Jumaat, Jun 27

Freaky Friday #32


 Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah... syukur ke Hadrat Illahi, kita berjumpa lagi Ramadhan tahun ini. Ini bermakna, dah masuk tahun ketiga anak teruna aku akan berpuasa di bulan Ramadhan. Harapnya, tahun ini anak teruna aku dapat bertahan dengan dugaan-dugaan yang datang nanti. Tahun ni, tak seperti tahun-tahun sudah sebab dia bersekolah rendah. Macam tahun lepas, Anak teruna di tadika dan aku boleh minta tolong auntie tadikanya tengok-tengokkan dan perhatikan anak teruna aku agar terus berpuasa. Tapi tahun ini, tiada siapa yang akan memerhatinya.. harap-harap Anak teruna sorang ni boleh bertahan lah hendaknya... 

Jom kita tengok perkara yang harus dan perkara yang Makruh ketika berpuasa 

Perkara yang Harus ketika Berpuasa
 
1 . Menjirus kepala
 
Ini kerana terdapat hadis yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadis yang di-riwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana
sesetengah sahabat Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam
menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:
 
Ertinya:
“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjirus air ke atas kepala-nya dan baginda berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan”.(Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)
 
2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanyaboleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibli Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Atha’, Hassan, an-Nakhaie serta al-Auzai’e. Inilah juga pendapat
Daud az-Zahiri.27
 
3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar. 
 
Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifah, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.
 
4. Merasai makanan tanpa menelannnya. 
 
Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka
harus dilakukan kerana dharuriah.28
 
Kata Iman Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa”.29
 
Perkara yang Makruh ketika Berpuasa
 
1 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk secara berlebih-lebihan.
 
Imam asy-Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhad telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika beruduk tetapi makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhad Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadis: 
 
Ertinya:“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwuduk) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa”.30
 
2.Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut. 
 
Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam
Mazhad Syafie pula ialah hukumnya haram.31
 
3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana takuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.32
 
4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Iman asy-Syafie dan Ahmad.33
 

Isnin, Jun 9

Blues Monday #52

Assalamualaikum...

Last week, aku ada ujian B2. Muahahaha.... Dengan hati yang amat gumbira aku nak umumkan pada kamu semua yang aku dah lulus ujian B2 tu....

 Seronok giler.... Dalam berdebar yang amat sangat tu, boleh pulak aku selitkan masa dengan membaca novel.... Tapi bukan boleh tumpupun. Hati berdebar giler-giler.... Tapi, bila buat ujian tu, 10 minit pun tak sampai tau... Hampeh betul.....

Petangnya aku hantar result ke pusat memandu aku, boleh pulak katanya nak simpan lesen aku seminggu. Aternyer aku nak drive g kerja camner... Kena tahan dengan polis naya aku.

Nak di jadikan cerita, pusat memandutu suruh aku pergi buat sendiri hari ni tanpa beri maklumat tambahan yang amat peting pada aku. So, dengan confidentnya akupun pergi ke JPJ untuk buat lesen.... Aku pergi tengah hari, dalam 1:30 macamtu, Sampai sana,akupun ambil nombor. Nombor aku mulanya 1717, nombor terkini 1440. Giler nak tunggu dalam 300 lebih. Kebetulan, ada pakcikni bagi nombor giliran yang lebih awal kat aku. Tapi berjanggut jugalah nak tunggu.
Adalah dekat 2jam 1/2 aku tunggu nombor aku, tapi bila sampai giliran aku, aku diberitahu yang aku kena tunggu 5hari waktu bekerja baru aku boleh buat. Sebabnya data tak sempat key in lagi. Cik kauntertu boleh cakap kat aku kenapa tak tanya kat kaunter depan.

Sengalnya aku rasa.... Ada kaunter perkhidmatan awam buat menda? Dan kenapa tak bagi panduan awal? Aku siap hulur borang lagi, sorangpun tak tolong check dan tengok.. Letihnya aku rasa satu hari ni... Mulut rasa nak makije tapi hati ini ku sabarkan sahaja. Ya Allah dugaan untuk aku.

Next week aku datang ambil nombor dan aku nak drop dan pick up ajelah... Tak laratnak tunggu dah. Jam 4-5 camtu,aku keluar pergi ambil lesen. Pasallah.... Malas dah aku nak tunggu. Buang masa aku tunggu berjam-jam tapi hasilnya hampeh. Siapa bilang kaunter JPJ terbaik? Meh bagitau aku. Ish... Sungguh blues monday aku satu hari ni..........