Isnin, Mei 5

Blues Monday #49


Assalamualaikum...

Lama pulak aku menyepi kalini. Agak sibuk akhir-akhir ni. Ditambah lagi dengan labtop aku yang tak berapa nak betul pulak sekarang nih.. nak update blogpun jadi kelaut jadinya..

Hari pula, sekolah diseluruh negara sedang menjalankan peperiksaan pertengahan penggal bagi tahun 1-3, bagi tahun 4-6 pula dah mula jumaat lepas dah.. Anak teruna akupun tak ketinggalan juga. 

Anak teruna yang ambil periksa, aku pula yang berdebar.. huhuhu.. harap-harap bolehlah dia menjawab dengan elok semua soalan-soalan tu. 

Aku jugak berharap Anak teruna aku nih, dapat keputusan yang cemerlang walaupun baru di pertengahan penggal, sekurang-kurangnya terubatlah sikit tekak yang sakit sebab menjerit nak mengajor Anak teruna aku tu. Hehehe.. aku memang tak boleh jadi tenaga pengajar, sebab aku nih tak sabor macam orang lain, kalu orang tak paham, mulalah aku nak naik hangin.. EQ aku memang failed teruk masa tengah ngajor.. keh.keh..keh..
 

 Apa-apapun, aku mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan buat anak-anak disekolah.. semoga succes semuanya dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah....

2 ulasan:

Mummy MM berkata...

semoga berjaya buat anak sis

Firdausy CiLiKku berkata...

thank you..