Jumaat, November 25

Freaky Friday #63

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


Lupakan kesalahan Orang Lain

Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan ketika melakukan pelbagai urusan. Samada ia kecil atau besar, ia tidak wajar dilakukan. Jeseru, kita dituntut supaya berhati-hati jangan sampai melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Sebagai Orang yang beriman, mampukan kita melupakan begitu sahaja kesalahan orang kepada kita biarpun apa yang dilakukan itu menyakitkan hati? kita selalu diingatkan supaya melupakan sahaj dan tidak membalas dendam terhadap perbuatan tersebut. Kepada mereka yang beriman, sudah tentu menganggap kesalahan orang kepadanya bukan satu masalah besar.

Tetapi tidak semua orang mampu berbuat demikian. Dalam Islam, umatnya diajar supaya tidak mudah berasa tersinggung atau menaruh dendam terhadap perbuatan orang terhadap kita. Bolehkah kita begitu mudah memaafkan atau mengampunkan kesalahan orang kepada kita? Mengapa tidak? Dalam Al-quran surah Al-Zummar ayat 53, ALLAH berfirman, 
katakanlan (wahai Muhammad), "Wahai hamba-hamba-KU yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya DIAlah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

ALLAH memberikan ganjaran ke atas orang yang sabar. Bahkan, tidak mudah bertindak balas terhadap orang yang menyakiti hati sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Sedangkan ALLAH mengampunkan hamba-NYA, mengapakah kita sesama manusia tidak boleh memaafkan antara satu sama lain? Manakah yang lebih besar, berdosa sesama manusia dengan berdosa dengan ALLAH? Sehubungan itu, Anas r.a melaporkan, dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Bahawa ALLAH berfirman maksudnya, "Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-KU, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya. Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutu AKU dengan sesuatupun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan.

Mereka yang selalu memaafkan kesalahan orang dikatakan memiliki jiwa yang tenang, tidak pemarah, mampu mengawal emosi serta dapat menyusun atur hidupnya dengan sempurna berbanding dengan mereka yang bertentangan dengan sifat seseorang pemaaf. Oleh yang demikian, sebagai insan yang lemah dan serba kekurangan, sentiasalah bersedia memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita.
Rasulullah SAW yang sangat sayangkan umatnya sering berpesan supaya saling bermaafan apabila melakukan kesalahan. Sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW mengingatkan, 
Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama muslim, kerana itu janganlah menganiaya, jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinya. Takwa tempatnya di sini! sambil baginda menunjukkan dadanya sebanyak tiga kali. Alangkah besarnya dosanya menghina saudara sesama muslim, setiap muslim haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya. - Riwayat Muslim 

Di dalam Al-quran, orang dizalimi diberi hak untuk membela diri, tetapi ia bukanlah bertujuan untuk membalas dendam. Bagaimanapun, jika seseorang itu dapat memaafkan kesalahan orang yang menzalimi, itulah adalah yang lebih baik. bagi mereka yang beriman, sifat sewajarnya ditunjukkan ialah berlapang dada dan tidak ada niat untuk membalas dendam seterusnya melenyapkan keinginan untuk bermusuhan.
Sebaliknya, jika kita pernah melakukan kebaikan dan jasa kepada orang ramai, janganlah sesekali berbangga dengan jasa yang ditaburkan kerana ia akan mengundang rasa takbur dan riyak. Sifat ini sangan dibenci ALLAH, Jika boleh melupakan jasa yang telah ditaburkan itu seolah-olah kita tidak pernah melakukan apa-apa. Ketika itu, pahala rahmat ALLAH diberikan tanpa kita sedari.

