Khamis, Mei 24

Berapakah rating servis kaunter kat negara kita nih?

Assalamualaikum...

Apa pandangan korang mengenai Counter Services? kalau korang g ke kaunter sesuatu tempatnih, mesti korang mengharapkan korang dilayan dgn elok, penuh dgn senyuman, di sambut dgn ucapan selamat, dan bercakap dgn penuh sopan santunkan? Tapi hakikatnye, bila korang pergi je ke kaunter tu, korang di sambut dgn muka yang ketat, masam giler, ucapan selamatpun macam nak x nak je bagi, plus kalu korang bagi soalanpun, dia jwb dgn nada yang x menyenangkan. Betul tak?

Inilah yang terjadi pada aku dan pada semua orang. Dulu, kaunter servis pihak kerajaan selalu di kondem dgn teruk oleh public dan oleh Ketua Pemimpin kita. Kalini dah mcm terbalik pulak, kaunter servis milik kerajaan layan kita dgn cukup mesra dan hormat. Siap boleh rating lagi kaunter tu bagus ke x. (walaupun tidak semua, yg dah berubah...) Tp pada pengalaman aku sendri, setiap kaunter kerajaan yang aku pergi, kebanyakannya menyahut seruan kerajaan. Tetapi terbalik pulak dgn kaunter servis milik swasta, pagi tadi aku ke kaunter servisnih utk urusan sim kad aku yang kena block. Pak guard yang menyambut bertanya urusan aku di situ, siap dgn panduan lagi, Pak Guard tuh amat mesra melayan dan amat sopan. Lepas no. giliran aku di ambil, aku di suruh ke ruang menunggu. Pelanggan yang menunggu tidaklah ramai, bila sampai giliran aku, aku di sambut oleh pegawai kaunter gn ucapan selamat pagi tapi tanpa senyuman dan manis muka, dlm hati dah mula mengutuk (ishh x mesranya) bila aku tanya soalanpun jwb sepatahje tanpa penerangan, tapi bila bercakap dgn kwn sebelah bukan main mesra lagi, masa dah selesaipun, ckp terima kasih mcm tak ikhlas dan tiada ucapan sila datang lagike apake.... keluar dari situ aku rasa mcm sengaljer... teruk. Macam tu juga bila terjadi aku ke sebuah bank milik bumiputera. Sudahlah servisnya lambat, kaunterpun bukak x byk, boleh pulak duk pot pet bergossip dgn org sebelah erghhh.. hangin berapijer...  
Janji pada poster, pada iklan macam2.  Antara nye yer "Disini, ada tidak perlu beratur panjang, kami akan membuka kaunter baru untuk anda apabila barisan mencecah line hijau"  hakikatnya, dah lepas 3 trolipun kaunter yang tu gak, xderpun bukak kaunter lain, 
ataupun dlm iklan tu, gambaran bila kita buka pintu kita akan di sambut dgn muka yg penuh mesra dan senyuman. tapi hakikatnye.... bila kita ke tempat tu, jauh panggang dari api, indah khabar dari rupa... huhuhu hampeh... 
memanglah tak semua kaunter servis begini, sebabnya aku pernah ke kaunter servis syarikat yg lain urusan sim kad juga, walaupun org ramai tapi mereka masih tetap tersenyum dah boleh melayan public dgn penuh rasa hormat dan tersenyum. walaupun pada mulanya aku rasa sengal sebab terpaksa berdiri dan menunggu agak lama, tapi bila dilayan begitu, hatiku mula sejuk dan mula mengukir senyuman. 

Hai.. macam-macamkan kerenah orang nih, aku buat topiknih bukannya apa, aku sendiripun bekerja di tempat yang mempunyai kaunter servis dan selalu berhadapan  dengan Public. Semuanih tmembuatkan aku agar mengingatkan diri aku sendiri supaya melayan pelanggan dgn baik, ramah dan penuh toleransi. Insyallah dengan izinNYA. hmm byk dah aku merapunih, ntah kome paham ke idok apa yang aku citerkan nih.. melalut aje.. ok adios..



Isnin, Mei 21

Sakit Tekak dan Batuk.

Assalamualaikum...

