Memaparkan catatan dengan label Sharing is caring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharing is caring. Papar semua catatan

Isnin, Februari 4

Buah Terap

السلام عليكم


Korang kenal buah TERAP? kalau orang Sabah/Sarawak ke kenallah ni. Aku sebelumni  di kampung macam ada perasan rupa buah ni, tapi tak pernah merasa pun. Sebab semua buah ni, dah jatuh ke tanah dan dah dimakan monyet / tupai.

Macammana rupanya? Aku tanya pakcik google dulu ek..
 Sumber dr Pakcik Google, Tq pakcik... 😜😜😜
 Or ada 2 warnanya, macam warna cempedak
 Boleh digoreng lagi..

Ni Buah terap yang aku nampak buat pertama kali dalam bentuk yang sempurna

En. Hubby cuba mengopek buah terap.





 Ya... inilah hasilnya..

Sedap.. macam makan cempedak durian.. ada lemak-lemak macam durian dan berangin macam cempedak

Mana aku dapat buah ni, ada abang tu berjual dekat taman Rakyat tempat aku selalu berjogging. Dia naik JEEP biru gelap. Selalu aku tengok dia berjual kat situ pagi2, aku dengan En Hubby datang nak beli air kepala pandan. Tapi dah habis, en Hubby nampak dan bertanya mengenai buah tu. tu yang tau nama nya adalah buah terap. Abang ni tanam sendiri dalam kebunnya di Kuala Selangor. sebiji RM10 harganya. Yelah, buah nak pupus katanya huhuhu... 

Wokey sampai sini sahaja.. next entry pula ye....

Adios....

Rabu, Ogos 1

Jom Sihat #2

السلام عليكم

Aku Yang Dahulu Dan Aku Yang Kini

Post Kali ni aku nak ceritakan mengenai perubahan aku dari seorang yang bersaiz 3XL ke saiz aku yang terkini saiz M/L. Korang percaya tak? Tak percaya? Moh Baca Kisah aku ni.

Masa berjalan dengan sangat pantas, Tanpa Aku sedar, berat Aku naik sedikit demi sedikit. Namun, Aku masih perasan kononnya aku masih kurus dan lebih kurus dari orang lain 😜😜😜😜😜. Hehehehe... nasiblah dapat orang perasan ni. Tapi, dalam masa yang sama, dapat aku lihat dagu aku dah mula berlapis 3. Pemakaian tudungpun mula berubah, aku cuba sorokkan dagu aku dengan pemakaian tudung hehehe.. En Hubby pula, setiap hujung minggu cuba mengajak aku untuk pergi berjogging atau berjalan untuk keluarkan peluh. Tapi aku asyik bagi alasan demi alasan untuk tidak bersenam huhuhu.. teruk sangat aku ni kan?

Jom aku ceritakan kisah aku gemuk dahulu..

Okt 2016

Aku masih tak sedar diri yang badan tu dah makin gempal 😝😝 huhuhu.. hari - hari duk timbang beratpun masih perasan kurus.. hampeh sungguhlah...... aku ni kan? hihihihi...

Bila lutut dah mula rasa sakit, bila solatpun rasa tak sempurna, bila naik dan turun  tangga lutut mula berbunyi, bila bangun dari kerusipun perlu di ampu, bila nak bangun dari lantai kena menonggeng dahulu, bila berat aku dan mula mencecah 96KG. LAGI 4KG NAK CECAH 100KG!!!!!... 😨😨

ALAMAK 😓😓......  aku mula sedar yang aku perlu turunkan berat badan aku. Tapi macammana caranya. Nak cara cepatke nak cara lambat?

Cara cepat, makan ubat lerr.. hisshhh aku tak sanggup pula. Sebelumni, aku dah pernah makan ubat kurus yg jenama Dr Romzey satu ketika dahulu... tapi sekejap cuma kurusnya. Turunpun tak banyak mana. Duit habis beratus... Kemudian, bila aku berhenti makan ubat kurus tu, berat aku naik mendadak macam dipam-pam.

