Khamis, Februari 20

Al-Fatihah

Assalamualaikum...

Luluh rasanya hati ini... bila aku dapat berita, salah seorang rakan universiti aku telah pulang ke Rahmatullah petang semalam. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yang terakhir di Tanah Suci Mekah AlMukaramah. Arwah sedang melakukan ibadah Umrah ketika itu, dan dijangkakan akan pulang ke tanah air semalam. ALLAH lebih menyayangi Arwah dan memuliakannya dengan pemergiannya di Tanah Suci Mekah.

Aku tahu sebelumni Allahyarhamah pernah mengidap Breast Cancer dan telah membuat pembedahan serta telah pulih dari penyakit tersebut, namun penyakit lain pula yang datang. Dah setahun rupanya beliau menghidap Brain Tumor, Ketika di Mekah, Tumornya telah pecah dan memudaratkan lagi kesihatannya. 

Arwah memang merupakan seorang yang baik kepada rakan-rakan dan juga seorang yang amat peramah dan pemurah, selalu belanja kami dan selalu memuliakan tetamu bila kami datang melepak di biliknya. Satu yang tak boleh lupa, Arwah juga rajin memasak dan pernah aku dijemput untuk makan tengah hari kenyangkan perut sebelum aku keluar blind date dengan lelaki yang kini menjadi Hubby aku.

Semoga Allahyarhamah Nor Azizah Nasir ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, semoga rohnya di cucuri rahmat. Amin..Al-Fatihah...

Takziah buat Suami dan keluarga Allahyarhamah semoga tabah dan kuat hendaknya. Dan aku juga turut berdoa agar anak-anak (3 Orang, 2 lelaki dan 1 perempuan) Arwah yang masih kecil ini dapat menjadi insan yang baik, mulia dan cerdik seperti Arwah. Amin..


Al Fatihah.....

Isnin, Februari 10

Blues Monday #45


Assalamualaikum...

Hmm.. pagi-pagini bos kat pejabat aku meroyan tetiba pulak nak buat morning prayer @ bagi peringatan kat staff pejabat supaya dengar cakap dia. What everlah Bos. Bukan nak berkurang ajar tapi sikap Bos yang tak boleh nak berlebih kurang, tidak berperikemanusiaan dan terlalu diktator mengikut perangai 'ayah angkat' Bos tu yang banyak menyusahkan kami sebagai pekerja bawahan.Nak tau apa pasal aku sebut 'ayah angkat'? sebab nama bapak dia dengan nama Big Bos sama.

Akhir-akhirni badan aku tak berapa nak sihat sangat. Mungkin disebabkan mental aku yang dah tak sihat kot... Bila pemikiran dan mental tak sihat, badan akan menerima rasa sakit itu. Hahaha.. ini adalah teori akujer.. bukan dari mana-mana fakta ek..

Tekak aku tengah sakitni dan batuk-batuk melanda diri huhuhuhu.... Adios...