Sihatke semua? hmm agak-agaklah.. sapelah yang nak baca blog akunih? perasan... mcm ramai sgt yang nak baca blog ko nih cik cha oiii.. silap2 ada yang lemau membacanye.. ahaks..

Aku nih dah start batuk sejak aku balik dari Bandung lagi. elok surut batuk datang balik. Nih aku blk dari cherating, dgn suara x berapa nak ada, batuk lagi bertambah..

Jom kita tgk punca batuk (yang nih aku tanye kat uncle google)... 

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Jenis batuk

Batuk kering

Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.

Batuk basah

Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya.
Batuk mungkin hanya satu-satunya gejala anda. Perhatikan pada tanda-tanda kesakitan atau ketidakselesaan lain - seperti alergi, rasa sakit, berdehit.
Dengan kemudahan untuk menggambarkan batuk anda akan menolong seorang doktor atau ahli farmasi untuk memilih rawatan yang terbaik untuk anda.-wikipedia

MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk yang teruk.
Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.
"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara," kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.




DR. PATRICK CHAN


Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.
Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.
"Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja," terang Patrick.




SESEORANG perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan.


Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan
Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.
"Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri," katanya.






Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.
Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.
"Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus)," jelas Patrick tentang jenis batuk.
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
"Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami," terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.
"Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah," tambah Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.
"Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan," Patrick mengingatkan. - kosmo online

 Aku berpunca dari start aku mengalami jangkitan selsema di bandung.. sgt susah nak baik. Tambahan lagi masa di Cherating aku boleh pulak masuk telematch n terjerit2, sok pagi aku xder suara.

so rawatan untuk batuk adalah

Rawatan untuk batuk

Batuk yang hanya menghabis masa untuk beberapa hari sahaja dan berkenaan dengan sebuah ubat batuk. Tanya ahli farmasi untuk nasihat mengenai ubat yang terbaik untuk batuk anda.
Kalau batuk anda menghabis masa sampai untuk lebih dari tiga minggu atau kalau anda merasa bimbang, sila jumpa doktor mengenai batuk anda.

Penting

Jumpalah doktor mengenai batuk anda kalau:
  • Anda membatukkan keluar kahak hijau, kuning atau perang atau darah.
  • Ia meyebabkan sangat rasa sakit, pengsan, muntah atau kepenatan.
  • Ia biasanya pada waktu malam.
  • Ia telah berubah.
  • Anda juga merasa demam, gatal, kehilangan berat badan atau umumnya merasa tidak sihat.
  • Anda juga keringkasan pernafasan atau ada kesakitan dada.
  • Ia mengambil masa lebih dari tiga minggu.
Sesiapa kanak-kanak di bawah umur lima tahun dengan batuk perlu dilihat oleh doktor secepat mungkin.

Ubat batuk

Pemendam (suppressant ) batuk

Ubat-ubatan bagi mengawal atau menghentikan refleks batuk dan dapat digunakan untuk batuk kering (contohnya dextromethorphan, phlocodine, codeine). Ia boleh didapati dalam bentuk sirap dan lozeng. Jangan gunakan pemendam batuk untuk batuk berhasil, batuk disebabkan oleh asma atau kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Terlalu banyak menggunakan Dekstrometorphan,dapat menyebabkan mabuk seperti minum minuman keras. malah menyebabkan hilang ingatan sementara.

Ekspektoran

Melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas - contohnya guaiphenesin, bromhexine.

Jaga diri

  • Nyatakan jenis dan corak batuk anda. Ini akan membantu untuk mengenalkan sebabnya.
  • Selalu menutup mulut anda ketika membatuk dan pusingkan kepala anda dari makanan dan orang lain. Ini akan membantu berhenti kuman-kuman dari merebak.
  • Selepas membatukkan kahak keluar, buangkannya di dalam tisu. Jangan menelannya.
  • Hentikan sekumpul batuk dengan menghirup air atau menghisap lozeng.
  • Adakan penafasan dalam stim (atau stim panas) untuk melonggarkan kahak.
  • Basuhlah kedua tangan anda sebelum makan, menyediakan makanan atau menjaga orang lain, untuk melindungi diri anda dan orang lain dari jangkitan.
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan banyak rehat dan santai, terutamanya kalau tidak sihat.
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.
  • Kalau kebocoran kencing bermasalah, pakailah panty liners (untuk wanita) dapat membantu.
 (dicopy n paste dr wikipedia)

aku ada jumpa petua utk mengubat batuk..

Cara Untuk Merawat Batuk Dan Gatal Tekak

by Dunia Maklumat on September 26, 2011

Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil
segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin. Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap, jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekak untuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.

satu lagi petua,

Mengubati batuk berkahak

Batuk dengan kahak adalah sangat merimaskan, apatah lagi jika kahak kental dan sukar untuk dikeluarkan. Bertambah-tambah pula jika tekak terasa gatal disebabkan kahak tersebut. Namun, jangan risau kerana terdapat petua untuk mengubat batuk berkahak ini.
 Mengubati batuk berkahak1. Daun pegaga
Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari.
2. Bunga raya
Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari.
3. Sembung
Ambil 15 gram daun sembung, sepotong bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 2 kali sehari.

so secara kesimpulannye... air mmg sgt penting utk kehidupannih... hargailah air... kalu korang ada rasa nak demamke, selsemake, batuk ke or nak kuruske..... minumlah air seperti yg disarankan, 2 liter setiap hari.... itulah cara pencegahan bagi semua penyakit.. amat mudah dan murah lagi menjimatkan. Ianya baik untuk otak juga, tambahan boleh menyalurkan oksigen kepada otak dah mengaktifkan segala saraf di otak kita...
oklah sampai di sini sahaja buat harinih..




# lepasnih, nak buat entry yang tertunggak ada 2 entry tertunggak nih....











Isnin, Mei 14

Family Day GP CCM Duopharma

Assalamualaikum.. semua,

Ya kita bersua lagi, di hari yang ceria ini, apa khabar pembaca-pembaca blog yang rajin menyinggah (ceh merapuje.. terasa cam DJ radiolak tp versi hampehla..) namaje pg nih aku ceria tp mood aku yang ceria dan mood yang berkobar2 tu telah dipadamkan oleh orang yang selalu buat aku stress sepanjang waktu bekerjanih.. jgnkan dgr suara dia nak memandangpun aku dah menyampah..

Ahhh.. dahla dr aku bercerita psl 'dia' nih baik aku citer psl citer yg dah tertunggak. Percutian ala-ala family day tempat kilang hubby aku bekerja selama 2 hari yang lepas buat kali kedua (sebelumnih, mereka buat kat bagan lalang tp aku ada hal x dapat pergi) oh aku lupa nak ckp kat mana ek, kami buat kat Tiara Beach Resort. dgr kata mmg agak class tempatnye, korang tengokjelah gambar nih ek (aku amik dr website TBR sendirinih). dlm agoda tulih hotel 4 bintang. mari baca ke bawah lagi bg pendapat aku yg berbintang2 nih...
 
Nampak best dan menarikkan?, tgk biliklak 
Bilikpun mcm cunjekan, kemas dan teraturkan?
tgk aktiviti pulak, kids club
 Gimnya plak 
siap dgn spa lagi.. nih aktiviti yang boleh di buat utk family day
Harga bilik RM 420 semalam. hmm... agak mahalgak


Haa.. dah puas tgk gambar promokan.. nanti aku bg korang jamu lak gambar yang aku snap.

Kami bangun seawal 6:30 pagi untuk bersiap (awal giler, bertolak jam 9:30 dr kilang) manakan tidak, anak teruna nak bangunjer dkt sejam, nak bungkus eh silap nak packing baju lagi, nak sarapan lagi, nak sterika bajunye lagi, kami dah ready n sarapan jam 8:30 alih2 hubby cakap nak basuh keta kejap keta berabuk.. duk x duk tepat jam 9:30 br nak keluar rumah.. (dlm hati aku rasa sengaljer... lantak lah bukan kengkawan aku).
Sesampaije di kilang, cuaca dah start panas. Nak agih makanan lagi, nak pasang reben lagi, nak berkumpul, tgkp gambar n doa selamat, kami bertolak jam 10 lebih.
Anak terunaku tertido, asal masuk keretaje lelap.
Dah sampai kat Tiara Beach Resort, meh kita jamu mata dgn gambar yg aku snap, sambil menunggu utk check in

