Assalamualaikum...
Siapa pernah pergi ke Taman Tema Mimaland? cuba angkat hidung tangok hidung siapa lagi tinggi.. hehehehe.. Bukan pergi masa sekarang yer, tapi pergi masa dolu-dolu lagi masa tengah famous. Masa tahun 1970 - 1993 lagi. Sebenarnya, aku pernah pergi dulu. Umur aku berapa tahun, aku lupalak. Dan yang sebenarnya aku ingat-ingat lupa kenangan aku masa kecil dahulu yang aku pernah pergi ke Taman Tema ini. Sebabnya aku sentiasa tertanya-tanya mana agaknya aku pernah pergi dekat mana tempat tu, sebab aku ingat lagi aku ada ambil gambar dinosourlah, main papan luncur yang tinggilah, main dalam maze yang jalan berliku. Mulanya aku ingatkan benda tu semua ada di Bukit Fraser tau.. Tetapi rupanya salah sama sekali.
Bermula dengan kisah 'IA WUJUD' dan aku dapat tahu yang mereka buat pengambaran di Mimaland, baru aku ingat yang aku pernah pergi ke sana suatu masa dahulu. Dan hari ni, aku try tanya kat pokcik google, aku taip ajer Mimaland, terus keluar cerita pasal Mimaland. Mulanya aku baca di blog pen patah, aku tengok gambar-gambar di pen patah, barulah Memori aku datang balik Oh.. rupanya di Mimaland yang aku main tu. Tapi aku tak tau yang kisah Mimaland dah pun ditutup lama dulu lagi.
Then, aku baca pula di Oh! Tidak, then, aku search lagi dan aku jumpa blog Arkib Negara memang bagus blogni, semua article di simpan dan di paparkan kat sini. Aku Search lagi nak cari antara artikel yang terawal pasal Mimaland ni. Aku ada jumpa artikel yang di postkan oleh En. Syahril A. Kadir. Dalam penulisan En Syahril, dia ada bercerita pasal kereta Kabel di Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Yang ini aku tak ingatlah pernah naik ke tak, kot-kotlah ma n Tok Din pernah naik kot masa zaman dema bercita dulu.
Aku cari lagi, dan aku berjumpa dengan Blog Kembara 7, Banyak juga gambar-gambar yang di upload. Gambar-gambar lama semuanya, lagi di Turbine man log, banyak gambar-gambar dari simpanan tuan punya blog sendiri. Dan koleksi gambar yang ada yang paling awal aku jumpa di Flicker.
Nanti aku cari gambar lama di rumah Ma untuk aku scan dan aku uploadkan di sini yer.. tapi kena tunggu lama sikitlah sehingga labtop aku di baiki ataupun aku beli yang baru je...
jom layan gambar yang aku sempat download tadi.
Keratan Akhbar dari arkib negara
Pemandangan dari atas
Tiket masuk (murah giler tu..)
Jurasic Park, Tasik dan Pintu masuk sumber dari Arkib negara
Peta Mimaland (Besar jugak tanahnya, atas bukit confirmlah ada landslide)
Namun sayang seribu kali sayang, disebabkan terjadinya peristiwa di Papan luncur air gergasi yang melibatkan nyawa seorang pelancong warga Singapura yang berusia 27 tahun, memaksa pihak Mimaland untuk menutup sementara Kawasan Papan luncur tersebut, namun apabila dibuka semula, terjadi pula kejadian tanah runtuh di dinding kolam yang sama sehingga lumpur masuk ke dalam kolam dan Kolam tersebut terpaksa di tutup sekali lagi. Namun, Pihak pengurusan Mimaland telah didakwa oleh pihak kerajaan atas faktor kelemahan keselamatan dan mahkamah telah menghalang pihak Mimaland dari terus menjalankan operasi. Oleh itu, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya
pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini
Jom Kita Baca kisah Mimaland dari Arkib Negara
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.
Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.
Kiri: Papan luncur air gergasi pada 1984
Kanan: Pintu gerbang Mimaland pada 2008
Nota tambahan:

1980 - Filem Tuan Besar,
antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland.
Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan
pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan
prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan
dalam filem Gila-Gila Remaja lima tahun kemudian.
1983 - Filem Mekanik,
dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan
prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk
menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie
Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil
ditemani oleh dinosaur yang jinak)
1985 - Filem Gila-Gila Remaja
mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: "Esok jangan
lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi
tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy
dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di
tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.
1987 - Filem Tempo '88
memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar
di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca
berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak
terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang
diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam
renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh
sama. Sangat filem Melayu 80-an.
2 ulasan:
kini tinggal kenangan sahaja.
yup tinggal kenangan..
Catat Ulasan