Assalamualaikum...
Sihatke semua? hmm agak-agaklah.. sapelah yang nak baca blog akunih? perasan... mcm ramai sgt yang nak baca blog ko nih cik cha oiii.. silap2 ada yang lemau membacanye.. ahaks..
Aku nih dah start batuk sejak aku balik dari Bandung lagi. elok surut batuk datang balik. Nih aku blk dari cherating, dgn suara x berapa nak ada, batuk lagi bertambah..
Jom kita tgk punca batuk (yang nih aku tanye kat uncle google)...
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru
dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan
refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang
nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok
atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong
kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.
Jenis batuk
Batuk kering
Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.
Batuk basah
Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau
berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan
rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk
membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan
keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya.
Batuk mungkin hanya satu-satunya gejala anda. Perhatikan pada
tanda-tanda kesakitan atau ketidakselesaan lain - seperti alergi, rasa
sakit, berdehit.
Dengan kemudahan untuk menggambarkan batuk anda akan menolong seorang
doktor atau ahli farmasi untuk memilih rawatan yang terbaik untuk anda.-wikipedia
MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya,
tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami
batuk-batuk yang teruk.
Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur
hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya
jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri
mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.
"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang
penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem
pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada
saluran udara," kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.
Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar
merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara
kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan
penghalang.
Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun
begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan
apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan
cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.
"Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada
pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik
boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah
atau bekerja," terang Patrick.
Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun
begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan
kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan
Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan
jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata
merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks
gastroesofagus.
"Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat
keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya
menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri," katanya.
Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk
berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami
kesakitan teruk atau pengsan.
Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain
seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur
malam atau anda bimbang tentang punca batuk.
"Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak.
Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak
kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus),"
jelas Patrick tentang jenis batuk.
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks,
manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang
ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur
pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin
disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
"Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak
untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami," terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan
bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau
jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema
pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.
"Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu
malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya
mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit.
Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah," tambah
Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh
diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada
jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.
"Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk
kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca
asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan," Patrick mengingatkan. - kosmo online
Aku berpunca dari start aku mengalami jangkitan selsema di bandung.. sgt susah nak baik. Tambahan lagi masa di Cherating aku boleh pulak masuk telematch n terjerit2, sok pagi aku xder suara.
so rawatan untuk batuk adalah
Rawatan untuk batuk
Batuk yang hanya menghabis masa untuk beberapa hari sahaja dan
berkenaan dengan sebuah ubat batuk. Tanya ahli farmasi untuk nasihat
mengenai ubat yang terbaik untuk batuk anda.
Kalau batuk anda menghabis masa sampai untuk lebih dari tiga minggu
atau kalau anda merasa bimbang, sila jumpa doktor mengenai batuk anda.
Penting
Jumpalah doktor mengenai batuk anda kalau:
- Anda membatukkan keluar kahak hijau, kuning atau perang atau darah.
- Ia meyebabkan sangat rasa sakit, pengsan, muntah atau kepenatan.
- Ia biasanya pada waktu malam.
- Ia telah berubah.
- Anda juga merasa demam, gatal, kehilangan berat badan atau umumnya merasa tidak sihat.
- Anda juga keringkasan pernafasan atau ada kesakitan dada.
- Ia mengambil masa lebih dari tiga minggu.
Sesiapa kanak-kanak di bawah umur lima tahun dengan batuk perlu dilihat oleh doktor secepat mungkin.
Ubat batuk
Pemendam (suppressant ) batuk
Ubat-ubatan bagi mengawal atau menghentikan refleks batuk dan dapat
digunakan untuk batuk kering (contohnya dextromethorphan, phlocodine,
codeine). Ia boleh didapati dalam bentuk sirap dan lozeng. Jangan
gunakan pemendam batuk untuk batuk berhasil, batuk disebabkan oleh asma
atau kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Terlalu banyak menggunakan Dekstrometorphan,dapat menyebabkan mabuk
seperti minum minuman keras. malah menyebabkan hilang ingatan sementara.
Ekspektoran
Melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk
untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas -
contohnya guaiphenesin, bromhexine.
Jaga diri
- Nyatakan jenis dan corak batuk anda. Ini akan membantu untuk mengenalkan sebabnya.
- Selalu menutup mulut anda ketika membatuk dan pusingkan kepala anda dari makanan dan orang lain. Ini akan membantu berhenti kuman-kuman dari merebak.
- Selepas membatukkan kahak keluar, buangkannya di dalam tisu. Jangan menelannya.
- Hentikan sekumpul batuk dengan menghirup air atau menghisap lozeng.
- Adakan penafasan dalam stim (atau stim panas) untuk melonggarkan kahak.
- Basuhlah kedua tangan anda sebelum makan, menyediakan makanan atau menjaga orang lain, untuk melindungi diri anda dan orang lain dari jangkitan.
- Berhenti merokok
- Dapatkan banyak rehat dan santai, terutamanya kalau tidak sihat.
- Makan makanan yang berkhasiat.
- Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.
- Kalau kebocoran kencing bermasalah, pakailah panty liners (untuk wanita) dapat membantu.
(dicopy n paste dr wikipedia)
aku ada jumpa petua utk mengubat batuk..
Cara Untuk Merawat Batuk Dan Gatal Tekak
Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil
segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin. Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap, jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekak untuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.
satu lagi petua,
Mengubati batuk berkahak
Batuk dengan kahak adalah sangat
merimaskan, apatah lagi jika kahak kental dan sukar untuk dikeluarkan.
Bertambah-tambah pula jika tekak terasa gatal disebabkan kahak tersebut.
Namun, jangan risau kerana terdapat petua untuk mengubat batuk berkahak
ini.
1. Daun pegaga
Ambil setengah genggam daun pegaga dan
rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga
menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan
meminumnya 2 kali sehari.
2. Bunga raya
Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong
halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam
lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum
air tapisan 2 kali sehari.
3. Sembung
Ambil 15 gram daun sembung, sepotong
bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan
campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 2
kali sehari.
so secara kesimpulannye... air mmg sgt penting utk kehidupannih... hargailah air... kalu korang ada rasa nak demamke, selsemake, batuk ke or nak kuruske..... minumlah air seperti yg disarankan, 2 liter setiap hari.... itulah cara pencegahan bagi semua penyakit.. amat mudah dan murah lagi menjimatkan. Ianya baik untuk otak juga, tambahan boleh menyalurkan oksigen kepada otak dah mengaktifkan segala saraf di otak kita...
oklah sampai di sini sahaja buat harinih..
# lepasnih, nak buat entry yang tertunggak ada 2 entry tertunggak nih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan