Memaparkan catatan dengan label Kemana Ku Melangkah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemana Ku Melangkah. Papar semua catatan

Isnin, Februari 4

Makan Best #17 : Warung Harmony

السلام عليكم

Jumpa lagi U'Ollss... 

Lama dah tak post pasal tempat makan ni kan? lama juga aku tak review pasal tempat makan. Mana tidak nya, semenjak 2 tahun ni aku mengamalkan makan secara sihat, makan dan masak di rumah huhuhu... 

Bermula cerita, hehehehe.. Al - Kisah.. 😋😋😊😊

Sabtu yang lepas, aku rasa macam malas nak memasak malam. Tengah scroll FB, aku ternampak post pasal makanan western food, murah katanya. Nama tempat tu Warong Harmony. Review dari pengunjung ok dan banyak portion makanannya.

So, Akupun buatlah cadangan pada My Lovely Hubby. Mujurlah dia Setuju huhuhu.. Lepas maghrib, aku and family bergerak ke Warong Harmony di batu 7, Jalan Kebun.

Aku buka waze, lagipun tuan punya kedai dah letak siap2 dalam waze warong dia tu. Mula2 sampai, aku parking tepi jalan depan sekolah rendah je. Itu sahaja yang mudah nak parking. Sampai situ aku sedikit konfius sebab nama restoranya nama lain. 
Tapi bila tengok sebelah kanan, ada signboard Warung Harmony
 Tengok ke dalam, boleh nampak dan betullah kedainya.


 Menu, sila jamu mata anda 😊😊

Apa yang aku Order? 

 Mushroom Soup with Garlic Bread

 Mix Platter Oglio olio (kongsi dengan anak teruna)
Nasi goreng with chicken Grill (Sebenarnya salah order, aku sebab lapar sangat jadi sangap x dengar hubby nak apa, dia mintak lamb grilled aku bagi chicken kikiki)

Ok Review aku,

Pada aku, oklah.. not bad. sebab murah kan.. sos black peppernya, Hubby bagi review kureng sikit. tak berapa nak sedap. (patutlah aku bagi kambing kat dia macam nak tak nak je dia ambil). Nasi goreng kononnya tanya nak pedas ke tak nak, tp semata-mata letak cili api kat penjuru huhuhu.. mushroom soupnya terlalu creamy rasa cream x rasa mushroom, hmmm.. pinggan besar, nasi goreng memang agak banyak, spagetti sedap memang pd aku yg dietni harus kongsi 2, tapi.... portion ayam, daging kambing tu agak kecil.. bolehla.. sebab aku yang aku makan tu je x sampai RM50 hihihi... yang mix platter tu boleh lah.. memang perlu untuk aku yang makan 1/4 ni, wajib kongsi dengan anak teruna aku yang semakin membesar.. hehehehe..

so, rating kedai aku bagi 🌟🌟🌟 , sesuka hati nak bagi ratingkan? huhuhu... sekadar nak merasa western food yang murah, bolehlah datang sini. Kalau nak rasa macam kat hotel, baik kome pergi restoran 5 bintang or hotel 5 bintang ye tak? Ada yang lebih sedap, tapi ini yang dekat dengan rumah aku. Terima ajelah seadanya heheheh...

Buat owner kedai, keep it up, cuba lagi buat yang terbaik.. insyallah.. kalau anda berniaga dengan ikhlas, murah rezeki anda nanti.. cuba perbaiki lebih baik lg. 

Buat pengunjung tu, pada aku, nak parkir kereta mmg agak payah. Tapi tak perlulah parkir dpn rumah orang, nanti ada pula yg kena maki free. Susahkan org je nanti. Kalau dapat yang ok dan faham tu tak mengapalah. Kalau dapat yang x faham tu, dibuatnya aduan ke pihak berwajib, dah tutup kedai orang.. parkir jauh sikitpun apa salahnyakan.. dont be so selfish.. pikirkan jua org lain tu.... 

Sampai sini dulu, nanti aku update lagi untuk next entry... Adios...

Rabu, Oktober 19

Lawatan ke Kilang Mamee, Melaka


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku ni dalam progress mengemaskini entry tertunggak ni. Kebanyakan cerita semuanya jenis baling belakang punya tau.. jom kita baca ajelah ye.. hehehe...

Tempat aku bekerja ada buat lawatan sambil belajar tapi 'berbayar' ke Kilang pembuatan keropok Mamee dan mee segera Mamee. Akupun offer diri nak pergi sambil bawa anak teruna aku. Yelah.. aku nak anak teruna belajar dan tahu mengenai pembuatan keropok yang walidnya selalu beli. Sambil tu kami dapat berjalan-jalan di Melaka.

