Selasa, Ogos 13

I'm Back Again....

Assalamualaikum...

Lama aku menyepikan dirikan? terasa asing pulak dalam dunia blogger nih.. Huhuhu.. itulah padahnya bila dah tinggalkan dunia blogger terlalu lama. Aku menyepikan diri bukanlah sebab apa, biasalah time puasa nih terasa macam tak sempat nak bukak blog, nak berjalan-jalan dan merayap-rayap kedunia blog kengkawan blogger lainpun aku tak sempat. Manakan tidak, mana nak kejor (eh silap) pergi solat terawih lagi, mana nak siapkan baju melayu untuk hero-hero malaya aku lagi, dengan kes kaki aku yang terseliuh masa minggu pertama puasa lagi. Memang tak sempatlah nak buat apapun pada blog aku nih. Ditambahkan lagi baaeekkk... punya alasan (ahaks) bulan ramadhan pulak server office buat hal.. boleh bukakpun FB jer.. nak update blog pun makan tahun aku nak tunggu habis loading.. parah-parah.. bagus tak alasan aku? boleh diterima akal tak? hehehehe...

Oklah, apa-apapun rasa belum terlewat lagi aku nak mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan yang ada diluar sana dan juga tak lupa kepada para pembaca yang sudi menyinggah ke blog yang tak seberapa nak ado... ini. Mohon Maaf Zahir Dan Batin andai ada tersilap kata sehingga mengguriskan hati atau ada perbuatanku sehingga meninggalkan kesan, semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan yang indah kepada anda semua.. Amin...
Buat yang menunaikan Puasa Sunat Enam Bulan Syawal, selamat berpuasa dan selamat juga berbuka. Jangan lupa Qada' puasa juga yer.. heheheh...



p/s:- Kepala tengah serabutnih.. nak fikirkan macammana nak habiskan hutang entry huhuhu...