Dapat kat blok D tingkat  5 dan kami di maklumkan yang lift rosak dan sedang di baiki. Nak tak nak kenalah naik tangga, bapak... tingkat paling atas tu... siuttul...
 Dah naik, bukakje pintu hidung aku yang sensitifnih dah terbau bau hapak plus bau lipas plus (senang ckp) biliknih x berjaga sgtlah.. dgn taik cicak merata-rata.. geli ada, keciwapun ada.
 Dapat Anugerah melambak2 tu...
korang bandingkanlah gambar atas dgn gambar bawahnih..
Katil

bilik yg aku dpt mengadap loji kumbahan n tangki air, xder maknenye country view tu..
dgn air cond n water heater yg x boleh nak control, tv yg dpt hanya tv3 yg xder kaler, tu pun tv yg kanta cembung tau bukan flat skrin (bandungpun dah pakai flat screen ooii.. plus astro lg) dgn living hall yang kerusinya bila org yg gedempol mcm akunih duduk cam nak patahjer bunyiknyer... dgn toliet penuh ngan taik cicaknyer.. erghhh... kaki komplen sungguh akunih.. itupun dah cukup bersyukur dahnihkan.. kalu kat negeri org x taulah nak ckp camnerkan? Tapi pada aku lahkan, not recommended kalu korang nak buat family day budget kat sini.. psl hotelnih agak pilih bulu skit.. kalu korang ada duit lebih bolehlah.. mmg ada tmpt utk buat functionpun mmg di sediakan khas dpn kolam siap dgn set karok n pentas lagi. dan tmpt utk membuat aktiviti. Tapi kalu korang jenis yang mmg x mandi pantai n nak mandi dlm kolam, oklah sebab hotelnih mmg byk kolam n agak luaslah.. anak2 nak main pun seronok n agak puas sebab byk mainan.
tapi kalu nak bandingkan gambar2 promo tuh, bak 'indah khabar dari rupa'lah boleh aku bayangkan. Ada Gim tp rosak, bayang spapun aku x nampak, apa lagi kids club or any aktiviti.
 Pemandangan Kolam dr atas
 Dah tak sabar nak mandi kolam
Jom kita layan gambar yang aku snap masa mandi kat kolam.

Umminye tersorok kat belakang

Dah berani naik sorang, siap baring2 lagi





naik buaian air
 Main yang tinggi sikit sambil mandi Bawah air terjun
Sibuk nak berenang

Gambar semasa ber Barbeque.. huhuhu bakar ayam, udang, sotong n ubi kentang dlm gelap. then tmp utk mknpun xder.. sekadar 2 meja kelah utk kami yang dkt  20 buah kereta. nak x nak kenalah mkn bersila kat lantai parking. Mls nak amik kira lapar punyer psl aku bedaljelah..


 Menunggu makanan, Urusetia makan, Tukang bakar
 Dah kenyang mkn udang, bedal jajan lak

Esok hari, x sempat nak sarapan , anak teruna x sabar2 nak mandi kolam lagi. Pujuk punya pujuk pergi gak cari sarapan. Itupun x sabar nak mandi jugak.
Dah x sabar nak mandi, dgn rambut serabainye. (abaikan yg blakang tuh ek)
Sudah makan, sampai hotel terusje masuk kolam. Berendam dan menyelam, main gelongsor pun x puas lagi. kami keluar hotel jam 12:30 bila semua kwn2 hubby dah keluar sepenuhnye dan bermain dgn go-kart.
 Sambil menuggu
 mata anak teruna dah kuyu
Dah habis lumbapun masih nak berlumba lagi, x puas
Dah puas tgk org main go-kart, kami rancang nak ke muzium tentera tp disebabkan kami kena tinggal semasa isi minyak jadi kamipun (eh bukan hubbypun) decide balik terus ke rumah. So dgn ati yg sebal dan sengal aku ikutkan jugak walaupun sedikit memprotes tindakannya.
Hmm apa nak buat... dgn anak teruna yang dah tidur sebab letih main air, nak tak nak balik ajelah... *Wink*

Blues Monday #1

Huhuhu.. fail dah meninggi, ulasan dah melambak... sok sampai jumaat aku pulak xde kat opis.. tidak... byknyer keja tertunggak.....

