Isnin, Mei 21

Sakit Tekak dan Batuk.

Assalamualaikum...

Sihatke semua? hmm agak-agaklah.. sapelah yang nak baca blog akunih? perasan... mcm ramai sgt yang nak baca blog ko nih cik cha oiii.. silap2 ada yang lemau membacanye.. ahaks..

Aku nih dah start batuk sejak aku balik dari Bandung lagi. elok surut batuk datang balik. Nih aku blk dari cherating, dgn suara x berapa nak ada, batuk lagi bertambah..

Jom kita tgk punca batuk (yang nih aku tanye kat uncle google)... 

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Jenis batuk

Batuk kering

Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.

Batuk basah

Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya.
Batuk mungkin hanya satu-satunya gejala anda. Perhatikan pada tanda-tanda kesakitan atau ketidakselesaan lain - seperti alergi, rasa sakit, berdehit.
Dengan kemudahan untuk menggambarkan batuk anda akan menolong seorang doktor atau ahli farmasi untuk memilih rawatan yang terbaik untuk anda.-wikipedia

MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk yang teruk.
Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.
"Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara," kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.




DR. PATRICK CHAN


Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.
Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.
"Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja," terang Patrick.




SESEORANG perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan.


Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan
Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.
"Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri," katanya.






Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.
Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.
"Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus)," jelas Patrick tentang jenis batuk.
Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.
"Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami," terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.
"Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah," tambah Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.
"Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan," Patrick mengingatkan. - kosmo online

 Aku berpunca dari start aku mengalami jangkitan selsema di bandung.. sgt susah nak baik. Tambahan lagi masa di Cherating aku boleh pulak masuk telematch n terjerit2, sok pagi aku xder suara.

so rawatan untuk batuk adalah

Rawatan untuk batuk

Batuk yang hanya menghabis masa untuk beberapa hari sahaja dan berkenaan dengan sebuah ubat batuk. Tanya ahli farmasi untuk nasihat mengenai ubat yang terbaik untuk batuk anda.
Kalau batuk anda menghabis masa sampai untuk lebih dari tiga minggu atau kalau anda merasa bimbang, sila jumpa doktor mengenai batuk anda.

Penting

Jumpalah doktor mengenai batuk anda kalau:
  • Anda membatukkan keluar kahak hijau, kuning atau perang atau darah.
  • Ia meyebabkan sangat rasa sakit, pengsan, muntah atau kepenatan.
  • Ia biasanya pada waktu malam.
  • Ia telah berubah.
  • Anda juga merasa demam, gatal, kehilangan berat badan atau umumnya merasa tidak sihat.
  • Anda juga keringkasan pernafasan atau ada kesakitan dada.
  • Ia mengambil masa lebih dari tiga minggu.
Sesiapa kanak-kanak di bawah umur lima tahun dengan batuk perlu dilihat oleh doktor secepat mungkin.

Ubat batuk

Pemendam (suppressant ) batuk

Ubat-ubatan bagi mengawal atau menghentikan refleks batuk dan dapat digunakan untuk batuk kering (contohnya dextromethorphan, phlocodine, codeine). Ia boleh didapati dalam bentuk sirap dan lozeng. Jangan gunakan pemendam batuk untuk batuk berhasil, batuk disebabkan oleh asma atau kanak-kanak di bawah usia dua tahun.
Terlalu banyak menggunakan Dekstrometorphan,dapat menyebabkan mabuk seperti minum minuman keras. malah menyebabkan hilang ingatan sementara.

Ekspektoran

Melonggarkan dan menipiskan dan boleh menolong menghasilkan batuk untuk membawa lebih banyak kahak dan membersihkan lubang nafas - contohnya guaiphenesin, bromhexine.

Jaga diri

  • Nyatakan jenis dan corak batuk anda. Ini akan membantu untuk mengenalkan sebabnya.
  • Selalu menutup mulut anda ketika membatuk dan pusingkan kepala anda dari makanan dan orang lain. Ini akan membantu berhenti kuman-kuman dari merebak.
  • Selepas membatukkan kahak keluar, buangkannya di dalam tisu. Jangan menelannya.
  • Hentikan sekumpul batuk dengan menghirup air atau menghisap lozeng.
  • Adakan penafasan dalam stim (atau stim panas) untuk melonggarkan kahak.
  • Basuhlah kedua tangan anda sebelum makan, menyediakan makanan atau menjaga orang lain, untuk melindungi diri anda dan orang lain dari jangkitan.
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan banyak rehat dan santai, terutamanya kalau tidak sihat.
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.
  • Kalau kebocoran kencing bermasalah, pakailah panty liners (untuk wanita) dapat membantu.
 (dicopy n paste dr wikipedia)

aku ada jumpa petua utk mengubat batuk..

Cara Untuk Merawat Batuk Dan Gatal Tekak

by Dunia Maklumat on September 26, 2011

Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil
segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin. Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap, jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekak untuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.

satu lagi petua,

Mengubati batuk berkahak

Batuk dengan kahak adalah sangat merimaskan, apatah lagi jika kahak kental dan sukar untuk dikeluarkan. Bertambah-tambah pula jika tekak terasa gatal disebabkan kahak tersebut. Namun, jangan risau kerana terdapat petua untuk mengubat batuk berkahak ini.
 Mengubati batuk berkahak1. Daun pegaga
Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari.
2. Bunga raya
Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari.
3. Sembung
Ambil 15 gram daun sembung, sepotong bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 2 kali sehari.

so secara kesimpulannye... air mmg sgt penting utk kehidupannih... hargailah air... kalu korang ada rasa nak demamke, selsemake, batuk ke or nak kuruske..... minumlah air seperti yg disarankan, 2 liter setiap hari.... itulah cara pencegahan bagi semua penyakit.. amat mudah dan murah lagi menjimatkan. Ianya baik untuk otak juga, tambahan boleh menyalurkan oksigen kepada otak dah mengaktifkan segala saraf di otak kita...
oklah sampai di sini sahaja buat harinih..




# lepasnih, nak buat entry yang tertunggak ada 2 entry tertunggak nih....











Tiada ulasan: