Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Isnin, Julai 28

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum.....

Sebulan sudah kita berpuasa, bulan ramadhan juga pergi meninggalkan kita. Cukupkah amalan kita selama sebulan ini? Hanya Allah S.W.T yang mengetahui dan menilainya.
Harini, Syawal menjelma meraikan umat islam yang berpuasa. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat umat islam yang menyambutnya. Mohon maaf dan ampun andai ada tersilap bahasa ataupun terkutuk dalam blog aku ataupun semasa aku melawat rakan-rakan blogger semua. Sepuluh Jari ku susun memohon ampun buat semua. Kira kosong-kosonglah ye..
Moh kita layan gambar seharian aku keluar beraya. (Maaflah, aku tak dapat nak buat cerita apa kisah pada gambarni, komputer rosak.. huhuhuhu....)
Bergambar sekejap sebelum keluar 
Rumah pertama aku beraya, rumah Ayah Nyah aku 
Ayah Nyah aku yang duduk atas meja baju melayu krim cerah tu.

Rumah kedua, rumah moyang sedara. (pertama kali aku ke sini tau..masa kecil dulu, aku tak pernah di bawa merayau ke rumah saudara yang lain)
Bersalam sebelum balik, yang baju biru tu Pakcik aku jugak tu adik ma yang kedua sebelum yang bongsu muehehehe.. pikirkan
Ma berpossing depan rumah Atuk sedara ma
Rumah ketiga, adik arwah opah aku. yang inipun aku tak pernah jumpa. Iras-iras muka opah aku, rindu aku pada Arwah. Sedap aku makan lemang kat rumah ni. Adik aku makan bertambah-tambah.
Selfie sekejap.. sambil tengok cerita hantu teng teng 

Sabtu, Julai 26

On The Way Balik Kampung

Assalamualaikum....

Aku on the way balik kampungnih... Jalan jammed.... Dari tanjung malim lagi dah jammed. Sekarang aku masih di sungkai.. Huhuhuhu.... First time aku berbuka atas jalan nih. Dalam keadaan kereta yang sedang berjalan.. Huhuhuhu... Sedih...
Tapi, yang paling aku sedih tu ada aje kereta yang suka menggunakan laluan kecemasan sebab malas nak menunggu dan bersabar. Bagi orang islam, mereka berpuasa ke idak? Ye lah.. Tak reti nak bersabarke? Bukankah kita disuruh banyakkan menahan sabar terutama sekali ketika berpuasa... Hai.. Kurus dah pahala puasa aku nih....Oklah aku berbuka dulu selamat berbuka buat semua...

Sabtu, Oktober 13

Aktiviti Baraan 2012

Hutang Post #4

Seperti tahun lepas, bahagian GMP tempat hubby ku bekerja membuat aktiviti baraan lagi sekali. Bermula dengan rumah di Sentosa, kemudian di Bandar Putera, yang ketiga di Teluk menegun, seterusnya ke Teratak Firdausyku dan akhir sekali di Kampung Jawa.
Rumah Pertama

Rumah Kedua Aku menyampah skit dengan tuan rumahni, poyo sengal siap baca doa selamat lagi tapi pakai baju macam orang nak g gim. Tuan rumahnyer yg baju t-shirt biru pudar
Habis licin Sizling aku, aku sendiripun tak sempat nak rasa hehehe..
Penuh Rumah aku. padat sepadatnya
  

Rumah Terakhir untuk hari itu.
Cukuplah, sampai tahun inijer rasanya aku mampu untuk ikut baraan. Lepasni aku x mampu untuk ikut baraan dah sebab letih menunggu orang jer lebihnya.

Ahad, Oktober 7

Aidilfitri at Bukit Merah Laketown Resort #2


Membayar Hutang Entri #2

Raya ke-2, pagi-pagi lagi kami bersiap untuk mandi kolam dekat club house sebelah apartment kami tu orang lain bersiap untuk pergi beraya rumah saudara terdekat, tapi kami bersiap nak mandi hahaha nampeh tul. Satu
family turun untuk mandi kolam. Club House pulak tutup, so kolam ni kami yang punya...
 Bergambar dulu, itu mesti
 Bergambar dengan opah
 Cik Yang yang malu-malu kuch hing
 Kolamni kami yang punya hahahaha....
 Abah yang susah sangat nak mandi dengan kami akhirnya masuk kolam jugak
 Mula-mula takut nak mandi kolam
 Lama-lama dah start terjun dekat-dekat
 Nak terjun jauh-jauh pulak, eh..eh.. brek.. tak jadi nak lompat
Dah berani melompat dan tak takut air dah

Dah puas mandi, kami bersiap untuk beraya ke Parit Buntar, rumah kawan rapat aku kat U dulu, dan aku baru dapat tau Arwah Ibunya telah pulang ke rahmatullah pada 25 Ramadhan yang lalu, Al-Fatihah.. sedih sangat... Cuma aku terlambat tau sebab jarang bukak FB punya pasal. Balik dari Parit Buntar, kami cadang nak ke rumah sedara yang lain, yelah dah alang-alang sampaikan. Tapi Abah tak nak dengan alasan nanti jumpa masa kenduri.. BOSANnya..... Tapi aku nekad jugak berjalan-jalan sambil rikie jalan ke waterpark. Rikie harga tiket dan jalan-jalan sekitar resort.
 Papan tanda jetty ke pulau orang utan
 Besarnya kepala paip tu dan sejarah floating island
Tarif tiket dan peta di Bukit merah

Dan aku berazam untuk datang lagi esok hari untuk operasi mandi-manda. Saper mau ikut, tunggu.......

Klik sini untuk tengok entri raya pertama