilepaskan awal lepas tu bila nak buat show, anak-anak taknak naik pentas siap nangis melalak lagi. Tak ke kelam kelibut jadinya.. tahun - tahun sudah, lebih teratur lagi dan lagi best.
 Fashion Show bagi toddlers (sukati aku nak ngejanye), gambar bawah: mak ayah baru nak beratur

      Lagi tak seronok, bila anak teruna dan kawan-kawan nak buat persembahan tak dengar suara, bunyik gitar akustik lagi kuat dari suara budak-budak.
 Bunyik gitar lagi kuat daa..

   Aku akui, memang ada kelainan sikit dari tahun-tahun sudah dimana ada penglibatan permainan bersama ibu bapa dan anak-anak tapi main kat bawah pentas, manakala penonton lain merenung pentas kosong. Ada juga anugerah diberi kepada anak-anak yang menyertai semua aktiviti yang dijalankan oleh taska dan pusat jagaan secara penuh. Pada aku tak adillah begitu, sebab tak semua ibu bapa yang mampu nak hantar dan membayar setiap aktiviti yang dijalankan tu. So, anugerah macam tu tak patut dimasukkan.. itu pendapat akulah.
   Yang pentingnya, tahun ni aku rasa konsert tu cukup membosankan aku tak macam tahun-tahun sudah.
    
Persembahan tarian yang ada




Blues Monday #15

Assalamualaikum..

Seminggu lamanya aku tak update entry, semuanya disebabkan kesibukan dipejabat dan macam-macam hal berlaku minggu lepas. Semua itu akan aku ceritakan satu di entry akan datang. Mula-mula kita lihat mood blues monday aku yer...


Ish..Ish..Ish.. bestnyer kalau dapat.
Sape nak belikan aku sebuah, angkat 2-2 kaki anda..ahaks

Hmm.. angan-angan dapatlah... takpun dapat dalam mimpi

Jumaat, Disember 21

Freaky Friday #9

Assalamualaikum.. 

Harini apa kesah aku nak letak ek.  Hmmm.. cari-cari buku, aku jumpa satu kisah zaman dahulu yang mampu buat kita tersenyum.



Mengajar Si Kedekut

 AS-SATURI adalah seorang sufi yang suka membuat kelakar dalam memberikan pengajaahan. Suatu hari beliau dan teman-temannya berkunjung ke rumah seorang kaya, tetapi sangat kedekut. Tuan rumah kedekut itu menghidangkan seekor kambing bakar kepada As-Saturi dan teman-temannya. Para tetamu mengoyakkan daging kambing itu dan memakannya dengan sedap sambil diperhatikan oleh si tuan rumah. Dia berharap semoga tetamunya itu hanya makan sedikit-sedikit saja agar kambingya bersisa banyak. Akan tetapi rupanya tetamu itu merasa sedap, mereka terus saja makan daging kambing itu. Hal ini menyebabkan tuan rumah yang kedekut itu merasa sempit dadanya dan tidak senang melihatnya. Dia mencari cara untuk memberhentikan si tetamu dari terus makan, lalu dipanggilnya pelayannya.      "Hai pelayan! Sila angkat sisa kambing ini utk makanan anak-anak di dapur." kata tuan rumah kepada pelayannya   Mendengar itu, para tetamu berhenti makan dan memberikan laluan kepada si pelayan untuk mengangkat kambing yang sedang dimakan tersebut.
   As-Saturi tidak kehabisan akal lalu beliau ikut lari di belakang pelayan yang membawa kambing menuju ke dapur.
    "Tuan hendak kemana??" tanya tuan rumah kepada As-Saturi.
        "Saya mahu makan bersama anak-anak di dapur." jawab As-Saturi.  
       Si  tuan rumah merasa malu, kerana sifat kedekutnya dapat dirasakan oleh As-Saturi dan tetamu lainnya. Lalu kambing itupun dihidangkan semula kepada para tetamu.

Khamis, Disember 20

Black Pepper Beef Steak

Assalamualaikum...

Hari sabtu lepas aku ke Mydin Subang teman ma sebab nak beli barang basah. Pusing punyer pusing, hubby berkenan dengan daging lembu beku. Katanya buat grill sedapnih. Akupun apa lagi, pengaruh hubby supaya beli, then aku terus cari kuali untuk grill.

malamni aku berpeluang membuat Black Pepper Beef steak sendiri. Mula-mula aku siapkan coselow. Ubi kentang yang dah aku siap rebus pagi tadi dan disimpan dalam petiais,  aku lecek, dicampur dengan air panas dan buat kentang putar, Akhir sekali aku Grillkan daging yang dah aku merinate sebelumnya sambil dibantu oleh Hubby, sambil itu aku siapkan sos black papper nya. Dah siap, kami pun menjamu selera dengan puasnya.

