Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Isnin, April 6

6 April, Hari Lahir Ma Dan Menantu


Assalamualaikum wbt....

Disebabkan Blues Monday melanda di pejabat aku punya pasal, sampai aku terlupa hari ni hari lahir Ma dengan Hubby aku. Muehehehe.. sorrylah.. tahun ni aku kejam sikit lupa semua hari lahir.. hehehehe...

Selamat hari lahir buat Ma dengan Hubby, semoga kalian berdua dilimpahi dengan rahmat dari Allah yang penuh dengan keberkatan yang melimpah-ruah dengan sebaik-baik keberkatan.

Jom tengok muka orang yang sambut hari lahir hari ini.

 Hmmm.. Muka-muka kesayangan aku....
Apa nak masak hari nih yek? hmm.... buat sizling mee lah.. Hubby aku suka tu.

Rabu, Disember 18

Bertambah Lagi UmurKu


Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah..., Aku dipanjangkan lagi umurku dan diberi peluang untuk bernafas lagi oleh Yang ESA untuk aku menjalankan ibadahku dan mendekatkan diri ini lagi dengan NYA dan melihat anakku membesar serta membolehkan aku membuat bakti kepada kedua ibu bapaku. Hari ni, genap tiga puluh empat tahun sebulan umur aku. Alhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk menunaikan ibadahku.

Sebulan yang lepas, Hari lahir aku disambut secara kecil-kecilan. Tapi di sambut di rumah PIL aku di Beruas buat kali kedua setelah beberapa tahun yang lepas aku sambut tanpa memaklumkan yang hari tersebut adalah hari lahir aku, aku beli kek semata dan sedikit jajan. Tapi tahun ini sedikt berbeza di mana, Ma dan Hubby aku merancang bersama untuk meraikan hari lahir aku.

Kalau tidak hari lahir aku ni nak di sambut di Terengganu, sebab kami dah merancang nak ke sana untuk bercuti. Namun, atas sebab musim tengkujuh dan hal tanah Ma yang kena kompaun di kampung Gajah, kami terpaksa batalkan untuk mementingkan hal tanah Ma dahulu.

Ma aku beli barang, MIL aku yang masak. Muahaha.. cerdik tak Ma aku. Hehehe.., Doa selamat dibacakan dan kami mengaminkan, walaupun tak ramai tapi aku rasa seronok sebab tengok ma dengan MIL aku gembira.

Persediaan oleh Family aku
Makanan dengan pulut kuning sudah sedia untuk dijamah
Kami sedang menjamu selera
Masing-masing dah kekenyangan

Selesai sudah majlis sambutan hari lahir aku. walaupun kecil tapi amat mengembirakan aku. Walaupun dalam keadaan sakit kepala, aku gagahkan juga untuk hadir dan makan masakan MIL aku.. Adios..

Jumaat, Mei 17

Steamboat Again!

Assalamualaikum...

Makan Steamboat lagi!.. hihihi macam mewahjer bunyiknyer.. Sebenarnya nih kisah yang terjadi sebulan lepas, aku baru terperasan ada kisah yang aku tak update di blog. Tertinggal rupanya hehehe.. 6hb 4 yang lepas adalah merupakan hari kelahiran ma dan hubby aku. Niat mulanya aku nak sambut birtday mereka di luar tapi keesokan harinya. Alih-alih adik aku yang bongsu call dan bagitahu aku mereka nak datang ke rumah aku malam 6hb tu jugak untuk makan steamboat.

Pada aku okjer.. janji ma aku beli semua barang mentah bersama ketul ais, manakala tugas aku pula sediakan kuah tomyam dan segala kelengkapan untuk makan steamboat. Senangkan tugas aku. Hehehe..  saper suruh rancang last minute kihkihkih....Syukur jugak ada gunanya periuk yang aku beli tu, idakler jadi tukun.
Santai anak teruna baring sambil menunggu Opah dan yang lain sampai
Sementara menunggu ma n family aku sampai, aku masak sup tomyam dulu..
Siap sedia untuk mencampakkan segala macam jenis makanan yang dibeli
Izwan tidak ketinggalan untuk makan steamboat sekali lagi.
Masa untuk makan... perut dah kebuluq nih..
Clear.. habis tu.. semua dah kekanyangan.. masa untuk mengemas pula..

Alhamdulillah.. selesai semuanya. Cuma takde kek jer nak merasmikan majlis sambutan birthday tu. Anak teruna dah membebel-bebel sebab takde kek harilahir. Pada aku takpelah takde kek, janji ada sambutannya walaupun secara bersederhana. Kalau beli kek nanti takde orang yang nak makan kek, bukankah membazir namanya tu.. Aku doakan Ma dan Hubby sentiasa sihat dan dilimpahi dengan keberkatan dengan sebaik-baik keberkatan dari ALLAH S.W.T.. Amin...

Jumaat, Januari 25

Selamat Ulang Tahun Blogku Yang Pertama

Assalamualaikum..

Lama aku tak update entry, Semalam Sambutan Maulidur Rasul tak sempat aku nak update entry aku. Ada yang ikut program perarakan maulidur Rasul ke? Seronokkan berarak beramai-ramai. Anak teruna aku hari ini berarak keliling kawasan tadikanya. Tak sabar dia nak ke tadika harini siap pilih nak aku masak apa hari ini. 

Semalam juga merupakan ulang tahun pertama blog aku sejak ia diwujudkan. Tak sangkakan pejam celik, pejam celik, dah setahun usia blog aku.

 

Harapan aku sempena usia setahun blog aku ni, traffic aku meningkat dan aku lebih rajin berblog walking dari sebelum-sebelum ni. 

Ahaks ahaks.. harapan tinggal harapan

Ahad, November 25

Birthday Celebration

Assalamualaikum...

Untuk petangni, aku nak cerita pasal sambutan hari lahir aku minggu lepas. Disebabkan Aku dah sambut awal sehari sebelumtu kat sini, untuk hari lahir aku tu, cuma kami bertiga ajela yang sambut. Mulanya cadang nak sambut dekat Kuala Selangor tapi tak jadi. Kami terus ke sikin untuk makan malam. Menu yang biasa aku makan kat Sikin tu, boleh tengok kat sini dan sini juga. Yang buat aku cukup seronok malam tu, bila anak teruna aku cukup berselera makan nasi siap bertambah lagi. Tempat yang kami dudukpun dia yang pilih.

Menu biasa kami

Tengoklah licin nasi.. siap tambah lagi.

Alhamdulillah.., dah bertambah umur aku. Sempena Maal Hijrah yang lepas, aku juga cuba untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Insyallah dengan izin-NYA.