Isnin, November 21

Blues Monday #110

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
 Blues Monday datang lagi, Hari ni dan minggu lepas, mood agak merundum jatuh ke bawah. Pagi ni lagilah, aku rasa dah masuk bawah tanah kot. Pagi tadi, aku bangun awal sebab niat nak masak untuk jualan. Haa.. sekarangni aku dah mula mencari wang lebih untuk tambah pendapatan. Dah tak boleh nak mengharapkan duit yang jatuh dari langit dah. Duit yang jatuh dari langit pun dah makin susut dah. 
 Okey, sambung balik citer pasal pagi tadi. Aku masak nasi dari semalam lagi, pukul 1 pagi, aku tgk nasi, macam ada lembik dan macam ada mentah, akupun apa lagi tambah airlah. pukul 5 pagi ni, aku tengok nasi dah lembik. ALAMAK!!!.. macam mana ni? aku cuba gorengkan juga. Tapi apakan daya, nasi tetap lembik. Sudahnya, aku tak jadi berjual hari ni, aku bungkuskan juga, tapi minta anak teruna bawak sikit ke sekolah dan bagi kawan-kawan dia makan dan aku bawa sebungkus ada lagi 4 bungkus di rumah. Nasiblah apa nak jadi kat nasi tu. Tak sedaplah nak jual kat orang nasi lembik ataupun nasi mentah. Terus pagi ni juga, mood aku jatuh ke tanah.
Minggu lepas pula, kereta aku kena langgar eh silap aku langgar kereta orang yang langgar lampu isyarat merah. Ikutkan, jalan yang orang tu ikut mmg tak bolehpun lalu ikut lampu isyarat tu, sebab di situ laluan sehala untuk ke kiri sahaja. Pemandu tu punyalah cerdik nak lintas jalan tu juga. Mujurlah satu pejabat dengan aku, kalau tak lagi panjang kes aku tu. Nak kena report bagailah, apa lah susah jadinya.


 

Sabtu, November 19

Silent Saturday #5

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


@ipoh, Perak

Jumaat, November 18

Freaky Friday #62

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

18 November... hmm.. ada apa dengan tarikh ni? tarikh yang biasa dan tiada apa bagi orang lain tapi amat bermakna bagi orang yang hidupnya bermula dari tarikh tersebut. 

18 November, tarikh yang amat bermakna pada aku juga sebenarnya. Tarikh di mana hidup aku bermula, tarikh di mana aku dapat merasa sentuhan ma dan abah aku. 

Ma, terima kasih yang teramat sangat sebab sanggup berjuang untuk mengeluarkan insan yang tiada apa ni. Ma, terima kasih juga sebab mendidik tanpa mengira penat lelah sehingga menjadi aku yang sekarang. Ma, sangat bersabar dengan anak yang kepala angin dan yang kadang-kadang leka dengan dunia luar.

Abah, terima kasih tidak terhingga sebab membesarkan insan yang amat kerdil di mata Allah SWT ini. Terima kasih juga sebab menyayangi diri ini sehingga hari ini. Maaf sekiranya akak tak dapat jadi anak yang baik selama ini

My Lovely Hubby, terima kasih kerana sudi menerima perempuan yang tak sempurna ini untuk menjadi suri di hatinya, terima kasih kerana banyak beralah dengan perempuan yang kepala batu, cepat merajuk dan penuh ego ini. terima kasih kerana rajin mengemas rumah kerana perempuan ini sangat pemalas dalam bab mengemas muehehehe.. nak kemas pun ikut mood, hehehe.. Maaf kerana tidak dapat menjadi ratu yang sempurna di hati mu.

Anak TerunaKu, kesayangan ummi, terima kasih kerana menjadi anak ummi yang tak sempurna ini. Terima kasih kerana menyayangi ummi dan redha jer dengan perangai tak semenggah ummi. hehehehe....

Adik-adik Ku, terima kasih kerana menjadi adik kakak yang sangat garang dengan adik-adiknya, yang cepat tersentuh hati walaupun benda kecil. Maaf sekiranya tidak dapat menjadi kakak yang sempurna buat kalian.

Kawan-Kawan Karib Ku, Puan Ana, Cik Ain, Puan Liza dan Puan Wawa, terima kasih sudi berkawan dengan diri yang serba kekurangan, yang cepat panas orangnya di mana tiada orang yang dapat bertahan dengan diri ini melainkan kalian. Kesejahteraan Anda, sakit anda, tak dapat aku rasakan namun, aku sedih bila melihat Anda sakit ataupun sedih. InsyaAllah, Allah sentiasa ada bersama ketika susah atau senang. Bertabahlah, Aku sentiasa menyokong di belakang kalian. Terima kasih juga kerana sentiasa menegur tingkah ku dan perbuatanku yang tidak elok.

Kenalan-kenalan rapat yang lain dan group what apps group, samada di alam maya, tempat kerja ataupun di luar, terima kasih sebab sudi berkawan ku. Terima Kasih kerana baik hati dengan ku. Alhamdulillah tak rugi berkawan dengan Kalian semua.

Maaf semua kerana Aku bukanlah seorang insan yang sempurna. Kalian senantiasa terpahat dalam setiap doa ku selepas solat.

Ok.. habis luahan rasa, Rasa nak berdrama air mata plak hari ini, jom kita baca nukilan oleh Muhd Nasruddin Dasuki dalam 100 Jejak Peribadi Rasulullah.