Rabu, Mei 9

Panasnya

Assalamualaikum... 

Sebenonye aku xde menda nak ceritapun, ntahler malas sikit. Maybe disebabkan kepanasan yang melanda akhir2nih.. yelah dah aku bukak 3 kipas dgn kelajuan sederhanapun x terasa sejuk gak...nak bukak kuat2 karang tercabutlak kipas nih.. takut aku dahlah hubby keja mlm minggunih. Nak tgk showdown 2012 yg mmg x pernah aku miss tgk pun xder mood. rasa mcm nak tido tp ati nak tgk gak. Anak teruna duk tgk dragon ball kat tingkat bawah. So, nak x nak kenalah aku beralah... dah tu tercampaklah aku kat atas dalam kepanasan. Terpikirlak nak beli air cond.. tp itulah, hutang byk lagi x habis... hmmm... apa nak buat, redha jelah...ish...sepatutnya aku kena bersyukurkan? yelah yg lebih miskin dr akupun ada, silap2 kipaspun xder kat rumah.. bila panas jenuhlah berkipas nak sejukkan badan. 
hmm oklah mmg dah xder citer sgt dahnih.. nanti ada citer baru akan dtg aku citer lg ek ahakzs... xoxo

Isnin, Mei 7

Sport day dan Walimatul Urus #2

Assalamualaikum..
Harini (Ahad - 6/5/2012) aku menghadiri 3 acara dalam sehari. 
Bermula dengan sport day Tadika Anak Teruna ku.
Perbarisan antara kelas dan tadika
Ikrar dilafazkan oleh anak2
Bermula dgn acara Larian
diikuti dgn pertandingan antara kelas 5 thn

Habis Sport day, kami bergegas pula ke majlis kenduri rakan opis aku. Selamat Pengatin Baru buat mereka, semoga diberkati dan dirahmati sehingga ke anak cucu.
xdpt tangkap gambar pengantin, tgkp pelaminpun jd lah. Gambar pd kad kawin yang aku snap dan cenderahati dr pengatin.
Para camera man
Mr. Adam nak melepaskan giannya, karok di majlis kenduri. nyanyi lagu lelama saje... dah lepas nyanyi satu lagu, nak nyanyi lg.. tp kena tunggu bapak penganti habis nyanyi dulu. Habislah.. silap2 sampai ke mlm dia menyanyi.

Dah kenyang kat majlis kahwin, Aku pergi pulak ke majlis kesyukuran dan berpindah ke rumah baru rakan opisku shida suhaimi.
Gambar yang aku snapnih bukan rumah dia, rumah jiran tapi design nihlah rumah nya.
dah hampir jam 1 akupun dah mengantuk.. ok titun dulu...




Jumaat, Mei 4

Pasar Baru Lagi dan Heritage, Bandung Indonesia

Hari ke-4 Di Bandung

Susulan dari Hari ke-3 di Bandung, Harini Kami telahpun bersedia dan bersiap untuk check out  dari hotel dan kami juga bersiap sedia untuk bershopping buat penghabisan   kalinya kami di bandung kerana menjelang malam kami akan pulang ke Malaysia (aku dah mula rindu dgn anak teruna n family aku) mula-mula sekali aku menjejakkan kaki sekali lagi ke Pasar Baru. kalinih kira penghabisan untuk kami membeli apa yang perlu siap dgn senarai lagi. Kain telekung yang bercorak telah ku beli di lantai 1 kedai Laris dan 1 juta. di Chand gallery aku memborong 6 pasang kain ela. Setelah selesai, aku kembali ke lantai 1 untuk membeli kain pelekat hubby n cenderahati buat kawan-kawan pejabat.
 cenderahati - yang nih aku snap kat rumah, x sempat snap kat sana
 kain-kain ela yang sempat aku borong
sempat juga aku membelikan handbag buat mak cu n mem ita, kawan pejabat ku ain n buat diri sendiri. Hubby pula membeli beg galas yang telah koyak sewaktu hari pertama lagi.
 Handbegnih pun aku snap kat rumah
Hampr 2jam 1/2 kami membeli belah di pasar baru, kami ke Heritage pula untuk memborong baju kanak2 sempat jugak aku borong di heritage dan cascade
gambar Heritage yg sempat aku snap
Selepas ke Heritage, kami ke  Rumah Mode untuk penghabisan bershopping. 
Bergambar sekejap di Rumah Mode 

