Memaparkan catatan dengan label Air Tanganku dan Resepinya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air Tanganku dan Resepinya. Papar semua catatan

Isnin, Jun 25

Blues Monday #118



Monday Blues, Kerja tak jalan tapi blog berjalan hehehehehe... nasiblah.Tapi esok, kerja confirm jalan. Nasiblah bos... dapat anak buah yang agak pemalas macam aku nih...

Siapa baru nak mula puasa hari ni? angkat tangan.. eh..eh.. tapi sebelum angkat tu tengok keliling dulu. Tak de orang baru angkat tau.. kikiki.. aku baru nak mula puasa hari ni. tapi puasa ganti dulu lah. nanti dah habis, baru aku buat puasa enam. Insya Allah.. sekiranya berkesempatan....

Bercakap pasal puasa... nak berbuka makan apa yer hari ni? Hmm.. tadi aku ada baca pasal ayam goreng kunyit.. hmm makan tupun sedapgak hehehe...

jap nak search resepi..

Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.




1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Selasa, Disember 22

Ayam Goreng Madu Firdausy


Assalamualaikum wbt....

Resepini aku dapat dari sahabat baik aku puan Ana. Sekali rasa nak lagi... memang sedap menjilat jari

Hidangan untuk 3 orang

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • Kicap manis
  • 2 Sudu besar madu
Bahan Kisar:
  • 2 cm Kunyit
  • 2 cm Halia
  • 4 Ulas bawang mera
  • 4 Ulas bawang putih
  • 1 Batang serai
Cara Penyediaan:
  1.  Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis, madu dan sedikt garam selama 1 jam (aku perap semalaman, rasa rempahtu lebih menyerap)
  2. Goreng sehingga ayam masak/keperangan
  3. Toskan. Gaulkan sekali lagi bersama madu. Sedia untuk di makan


Inilah rupa ayam goreng madu versi aku. dimakan dengan nasi ayam lemon.
Selamat mencuba..

Khamis, Disember 26

Homemade Pizza


Assalamualaikum..

Lama rasanya aku tak post resepi dan masakan yang aku cuba buat kan? Haritu anak teruna ku tetiba mimpi nak makan pizza. Makan waktu pagi pulak tu. Mana pulak aku nak cari pizza pagi-pagi hari. Takdenya orang nak buat pizza pagi-pagi sayang, kedai pizzapun tutup lagi tau.

So, akupun buat keputusan buat sendiri. bermula dengan pencarian resepi Pizza dalam Mr. Google, dah jumpa, print, cari bahan sikit dan malamnya aku mula buat eksperimen. Muehehehe.. macam duduk dalam labjer...
Sebenarnya banyak cara nak membuat pizza, aku cubalah buat ikut mana yang mudah pada aku. Jom kita tengok resepinya. 

Aku pinjam dari resepi  Azie Kitchen 

Bahan - Bahan Doh:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (untuk dilumur pada doh)

Bahan - Bahan Inti Pizza:

Bahan- bahan pizzani, ikut suka nak letak inti apa. Ada yang letak daging ayam, ada yang letak ala-ala tomyamlah, karilah, ikut suka kreativiti masing-masing. Aku pula, nak senang punya pasal, aku letak:-

2 batang hot dog - yang di potong nipis dan bulat
2 1/2 sb sos cili
keju mozzarella parut (keju cheddar pun boleh janji cair masa bakar)
sedikit mix vegetable

Cara-cara membuat doh:

1.



Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah - tengah tepung.

Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.


3. Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.
4. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.
5. Proses menguli yang terakhir sekali, Taburkan tepung gandum atas papan pencanai (aku takde papan pencanai yang licin, so aku pakaije belakang bekas acuan kek, janji rata. Muehehehe). Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.



6. Sapukan olive oil di dalam mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli tadi di dalamnya. Sapukan lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.


7. Tutup mangkuk tadi dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. 

8. Selepas 30 minit atau lebih, keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk doh dan bahagi kepada 2 bahagian

9. Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. 

10. Bolehlah disapu dengan sos pizza atau ikut cara aku, sos cili (muehehehe) dan letaklah hot dog yang di potong tadi, mix vege dan keju.

Siap akhirnya pizza aku. Boleh juga sapukan telur pada permukaan tepi doh pizza untuk hasil yang cantik masa dibakar dan rasa sedikit rangup diluar lembut di dalam.

Selamat mencuba... terima kasih buat k.azie yang sudi kongsikan resepi.