Selasa, September 25

Ragam Ikan Ku Bila Kekenyangan

Bila sesekali dibelikan anak ikan untuk di jadikan makanan, Ikan-ikan aku melantak habis-habisan sampai kembung perut

tengok gambar kecil, perut kembung bangat sampai tak larat bawak perut

Isnin, September 24

Bahaya Penggunaan Kanta Lengkap Murah Yang Dibeli Secara Online Dan Di Pasar Malam

Assalamualaikum....

Syukur alhamdulillah, setakat ini mata aku masih elok lagi dan tak memerlukan penggunaan cermin mata. Walaupun mata aku tak cantik macam mata orang lain yang ada kalanya aku tengok matanyer berwarna hazel ataupun semulajadi berwarna biru, namun aku tetap bersyukur kerana aku masih dianugerahkan dengan penglihatan yang baik.

Kadang-kadang tu aku tengok orang pakai kanta lekap yang berwarna dan membuatkan matanya lebih cantik, ada juga teringin rasa di hati nak pakai. Tambahan lagi sekarang ni, kanta lekap dijual murah dan dijual secara online ataupun di jual di pasar malam berbanding yang dijual di kedai optikal yang jauh lebih tinggi harganya.

Tapi, tadi aku menengok berita TV3 mengenai penggunaan kanta lekap berwarna yang dijual secara murah ini sangat berbahaya. Ini adalah kerana, setelah ujikaji dibuat ke atas kanta tersebut, didapati bahawa warna kanta itu turun setelah dicuci dengan pencuci kanta lekap. Mungkin, disebabkan pewarna itulah yang menyebabkan seorang gadis di Kapar, Klang berdepan dengan masalah penglihatan selama sehari selepas memakainya kerana ingin kelihatan cantik. 

Menurut Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.

Setahu akulah dulu pemakaian kanta lengkapni hanya untuk mereka yang rabun sahaja, tapi sekarang ni kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza. Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.

Akibat permintaan tinggi, ada pihak yang memandang mudah soal penjualan kanta lekapni. Menurut prosedur yang betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan oleh optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.
Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ianya juga mudah didapati dengan membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam.
  
   
 
Kalau letak kat mata memang cantik, adakah ianya selamat digunakan?

Bagi mereka yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta, seperti yang dilaporkan dalam berita TV3.


Sehubungan itu, sesiapa yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, mereka perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris  yang bertauliah.



Dilaporkan juga, satu rang undang-undang akan digubalkan dan akan wujudnya akta mengenai        penjualan kanta lekap ini hanya boleh dijual oleh optometris yang bertuliah dan yang mempunyai sijil sah sahaja. 

Dinasihatkan buat pemakai-pemakai kanta lekapni, buatlah penjagaan yang rapi dan belilah dengan optometris yang bertauliah. Mata kita nak pakai lama sampai habis nyawa.jangan hanya disebabkan nak cantik, mata tu hancur dalam sekelip mata. Buat yang berkaca mata, teruskan je pakai kaca mata tu, walaupun nampak tak berapa cantik, tapi anda nampak inteligent dan sofisikated bila memakai kaca mata. Yang penting, belijelah kaca mata yang cantik-cantik, confirm cun punyalah.



Update terkini:-

Akta peranti perubatan 2012 akan berkuatkuasa bermula disember ini. Dimaklumkan juga, Setiap kanta dari dalam dan luar negara perlu didaftarkan dahulu sebelum dijual.

Jumaat, September 21

Banyaknyer Hutang Aku....

Assalamualaikum...

Sebenarnya.. harini, aku nak meluahkan perasaan aku kat postni.  Lama dah aku pendamkan nya sampai naik stress aku dibuatnya. 
Tengoklah orang kat gambar atasni, stress sgt dah ni. Sampai mengangkang dibuatnya. Tapi idokler aku stress gaya gini. Serba-salah sangatlah nak cakap ke tak. Tapi macammanapun aku kena hadapinya jugakkan. Nak taknak aku kena berhadapan dengan masalah ni. Hish.. nak cakapke tak nak ni ek...

Sebenarnya aku ada masalah hutang, dah bertimbun hutang aku ni. Kadang-kadang rasa macam nak menangis jer macam makcik dalam gambar kat bawah ni. Tapi takdelah sampai menangispun.. macamjer...
Tak tertanggung rasanya aku dengan masalah hutang akuni, makin lama makin makin berhimpun dan makin membebankan aku. Hari-hari tiap kali berjalan, aku rasa beratjer bahu aku nak memikul beban hutang akuni. Haaa.. sebijiklah macam dalam gambar kat bawahni, dah hampir nak membongkok dah kartunnikan.

Berat betul bahu aku nak menanggung beban yang aku bawak setiap hari. Setiap kali bangun dari lenajer.. aku rasa resah gelisah, tak senang, tak best dan macam-macam rasa lagilah. Sampai ada satu ketika tu, aku sering termimpi-mimpikan yang hutang tu selalu mengejar-ngejar aku. Alah comeljer kalau aku mimpi hutang kejar aku macam gambar kat bawahni kan.
Korang ada cara-cara nak mengelak dari membayor hutang tak? Tolong Suggest kat aku sket.
Korang nak tau macammana aku boleh mula berhutang?
Semuani berpunca dari sebelum bulan puasa lagi. Berpunca dari sikap malas akulah ni. Hari demi hari, Bulan demi bulan, aku bertangguh nak melunaskan hutang aku. Sudahnya bila aku sedar, hutang aku dah menimbun. Hutang mana ye yang perlu aku langsaikan dulu yer. 

Ish.. peningnya aku, malasnya aku, liatnya aku. Aku dapat rasakan dekat 10 entri post dah ni aku berhutang. Manakan idoknyer.... gambar-gambar aku baru savekan dekat dalam lap top aku. Nak edit lagi tu yang buat aku jadi bertambah malas tu. Yang membuatkan aku lagi bertambah malas tu, bila datang pulak semangat aku nak membaca novel dan menghabiskan novel-novel yang dah aku borong sakan kat pesta buku haritu.   

Arghhh.. dilemanya aku... banyak tu... camner nak datang idea nak mengarut nih... dah kering gusi dah nih eh silap kering idea dah ni. Ada sesape nak tolong aku tak? ahaks..ahaks.. ahaks..   





















Hi...hi...hi... ada yang terkenakah? mintak ampun mintak maap berbanyak ek.. tahun depan punye aidilfitri kita bersalam-salaman tau... entri nih pun sebenornyer nak ngelak dari langsai hutang gak nih.. Hu..hu..hu..

Ahad, September 16

Prihatinkah Kita?

Assalamualaikum...

Petang tadi, aku ke Aeon. Jalan punyer jalan, tibalah masanya untuk aku menunaikan solat Asar. Bila aku buka pintu surau, orang-orang bersembahyang tidaklah ramai mana, namun yang tak bersembahyangpun ada. oh lega tak payah nak kena menunggu lama sangat untuk bersembahyang.Bila aku mula melangkah ke dalam surau, aku terdengar bunyi air paip mencurah dengan laju. Ingatkan ada orang guna sebab air yang keluar memang agak kuat. Dalam hati terpikir, pekakke diorangnih, air keluarpun tak reti nak tutupke? Lalu aku masuk lebih ke dalam dengan niat membuka stokin kaki dahulu, sebelum aku pergi menutup air paip tu. Dalam pada aku menanggalkan stokin, adalah seorang awek tu, nak ambil wudhu'. Pada fikiran ku oo oklah ada orang nak tutupkan. Namun tekaan aku salah, boleh pulak awek tu ambil wudhu' kat paip sebelah tanpa mempedulikan paip air yang dah sedia terbuka tu. Dan boleh pulak dia biarkan air paip tu terbukak je tanpa ada niat langsung nak tutup air paip tu. Bukankah itu satu pembaziran, memanglah air tu air free, Aeon yang membayar harga air tu. Tapi, kalau kita sebagai ummat islam, mengamalkan sikap yang suka membazir dan sikap endah tak endah, bukankah kita lebih mendekatkan diri kita dengan syaitan.. membazir itukan amalan syaitan? Sudahlah kawasan Lembah Klangni bakal kehabisan air terawat.. lagi nak membazir. Hai..lah manusia...
 Sekadar gambar hiasan.

Ok habis bab air, off courselah yang jadi tukang tutup tu aku. Mungkin kat dalam surautu akuje kot yang boleh mendengar, yang lain tu cacat pendengaran kot... think positive je lah. Selesai berwudhu' aku pun mencari sejadah kosong untuk memulakan solat. Aku nampak satu sejadah kosong, memang takde orang solat kat situ, tapi aku tengok telekung menimbun atas sejadah tu. Ni lagi satu sikap yang aku tak suka, sikap M, siapalah yag terlalu rajin letak telekung kat atas sejadah, punya M sampaikan gantung or lipat elok-elok dan letakkan dalam rak pun tak boleh. Prihatin sungguhlah ummat Islam sekarangni, ummat di akhir zaman.
sekadar gambar hiasan, bukankah bagus kalau telekung disusun elok dan kemas

Bukan niat aku nak mengutuk, tapi itulah yang terjadi. aku jadi sedih. Masjid atau surau, merupakan tempat yang suci bagi ummat islam, sepatutnya bersih dan kemas. tempat yang patut kita hormat dan sayang, tapi kita biarkan tempat yang suci begitu dalam keadaan yang bersepah dan pembaziran dibiarkan begitu sahaja.  Keinsafan tu datang dalam diri aku, pelbagai soalan yang timbul. Berimankah kita, prihatinkah kita bila semua ini terjadi depan mata namun kita pejamkan mata kita dengan harapan ada orang lain yang akan buat. Khusyukkan solat kita bila kita bersolat dalam keadaan yang bersepah dan tidak teratur? sedangkan di rumah pun, kita akan mengemas tempat solat kita sebelum kita menunaikan solat. Terpikir di fikiranku, kita sekarang di akhir zaman, Kiamat boleh berlaku bila-bila masa sahaja dengan ketentuan-Nya. Andai Berlaku kiamat dalam waktu terdekatni, sempatkah aku mengumpulkan amalan-amalan ku? Ya-Allah takut rasanya aku nak menghadapi hari kiamat-Mu nanti. tak tertanggung rasanya seksaan itu......