Akupun mula makan berpinggan-pinggan kononnya sayang nasi dan lauk tak habis 😓😓 huhuhu.. sadis sungguh cara pemakanan aku dulu. Nak nak pula, dapat sambal quinin ke, terung bulu ke, pergh... makan nasi bertambah-tambah tak hengat...

En. Hubby dah mula perasan.. dia juga turut membantu, Ada juga dia belikan aku Kopi garam buluh, orang cakap minum kopi tu boleh kurus, hmmmm 😏😏........ hampeh tak jalan. Menipujer lebih... kalu korang tak jaga makan, makanlah apa pun walaupun produk kesihatan, kalu tak jaga pemakanan korang pun tak berguna.

28 Dec 2016

Kebetulan, rakan pejabat di jabatan lain ada buat kelas zumba di jabatan mereka, aku pula di ajak oleh rakan sepejabat aku untuk ikut serta, terima kasih buat rakan aku tu.. kalau bukan sebab dia, akupun tak mula bersenam.

Dari situ juga, aku mula berjinak-jinak mengikut kelas Zumba yang kawan-kawan aku buat setiap lepas kerja di bilik mesyuarat kikiki.. kelas percuma je.. 3 kali seminggu selama 30 minit. Andai terluang, aku ikut serta. Andai tidak, aku terpaksa pasrah sebab aku tak dapat nak berzumba. Tapi, bila datang malas, dengan seronoknya aku abaikan kelas tu hehehehe...

Jan 2017

Cukup sebulan, aku berjaya turun 5-6KG. Seronoknya, cara pemakanan aku mula berubah, dari makan sepinggan bukit nasi ke 1/2 pinggan, air mula kurang manis, banyak minum air kosong walaupun tak banyak mana. Makan tosei ke chapatti ke, separuh cuma. namun masuk bulan kedua, berat aku mula statik tidak bergerak. Namun aku tak putus asa, sebabnya lutut aku masih sakit ni.

Feb 2017

Kemudian, aku diarahkan masuk satu kursus untuk senamrobik. Dari situ aku belajar cara nak menurunkan berat badan dan cara untuk senamrobik. Kelas Zumba masih aku teruskan walaupun berat aku tak turun. Hati Kena Kuat beb..

Mac 2017

Kelas zumba dihentikan sementara untuk beri laluan kepada latihan senamrobik untuk pertandingan senamrobik antara jabatan yang akan diadakan. So, senaman akupun turut terhenti. Aku pula menjadi pengurus untuk pasukan senamrobik Jabatan aku, selama sebulan aku tak bersenam dan tak buat apa-apa aktivitipun. huhuhu.. mujurlah berat tak naik..

Dalam pada masa yang sama, Aku ternampak di FB rakan seuniversiti aku dengan coaching online untuk program diet tanpa berlapar. Menarik... tapi, aku hanya mampu tengok apa yang dikongsikan di FB nya sahaja. untuk aku sertainya, aku rasa aku tak mampu. Keperluan aku melebihi dari kehendak aku. Makanan kucing dan pasir mereka serta ubat-ubat mereka aku perlu sediakan. duit simpanan untuk insuran kereta, hutang juga menuntut perlu dibayar setiap bulan huhuhuhu....😔😔.

Nampak tak aku mana satu? masa ni, aku baru turun 5 kilo huhuhu


Apr 2017

Aku mula semula program diet aku. Aku mula semula kelas Zumba, tapi pada masa yang sama, aku cuba cari dan download video zumba secara sendiri dan buat di rumah. Kelas zumba di pejabat, aku tak boleh nak ikut sebab kekangan masa, lagipun, tinggal 2 ke 3 orang termasuk aku je yang ada untuk berzumba.

So, aku decide untuk buat sendiri di rumah. Bila bosan dengan zumba, aku cuba pula Tabata. Tak tahan dengan Tabata, aku cari pula yang lain. Bila aku dah mula bersenam, My Hubbylah yang mula nampak dan secara automatiknya dia menjadi coach aku dalam bab bersenam. Kami pergi ke Gim dan dia jadi Personal Coach aku hehehe.. sebab dia memang jenis orang yang kaki pergi Gim dan angkat berat.

Suatu hari My Hubby Tunjuk satu video ni pada aku untuk orang yang baru nak mula bersenam. Video oleh coach JOAANA SOH. (Sehingga sekarang masih menjadi coach kegemaran aku untuk aku bersenam sendirian di rumah)

Dari situ, berat aku mula turun lagi 4KG

Mei 2017

Bulan puasa menjelang. Aku mula amalkan makan oat sahaja masa bersahur. Kebetulan anak terunapun nak makan oat sahaja. Tapi masa berbuka, aku berbuka seperti biasa, namun kuantiti makanan aku mula kurangkan dari kebiasaan. Dalam pada masa yang sama, aku cuba amalkan cara berbuka mengikut coach Kevin Zahari. Tak lupa juga aku turut bersenam sejam sebelum berbuka.


Sebulan berpuasa, berat aku turun lagi 3-4KG lagi


Jun 2017


Syawal 2017 (Susut 13 KG)

Usaha aku tak berhenti di situ sahaja.. walaupun orang tak perasan yang aku makin susut, aku tak peduli. Akan aku teruskan usaha aku sehingga aku berjaya kurus. Aku nekad untuk kurus sehingga BMI aku jadi normal.

Mentor aku adalah Kak Haliza Akmar. (sorry K. Ija, guna nama akak. Sebab FB akaklah buat saya nekad untuk kurus sebab cemburu tengok akk dah kurus) Dulu dia macam aku lepas dia bersalin anak dia yang kedua. Rendang orangnya. Merupakan rakan aku juga untuk kurus sebelum aku kawin dulu, kami ambil program diet dari doktor di Bandar Tasik Selatan. Yang tu kena makan ubat, tak larat nak bayar duit ubat setiap 2 minggu, mahal. Lepas aku kawin, haram... tak jalan... hehehe...

Bermula dari dia upload makanan tengah hari, pagi n malam (semasa bulan puasa lagi aku dah mula follow perkembangan K. Ija. Aku naik pelik, mula tak layan gak sebab pada aku, apalah upload makanan kat FB nih...nak tunjuk kat orang yang awak tu rajin masak ke? Tapi, lama-lama aku jadi seronok nak follow sebab katanya bila dia upload boleh bagi semangat pada dia untuk terus kurus lagipun, makanan yang dia upload semua nampak sedap-sedap. So, bermulalah dari saat itu, FB dia jadi rujukan aku untuk masak dan makan cara sihat.

Masani, orang masih tak perasan aku dah susut sikit. Aku Teruskan dengan Puasa Sunat Enam Dan puasa Ganti. Aku juga tidak lagi keluar makan pagi. Biarlah aku sendiri di dalam pejabat, Biarlah ada mulut yang berkata-kata cakap aku diet tak makan, Namun akuje yang tahu macam mana aku berdiet.

Namun, dalam pada masa yang sama, Senaman Tak pernah aku lupakan. Seorang lagi Mentor aku untuk aku kuat dan terus kurus adalah Tengku Asmadi Tengku Kudin. Aku rajin baca blog-blog dia untuk memotivasikan diri aku untuk terus kurus. Mujur jugalah ada rakan sepejabat aku yang juga telah kurus dengan menjaga pemakanan. Hari-hari dia makan bekal mak dia tau. Dengan dia juga, aku mula belajar berlari ikut FUN RUN. Tapi, aku mampu 8-6 KM je, lebih dari itu AMPUN... tak mampu huhuhu..

Pada korang di luar sana, mana yang nak kurus tu, kalau rasa memang tak kuat jati diri tu, korang upahlah coach untuk korang buat diet dengan betul. Korang boleh juga rujuk mentor aku di FB 'Haliza Akmar Abdul Rahman'. Diapun ada buat coaching online. Tengku Asmadi juga. Kalau ada duit lebih boleh join JK1M. Yang itu lagi hebat.