Jom kita tengok resepi yang aku dapat dari blog yang aku jumpa, boleh lihat dari Entry Sarapan Ala Western kat SINI. Untuk resepi coleslaw boleh tengok kat SINI



Black Pepper Beef Steak

Bahan untuk marinate/perap Daging:-
  • 4 Keping daging steak
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili atau sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
  • 2 ulas bawang putih (boleh tambah jika suka)
 Cara-caranya:-
  1. Satukan semua bahan dan lumur pada daging. 
  2. Simpan dalam petisejuk, daging diperap selama semalam ataupun diperap selama 4 jam kalau nak makan cepatla.
  3. Semasa membakar/grill daging, jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya daging tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.
Bahan untuk sos perang (brown sos) @ black pepper sos
  • 1 labu bawang besar (potong dadu) - aku lagi suka dikisar/ditumbuk tak semak masa makan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak dahulu supaya rata dan takut ada bendasing)
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - untuk menggelapkan warna sos
  • 1 sudu makan sos cili atau tomato
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
  • 1/2 kiub perasa ayam /daging lembu
  • 1/2 sudu besar tepung ubi-untuk memekatkan sos
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian bawang besar ditumis.
  2. Tepung gandum dilarutkan dengan air sehingga sebati dan kemudian dimasukkan dalam bawang yang ditumis tadi
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang lain termasuk sos. Kacau atas api sehingga pekat. Kalau rasa-rasa lambat sangat pekatnya, barulah dimasukkan tepung ubi yang telah dilarutkan dengan air.
# Jika dah biasa menggunakan kaedah white sos - tepung gandum dimasak dengan mentega dahulu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain. Tapi kalau nak mudah cara di atas lebih mudah dan cepat.
#2 Sos ni juga boleh ditambah dengan cendawan butang yang dalam tin tu, potong halus-halus sebelum di campurkan yer...

Ulangan, untuk resepi Kentang putar boleh jenguk kat SINI, Coleslow jenguk kat SINI ek.

Selamat mencuba..

Selasa, Disember 18

Coleslaw Firdausy

Assalamualaikum......

Hmm.. malam ni malas sungguh eh silap aku tak berapa rajin nak masak nasi dan makan nasi. Jadi, untuk memasak makanan malam ni aku pun membuat makanan ala western tak jadi. Dengan bermula aku mengupas kentang dan membuat kentang putar, resepi kentang putar di SINI. Kemudian membuat coleslaw yang tak seberapa dan akhir sekali aktiviti membuat ayam goreng berempah ala merapu, telur dadar dan hot dog serta daging burger yang dicelup dengan lebihan tepung yang ada. Jom kita tengok resepi carca marba aku hehehe...


Resepi Coleslaw


Bahan - bahannya:
  • 1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
  • 1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar ( option)
  • Cara penyediaan

Cara-cara membuatnya:-
  1. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Selamat mencuba...

Isnin, Disember 17

Blues Monday #14

Assalamualaikum... 

Demam Durian Crepe baru nak melanda dalam pejabat ku




muehehehe....













#ngelat sebenornye nih.. eden lotak schedule.. muehehehe.....

Jumaat, Disember 14

Freaky Friday #8



Assalamualaikum...

Jom kita tambahkan ilmu mengenai solat sunat witir, aku sendiripun baruje tahu bahawa solat sunat witir ni merupakan sunat muakad iaitu sunat yang dituntut, disuruh dan perlu sangat-sangat mengerjakannya, namun Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas Kita, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya . Huhuhhu..Yang aku tau selamani, solat witir hanya untuk penutup solat-solat sunat malam yang kita lakukan di waktu sepertiga malamje. Ish..ish..ish.. jahilnya aku.

Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar. Namun begitu waktu yang afdal untuk mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang terakhir. 

Namun demikian sekiranya seseorang itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah dia mengerjakannya sebelum tidur. Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ

وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ.

Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 755.
 

Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
  
DALIL


Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :

"Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"

Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam.


NIAT


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat / 1 rakaat kerana Allah Taala.


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.



DOA SOLAT WITIR


1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

 


Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
 
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:


5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Hukum Tangguh Witir ~ Harus
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
 
Sedang cuba dan masih mencuba untuk perbaiki diri. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima Allah S.W.T. Insyallah...


e-rujukan: SINI, juga sini serta disini

Khamis, Disember 13

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum..