Sorry lari tajuk sekejap.. yang pentingnya, jadilah masyarakat yang prihatin dan masyarakat madani.

Khamis, September 13

Keretaku rosak....

Assalamualaikum,

Hai... apalah nasibku harini. Kereta Charadeku yang baru sahaja dibaik telah tersadai di officeku disebabkan baterinya telah kong tengah hari tadi. Pagi tadi bukan main beria lagi anak teruna nak naik kereta kuning sampai terlupa ambil kasut dalam kereta hitam. Aku pula siap isi minyak sebanyak RM 20 lagi sebab nak pakai esok dan minggu depan. Alih-alih, tengah hari tadi aku nak start enjin, kereta kuning tak mau hidup..


panik aku kejap. Dahlah aku lambat ambil Hero Cilik tu. Dengan pantas aku cuba call Hubby aku,yelah sape lagi yang boleh diharapkan untuk ambil anak teruna tu. namun malang nasibku lagi sebab kedua-dua nombor phonenya tak dapat dihubungi.
Isy.. pada siapa pulak aku nak minta tolong.. lalu aku teringatkan rakan pejabatku, Pn. Nda tak kemana dan beliau juga memandu kerta ke office, terpaksa kacau dia dan pinjam keretanya.
Mujurlah ada juga rakan yang saling membantu. Syukur sangat sebab urusanku dipermudahkan. Alhamdulillah...
Hubby call tanya kenapa call (kenapa call? apa punyer soalanlah..), lalu ku ceritakan kisah tengah harini dalam keadaan agak marah yelah dah call berkali2 boleh pula tanya kenapa call!!
Kesian dengan Hubby sebab dia kena demam selsema tapi kena datang office aku untuk keluarkan bateri dan bawa pula pergi charge bateri kereta. Nak tak nak, kenalah aku biarkan kereta kuningku itu bermalam di pejabat. Nak buat macammana, bateri kereta bukan boleh di charge setakat sejam dua.
Nampaknya, esok aku kenalah bawa kereta hitam..

Rabu, September 12

Segmen #9 : "Curi-Curi Suka" Giveaway!

Assalamualaikum,

Hehehe.. aku ni terukkan? hutang post tak berbayar lagi, sibuk nak ikut segmen pulak.. hahahaha nasiblah.

Aku ikut segmen nih pasal dia bagi giveaway buku. Disebabkan akuni gila eh silap, minat sangat dengan novel, so aku pun follow tuan blog dan buat entri ni.

 Title: Curi-Curi Suka
Author: Liyana Zahim
Genre: Love

Reviews:
For me this book sounds lovely, "Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai."
Mari kita amanat tuan blog, dan klik SINI untuk review.

"You have until 11:59 p.m. Sunday, 16 September 2012 to enter. No entries will be accepted after 11:59 p.m. on 16 September 2012. Winners will be chosen randomly and will be announced on 18 September 2012. So spread the word out!"




Selasa, September 11

Doa Untuk Mengelakkan Angin Ahmar/Strok

Assalamualaikum....

Aku ada terbaca dalam novel mengenai angin ahmar dan Doa yang perlu di baca untuk kita elakkan angin ahmar atau lebih terkenal dengan panggilan strok. Korang tau tak sejarah bermulanya kejadian angin ahmar ni? Meh aku citerkan.. Bagi yang dah tau tu, Korang baca ajelah ek.

Tersebutlah kesah.. eh dah macam kesah dongenglak.. takde-takde ni pasal kesah betul pada zaman Nabi Sulaiman a.s lagi dan bagaimana wujudnya serta asalnya angin ahmarni. Penyakit angin ahmar ada sejarahnya yang tersendiri dan telah ada sejak dari zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang. Tiba-tiba, baginda merasa riak dan bangga diri, lalu berkata di dalam hatinya, siapakah makluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga, dengan perintah ALLAH s.w.t, menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang lembaga itu menjawab bahawa dia bernama 'ar Raihul Ahmar' (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah serta otak seseorang sehingga hilang akal. Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh 'ar Raihul Ahmar' itu. Namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. 
Angin Ahmar itu masih ada hingga ke zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, cucu baginda iaitu saidina Hassan bin Ali, pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu, turunlah Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya apakah ubat penawarnya. Jibril menjawab "ada" lalu ghaib. Sebentar kemudian, Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa ALLAH S.W.T telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya untuk mengelakkan angin ahmar. Lalu Baginda pun membaca tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hassan, lalu boleh berdiri dan sihat walafiat.

Sini, aku sertakan dua versi doa, satu yang pendek,satu yang panjang.Tapi aku rasa mungkin ramai yang akan pilih untuk baca yang versi pendek. Doa ni di baca untuk mengelak angin ahmar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sebaik-baiknya doa ni, diamalkan setiap hari.

Doa Pendek:-
 
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير

Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.

Doa Panjang:-


 maksudnya:-