2018

Sept 2017                                 Awal 2018

Panjang lebar perjalanan cerita aku untuk kekal sihat ni.. hehehehe.. nanti aku sambung lagi bila ada masa. Masih belum terhenti perjuangan cerita aku ni. Tunggguuuuuu.....
Dec 2018 - Majlis Pertunangan Adik lelaki Ku

Adios...



👉 untuk Jom Sihat #3








Selasa, Jun 26

Jom Sihat #1




PREVIEW: AKU YANG DAHULU DAN AKU YANG KINI

Hilang 20KG++ dalam 1 1/2 Tahun 


Rabu, Jun 13

Resepi Gulai Pekat Daging Rusa

السلام عليكم


Semalam aku beli daging rusakan... ok ini dah aku masakkan daging tu.. pergh.. memang marvelouslah rasa dia. tak rugi aku beli daging tu.

Jom aku sharekan resepinya. Tapi resepi asalnya ambil dari blog periuk tanah. Mohon share ye tuan punyer resepi... pinjam gambar gak hehehehe...


Resepi Gulai Pekat Daging Rusa

 Bahan-bahan: (hidangan 5-8 orang)
500 gm daging rusa -dihiris nipis dan kecil- dibersihkan
2 sudu besar rempah kari ayam/daging- dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu besar kerisik yang ditumbuk hingga pecah minyak
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 inci kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, bunga cengkih
1 sudu besar cili kisar
kentang dibelah 4 jika suka
1 cawan santan kelapa daripada 1/2 biji kelapa (aku guna susu freshjer. Nak buang lemak kenalah kurang guna santan hehehe)
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 3 serangkai hingga wangi dan bawang keperangan.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar. Tumis lagi 2 minit sambil dikacau. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan daging dan 1 cawan air. Gaul rata dan tutup periuk. Kecilkan api dan biar daging mereneh hingga empuk.
4. Apabila daging empuk masukkan kerisik dan santan kelapa/susu fresh. Masukkan garam dan kentang. masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
5. Tutup api dan sedia dihidang.






Selasa, April 17

1 SYAABAN 1439

السلام عليكم

Salam Syaaban buat semua.. YESSS.. dah masuk Syaaban uolls... tak sabar rasanya nak sambut Ramadhan. 

Sempena Bulan Syaaban ini, korang puasa sunat tak hari ni? Alhamdulillah.. dari bulan Rejab lagi aku dah start puasa sunat. Dan hari ni aku berpuasa sunat demi bulan Syaaban yang tiba. 

Syukur Alhamdulillah... kerana aku masih diberi peluang untuk berpuasa lagi hari ni. Jom kita cuba memperbanyakkan puasa sunat di bulan Syaaban. Semoga kita dapat syafaat dari NYA.

 

 Bila lagi kita nak practice untuk bulan Ramadhankan.. inilah peluang nya.. 

Adios....


Jumaat, Mac 3

Freaky Friday #69

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga supaya memasak makanan untuk keluarga si mati untuk mengurangkan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja pula untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah meeka yang hadir makan kenduri tersebut kuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita sepatutnya memberi sedekah. Kalau kenduri kahwin tak beri pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. (jika nak beri juga, iklaskanlah kerana Allah SWT, bukan kerana segan kalau tak bagi)

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau diberi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan habiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh membaca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup di bayar sebulan RM20.00 satu pelajaran, 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap di garungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. (terkena kat aku daa)

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. (Alamakkkk)

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

copy and paste: novel Mikayla by melur jelita
Sumber: http://mmpm403.blogspot.com/2009/11/10-amalan-yang-terbalik.html

Ahad, Januari 4

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t....

Selamat menyambut hari Maulidur Rasul buat semua. Yang ni aku copy dari what apps group. Jom kita baca

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )