Khamis, Mei 29

Mimaland


Assalamualaikum...

Siapa pernah pergi ke Taman Tema Mimaland? cuba angkat hidung tangok hidung siapa lagi tinggi.. hehehehe.. Bukan pergi masa sekarang yer, tapi pergi masa dolu-dolu lagi masa tengah famous. Masa tahun 1970 - 1993 lagi. Sebenarnya, aku pernah pergi dulu. Umur aku berapa tahun, aku lupalak. Dan yang sebenarnya aku ingat-ingat lupa kenangan aku masa kecil dahulu yang aku pernah pergi ke Taman Tema ini. Sebabnya aku sentiasa tertanya-tanya mana agaknya aku pernah pergi dekat mana tempat tu, sebab aku ingat lagi aku ada ambil gambar dinosourlah, main papan luncur yang tinggilah, main dalam maze yang jalan berliku. Mulanya aku ingatkan benda tu semua ada di Bukit Fraser tau.. Tetapi rupanya salah sama sekali.

Bermula dengan kisah 'IA WUJUD' dan aku dapat tahu yang mereka buat pengambaran di Mimaland, baru aku ingat yang aku pernah pergi ke sana suatu masa dahulu. Dan hari ni, aku try tanya kat pokcik google, aku taip ajer Mimaland, terus keluar cerita pasal Mimaland. Mulanya aku baca di blog pen patah, aku tengok gambar-gambar di pen patah, barulah Memori aku datang balik Oh.. rupanya di Mimaland yang aku main tu. Tapi aku tak tau yang kisah  Mimaland dah pun ditutup lama dulu lagi. 

Then, aku baca pula di Oh! Tidak, then, aku search lagi dan aku jumpa blog Arkib Negara memang bagus blogni, semua article di simpan dan di paparkan kat sini. Aku Search lagi nak cari antara artikel yang terawal pasal Mimaland ni. Aku ada jumpa artikel yang di postkan oleh En. Syahril A. Kadir. Dalam penulisan En Syahril, dia ada bercerita pasal kereta Kabel di Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Yang ini aku tak ingatlah pernah naik ke tak, kot-kotlah ma n Tok Din pernah naik kot masa zaman dema bercita dulu.
Aku cari lagi, dan aku berjumpa dengan Blog Kembara 7, Banyak juga gambar-gambar yang di upload. Gambar-gambar lama semuanya, lagi di Turbine man log, banyak gambar-gambar dari simpanan tuan punya blog sendiri. Dan koleksi gambar yang ada yang paling awal aku jumpa di Flicker.

Nanti aku cari gambar lama di rumah Ma untuk aku scan dan aku uploadkan di sini yer.. tapi kena tunggu lama sikitlah sehingga labtop aku di baiki ataupun aku beli yang baru je...

jom layan gambar yang aku sempat download tadi.
Keratan Akhbar dari arkib negara
 
 Pemandangan dari atas

Tiket masuk (murah giler tu..)
Jurasic Park, Tasik dan Pintu masuk sumber dari Arkib negara