Lama dah aku simpan entry ni dan dah 2-3 kali jugaklah aku buat kek ni. Anak teruna aku tula sibuk merengek nak makan kek dekat fruity -boleh tengok entry LUNCH, udahlah duit aku dah berkurangannih.. nak mintak kek pulak. Teringat kat puan Lynda Che Lah pernah buat kek di sini untuk si kecik dan aku pun dah testing kek yang dibuat olehnya, ternyata memang sungguh lazat. Dengan muka tak malunya, akupun mintakla resepi kek dia. Sekejapjer dah siap amat mudah, tapi aku buat versi kukuslah tak pakai oven. Jom kita tengok resepi yang aku dapat dari puan lynda.


Chocolate Moist Cake

Bahan-Bahannya:

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum (diayak yer takut ada bendasing)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan serbuk koko
  • garam secukup rasa

Bahan B
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • Sedikit asen vanilla

Cara-cara membuatnya:
  1. Ayak kesemua bahan A dan ketepikan sebentar
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga kembang
  3. Campurkan bahan A ke dalam bahan B yang sedang dipukul sedikit demi sedikit dan digaulkan sehingga sebati
  4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang dan bakar/kukus selama 45 minit sehingga masak. Biarkan sehingga sejuk.

Untuk Topping (yang ni aku ingat-ingat lupa cara membuatnya, masa aku buat tu aku hentam jer, sebab dah lama tak buat topping kek ni. Lamadah masa zaman anak dara dulu... hehehe)

Bahan-bahan: 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan butter yang dicairkan
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit air

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan serbuk koko dan sedikit air, gaul sehingga sebati
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, koko, susu dan gula dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati
  3. Masak sehingga agak pekat
  4. Setelah pekat, bolehlah dituangkan di atas kek yang telah disejukkan tadi.
Hiaslah kek mengikut selera masing-masing.. selamat mencuba...

Selasa, Disember 11

Lunch #3 @ Hj Sharin Low

Assalamualaikum..

Isnin, kebetulan Peng'arah' pejabatku terpaksa emergency leave. Kamipun apa lagi bergumbiralah di pejabat, jiwapun tak kacau. Aman dan tenteram. Kebetulan juga, ada orang belanja kami satu pejabat lunch di Restoran Hj Sharin Low di Habour Palace, bersebelahan dengan hospital pantai, klang. Makanannya memang banyak dan sedap-sedap belaka. Walaupun pakej makan untuk 8-10 orang tapi nak bawak sampai 15 orang pun cukup. Puas hatilah kiranya. Pakej untuk 8-10 orang dengan harga RM 350. Diingatkan jangan tukar nasi putih, nanti di charge lebih.  Air dihidangkan 2 jenis, Sirap dan Chinese tea.

Bergambar sebelum makanan sampai. Tuan yang belanja yang berbaju hijau tua
Makanan yang sempat aku snap, selebihnya aku tak sempat sebab dah kena ngap.

Terima Kasih buat Mr. Adam yang sudi belanja kami semua. Kalau rezeki lebih lagi bolehlah belanja kami lagi. hehehe...








#tengah tunggu Pn. Linda Che Lah letak ke idak entri pasal nih. Gambar banyak kat dia, tunggu nak linkkan jer.

Segmen #10: Pencarian Blogger Baru

Assalamualaikum...


Selangor cuti harini, bagi yang bekerja di Negeri Selangor sakanlah bercuti harini. Tapi kena ingat esok kena kerja. Pada yang menyambung cuti esok selamat menyambung percutian anda. Hari ini aku tak ke mana-mana pun, Hubby buat overtime nak cari rezeki tambahan untuk kami sekeluarga. Lagipun kat Klangni selalu hujan tengah hari. Sekarangni pun tengah berdentum dentam guruh dan kilat sambar menyambar, takut aku dibuatnya.

Selama 3 bulan tak join mana-mana segmen dan GA, akhirnya aku join jugak harini. Tengah Blogwalking dengan Bloglist aku kat sini, ternampaklah Cik Niera eh silap Pn. Niera aka Mrs. Safwan buat segmen. Terasa nak join pulak. Macam bestjer.. syarat utama yang buat menarik minat aku adalah Mempunyai follower di bawah 1000++ dan aku pulak barujer 155 itu pun kalau tak 157 tapi ada 2 orang yang dah unfollow aku huhuhu...



Syaratnya mudah jer.. jom tengok syarat yang di beri oleh Pn. Niera kita,

Syarat Utama
  • Blogger yang mempunyai follower tak mencecah 1000 orang
  • Follower blog AISYAH HUMAIRA' & PERWADAH
  • Buat entry ringkas dengan letak header blog Niera dan link kan ke sini
  • Nyatakan jumlah follower semasa join segmen ini.

Buat Kengkawan blogger yang tak ramai follower tu jom kita join beramai2.

wah.. dah ada pemenangnya klik sini untuk tengok