Di Rumah Mode, aku hanya bershopping utk barangan anak terunaku, sempat juga aku membelikan beg Ben10 untuk anak terunaku itu.
Beg dan jacket Ben10 yg aku snap di rumah
Tepat jam 5:30 waktu di sana, kami sampai ke Airport untuk check in beg dan membayar airport tax. Semasa berada di dalam airport, sempat jugalah aku menyumbatkan segala barangan yang aku dan hubby beli ke dalam beg yang telah aku kosongkan. Timbang punya timbang, ada lebih dekat 15 kilo berlebihan untuk bagasi aku. Rasa macam rugi pulak aku tambah lagi 10 kilo. Mujurlah ada org dari Klang terlebih muatan so dia tumpang bagasi aku. selamat dia dari membayar tambahan bagasi tu.
Lapangan Terbang di Bandung
 Sempat lagi bergambar di luar Airport sebelum masuk ke ruang menunggu
 Saat-saat nak berlepas dari Bandung
Jam 7:30 waktu sana barulah flight berlepas dari Bandung ke Kuala Lumpur. Sampai di pintu keluar aku dah nampak anak teruna dan ma serta abah tengah menunggu aku. kesian anak teruna naik mengantuk menunggu aku dan hubby.. oklah sampai ketemu lagi kalu ada rezeki lagi akan aku ke sana lagi utk bershopping...... Adios..... mmmuaaahhhh... I love bandung... Ahakzs..

Update:
Tips buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandung.

1. Make sure duit RM kita telah ditukar siap2 ke matawang Indonesia biar lebih jgn kurang sebabnya kalau tukar di sana, tukaran mata wang di sana agak tinggi. yelah walaupun beza 2-3 RM tp byk juga tu... aku selalunya refer tukaran duit di BNM dan tukaran yang boleh di cari dgn pakcik google
2. Siapkan juga list tukaran antara Rup dgn RM dr sekecil2 ribu rupiah ke sejuta rupiah.Senang nanti nak buat aktiviti tawar menawar.
3. Jika kita di beri tempoh masa yang agak singkat utk bershopping di sesuatu tempat, cthnye di pasar baru, jika jumpa yang berkenan di hati tu terus tawar habis-habisan jika x boleh tawar dah terus belije nanti kempunan.. sebab kalau nak pergi kali kedua mmg dah susah dan takut x jumpa dah kedai tu. Melainkan no. kedai tu dicatit.
4. Sediakanjelah senarai apa yang nak di beli semasa di bandung so xdelah kita merayau-rayau x tentu arah.
5. oh ye yg plg penting sebelum balik, beg di timbang di hotel untuk tahu berapa berat beg kita agar tidak lebih muatan dari yang kita beli kat web. So, kalau kita ada nak shopping lagi buat penghabisan kali sebelum balik, kita boleh agak berapa kilo lagi yang tinggal. Kalau terlebih, kita boleh beli beg lain utk hand carry.  Jgn lupa juga timbang berta beg sekali lagi di airport. Ataupun, kena sepakat dgn kwn2 yang ada utk tumpang berat yg terlebih tu. X pun masa check in beg, korang kenalah panjang2kan leher untuk tgk sesiapaje kat airport tu yang ada byk kosong muatan beg tu, mintak tumpang begje then byr ikut harga yang kita beli di web lebih menjimatkan dari kena denda sebab lebih muatan.
oklah kalau ada update lain lagi aku bgtau lg ... chow..  

Lihat cerita sebelum:
Trans Studio
Pasar Baru, Jalan Dago dan Cihampelas Walk
Kawah Putih, Situ Patengan dan Jalan Cibaduyut