Selasa, Jun 26
Jom Sihat #1
Entri yang berkaitan
From Fat To Fabullous,
Jom Sihat,
Sharing is caring,
Target From 3XL To S
Isnin, Jun 25
Blues Monday #118
Monday Blues, Kerja tak jalan tapi blog berjalan hehehehehe... nasiblah.Tapi esok, kerja confirm jalan. Nasiblah bos... dapat anak buah yang agak pemalas macam aku nih...
Siapa baru nak mula puasa hari ni? angkat tangan.. eh..eh.. tapi sebelum angkat tu tengok keliling dulu. Tak de orang baru angkat tau.. kikiki.. aku baru nak mula puasa hari ni. tapi puasa ganti dulu lah. nanti dah habis, baru aku buat puasa enam. Insya Allah.. sekiranya berkesempatan....
Bercakap pasal puasa... nak berbuka makan apa yer hari ni? Hmm.. tadi aku ada baca pasal ayam goreng kunyit.. hmm makan tupun sedapgak hehehe...
jap nak search resepi..
Ayam Goreng Kunyit Ala Thai
A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak
B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.
1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.
Entri yang berkaitan
Air Tanganku dan Resepinya,
Monday Blues
Sabtu, Jun 16
Silent Saturday #7
Jom buat larian virtual ni. Free jer..
Klik link 42 race ni
#jomsihat
#akubknpelari
#larilarianakje
#targetdr3XLtoS😅😅😅
#lariuntuksihatjer
Entri yang berkaitan
aku bukan pelari,
From Fat To Fabullous,
Jom Sihat,
lari untuk sihat,
lari2 anak jer,
Silent Saturday,
Target From 3XL To S
Rabu, Jun 13
Resepi Gulai Pekat Daging Rusa
Semalam aku beli daging rusakan... ok ini dah aku masakkan daging tu.. pergh.. memang marvelouslah rasa dia. tak rugi aku beli daging tu.
Jom aku sharekan resepinya. Tapi resepi asalnya ambil dari blog periuk tanah. Mohon share ye tuan punyer resepi... pinjam gambar gak hehehehe...
Resepi Gulai Pekat Daging Rusa
Bahan-bahan: (hidangan 5-8 orang)
500 gm daging rusa -dihiris nipis
dan kecil- dibersihkan
2 sudu besar rempah kari
ayam/daging- dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar kerisik yang ditumbuk
hingga pecah minyak
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum
bunga lawang, bunga cengkih
1 sudu besar cili kisar
kentang dibelah 4 jika suka
1 cawan santan kelapa daripada 1/2
biji kelapa (aku guna susu freshjer. Nak buang lemak kenalah kurang guna santan hehehe)
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 serangkai hingga wangi dan
bawang keperangan.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari
dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar. Tumis lagi 2 minit sambil
dikacau. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan daging dan 1 cawan air.
Gaul rata dan tutup periuk. Kecilkan api dan biar daging mereneh hingga empuk.
4. Apabila daging empuk masukkan
kerisik dan santan kelapa/susu fresh. Masukkan garam dan kentang. masak hingga kentang
empuk dan kuah pekat.
5. Tutup api dan sedia dihidang.
Entri yang berkaitan
From Fat To Fabullous,
Jom Sihat,
kesihatan,
Kisah Firdausyku,
Sharing is caring,
Target From 3XL To S
Selasa, Jun 12
Khasiat Daging Rusa
Pagi ni, kawan pejabat ada jual daging rusa. Nak gak rasa daging rusa tu. Kata orang khasiatnya banyak. Nak masak apa yer daging rusa ni? Hmmm... Terliur plak air liur mak nih bila pikir nak masak apa kehkehkeh... Macam nak buat kari pekat jer.. lepas tu makan cicah roti pergh.... Tapi, berbuka kali ni, aku ingat nak makan dengan ubi keledeklah.. sedap jugak hehehehe...
Baik, jom kita baca 20 khasiat daging rusa ni yer..
Antara Khasiat Daging Rusa Adalah:
- Mencegah Kadar Homosistein Tinggi
- Menjaga Kesihatan Tulang
- Mencegah Anemia
- Elok Untuk Penderita Diabetes
- Membantu Proses Pembentukan Hemoglobin
- Meningkatkan Kadar Testoteron
- Baik Diamalkan Oleh Ibu Hamil
- Menambah Massa Otot
- Mengatasi Penyakit Paru-Paru
- Meningkatkan Regenerasi Sel
- Mencegah Serangan Jantung
- Mencegah Osteoporosis
- Mengatasi Sakit Menstruasi
- Sumber Vitamin B12
- Sumber Zat Besi
- Melancarkan Sistem Enzimatik
- Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
- Melindungi Organ Tubuh
Seseorang yang terlalu banyak mengambil alkohol, maka akan membuat organ hati mengalami gangguan dan merupakan zat yang berbahaya untuk diamalkan apabila terlalu berlebihan. Salah satu cara terbaik untuk melindungi organ hati adalah dengan mengambil makanan yang mengandung lemak jenuh seperti yang terdapat dalam daging rusa.
- Mencegah Penyempitan Pembuluh Darah
- Memiliki Sifat Antibiotik
Sumber: https://manfaat.co.id/manfaat-daging-rusa
Entri yang berkaitan
Jom Sihat,
kesihatan,
Kisah Firdausyku
Langgan:
Catatan (Atom)