MAAFKAN PEMFITNAH


Fitnah merupakan perbuatan buruk yang boleh menjejaskan maruah seseorang. Ia juga merupakan tuduhan liar berupa cerita yang sengaja direka untuk memburukkan seseorang. Ia dilakukan sama ada melalui perkataan, tulisan, isyarat, gerakan dan seumpamanya. Orang yang membuat fitnah di katakan juga sebagai orang yang suka menjaja cerita dan melaga-lagakan orang.

Memfitnah hukumnya haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Sementara itu, mereka yang suka melakukan fitnah tidak akan dimasukkan ke syurga. Huzaifah r.a dalam sebuah hadis menjelaskan, dia pernah mendengar Rasululluah SAW berkata, 

       Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)

Andainya kita sebenar-sebenarnya umat beriman, kita tidak akan melakukan perbuatan tercela itu kerana hukumnya jelas dilarang agama. Sebab itulah kita sering diingatkan apabila menerima atau mendengar sesuatu berita yang diragui kesahihannya, janganlah terus diterima dan mempercayainya.

Malah, juga dilarang menghebahkan kepada orang lain. Sama ada berita itu benar atau tidak, ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui dan biarlah DIA yang menentukan hukuman, bukan kita yang membuat keputusan.

Untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fitnah, jauhkan diri daripada orang yang suka bercerita perihal orang lain. Hanya cara ittu sahaja kita akan terselamat daripada dosa fitnah. Walaupun kita tidak menyebarkannya, tetapi mendengar dan mempercayainya juga boleh mengundang dosa kerana orang yang menyebarkan fitnah itu tergolong dalam golongan orang yang fasik dan tidak boleh dipercayai.

Andai anda berani dan berkuasa untuk menegurperbuatan tersebut. Di samping menjelaskan kepadanya tentang dosa orang yang suka menabur fitnah. Jika tidak, mintalah bantuan orang yang disegani oleh pemfitnah itu untuk menegurnya daripada berterusan melakukan perkara tersebut. Sekiranya tidak mampu, maka berdoalah agar Allah memberikan hidayah kepadanya.

Antara doa yang boleh diamalkan (doa Rasulullah) untuk mengelak daripada terkena fitnah ialah, "Ya ALLAH. kami berlindung kepada ALLAH daripada seksaan api neraka, kami berlindung kepada ALLAH daripada pelbagai fitnah, baik yang nyata ataupun yang tersembunyi, kami berlindung kepada Allah daripada fitnah dajal."

Selain itu, terdapat doa lain yang boleh dibaca ketika berhadapan dengan orang munafik, atau mereka yang memusuhi dan ingin menghancurkan kehidupan kita. Ia adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW bermaksud, "Ya ALLHA, engkau TUHAN kami dan TUHAN mereka, hati kami dan hati mereka di tangan-MU. Sesungguhnya hanya Engkau sendiri yang dapat mengalahkan mereka."

Doa ini wujud apabila Anas r.a berkata, "Kami bersama-sama dengan Rasulullah dalam suatu peperangan, dan ketika menghadapi musuh, lalu aku dengar beliau membaca doa tersebut. Kemudian aku melihat musuh-musuh di hadapanku tersungkur tidak berdaya sama sekali bagaikan dihentam oleh para malaikat yang di hadapan dan di belakang mereka."

Di samping berdoa, kita juga disarankan agar menjaga hubungan baik sesama insan. Usah di simpan di hati andai ada perasaan yang mengguris. Menjadi pemaaf itu lebih baik bahkan diganjari pahala yang berlipat ganda. Dan bersabarlah kerana setiap ujian itu tandanya ingin mengangkat martabat kita sebagai hamba yang soleh.

Sekiranya ada juga yang menzalimi, kita seharusnya membalas dengan kebaikan. Pasti mereka yang berbuat kejahatan akan malu sendiri dengan perbuatan yang dilakukan. Percayalah... orang yang sempurna imannya adalah yang sentiasa memaafkan mereka yang melakukan kejahatan kepadanya, bukan berdendam.

Sekian.


Ha.... bermotivasi kita hari ini yer.. 

oh ye, Terima kasih ALLAH kerana aku masih hidup lagi sehingga hari ini. Sesungguhnya Aku insan yang amat kerdil dan masih belum bersedia untuk melangkah ke Alam yang satu lagi. Namun aku redha andai itu ketentuan MU. Akan aku terima dengan pasrah dan berserah.

Adios...