Pertama kali naik bas dengan anak teruna aku, rasa agak excitedlah jugakan. Anak teruna aku dah selalu naik bas pun pergi rombongan. Aku pun sama, tapi kali ni berduaJER. 
 Selfie kejap sebelum bergerak burok pulak tudung aku tu
 Ok dah sampai dalam kilang dan tempat lawatan untuk pelawat
Anak teruna dengan makwenya, Alyaa bergambar berdua

Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Aku dalam kumpulan kedua, itu yang berkesempatan nak tangkap gambar ke apa ke. Sambil tu, kami dijamu dengan keropok Mamee. Bila sampai giliran kami, kami diberitahu tak boleh ambil gambar semasa berada dalam kilang. So.. Tak adalah gambar yang dapat dilihat semasa aku berada dalam kilang tu. 


gambar ehsan dalam kilang ni aku copy dari blog miss-azwarsyuhada
Kalau nak baca cerita lebih lanjut, boleh lah pergi ke blog tu.

Semasa berada di dalam, kilang tu memang ada sediakan laluan untuk pelawat berjalan. bermula dari tempat pembancuhan tepung, pembentukan mi segera, dimasak, dikeringkan dan diletak pengawet agar tahan lama sehinggalah ke teknik pembukusan kami ditunjukkan. Kami semua memang berjalan sebelah conveyer mesin tu (betulke ejaannya ni hahaha). Sebelah mi segera sebelah lagi snack mamee.
 Dah habis lawatan, kami dibawa masuk ke dalam dewan untuk menonton wayang pasal kilang Mamee
Aku suka gambar ni sebab dalam ramai-ramai, sorang sahaja yang standby untuk di ambil gambar.. ahaks.. 
 Bila dah habis lawatan di kilang, sessi bergambarberamai-ramai. Foto tengah pula Orang kuat (urusetia) bergambar dengan wakil orang kilang Mamee

 Anak teruna aku dah jumpa kawan-kawan, aku dilupakan huhuhu...
Tadi kat dalam anak-anak, ini kat luar mak-mak pulak. 
Next destination, kami dibawa ke tengah-tengah bandar melaka. Kami diturunkan dan dibawa ke Mamee Jonker House untuk lawatan kedua dan makan tengah hari serta 'cup painting'.
Mamee Jonker House (ehsan dari google)
Bergambar sebelum aktiviti

Sebelum aktiviti, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan satu membuat aktiviti manakala kumpulan kedua, masa untuk suppedeq betulke ejanya hehehe.. Kami Di beri makanan Chicken Rice Ball. Makanan ala nyonya. kering tekak aku sebab tiada kuah huhuhu..

Habis makan, kami di bawa ke tingkat satu untuk aktiviti seterusnya.
Kami diberi penerangan terlebih dahulu sebelum dibenarkan menconteng atas cawan Mamee tersebut.
Beria masing-masing menulis dan melukis, aku pun tak ketinggalan.
Selepas melukis, kami perlu menyerahkan cawan tu kepada pekerja yang ada untuk dimasukkan mee dan perencah. Kemudian kita boleh memilih sayur yang kita mahu untuk dimasukkan ke dalam Mamee cup. Akhir sekali, proses menutup dan membalut Mamee cup tersebut sebelum diserahkan kembali kepada kami.
 Selesai aktiviti, apa lagi masa untuk bergambarlah
  Panjat sayang jangan tak panjat huhuhu
  Ada gaya tak?
 Sempat lagilah mereka ni bergambar dengan Mamee Monster kerdil hahahaha..
 Turun ke bawah kami ke galeri pula. Apa lagi, bergambar sakanlah
 Tangkap bola ke sayang?
 pergh.. sikit punya gaya

 Selesai bergambar dan bershopping sakan dalam Mamee Jonker House tu, kami berjalan kaki ke Dataran Pahlawan. Tapi kawan-kawan yang lain teringin pula nak naik beca, Jadi kami sewa beca yang beratur depan Bangunan A Famosa. Ikutkan, Anak Teruna nak naik beca spiderman, tapi sebab lambat sangat dan siap merajuk-rajuk lagi. Sudahnya kami naik beca Doraemonjer.. kikiki padan dengan muka.
 Nak bergambar sorang atas beca
Kami singgah solat di Masjid Selat, Pulau Melaka. Atas laut ko.. hehehe
Sempat lagi aku berselfi tepi laut sebelum bergerak pulang hehehe

OKlah, sampai di sini sahaja cerita aku kali ni. Nantikan lagi entry-entry yang masih lagi tertunggak hehehe..

Rabu, Mei 11

Jom Beriadah @ Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam


Assalamualaikum wbt...

Entry kali ini sebenarnya entry tertunggak, lama dah aku peram gambar ni. Baru hari ni aku berkesempatan edit dan post. 

Sebenarnya aku mengikut Hubby aku datang ke Bukit Cahaya Sri Alam ni. Aku naik basikal dengan anak teruna, sementara Hubby dengan kawan-kawan dia pergi ke adventure park.

Mencabar juga naik basikal kawasan berbukit ni, tambah lagi kalau basikalnya tak berapa nak bagus dan gearnya rosak. Agak berpeluh-peluh juga walaupun sekadar menolak basikal hehehehe....

Kami berkayuh dari Adventure park ke rumah salji. Hanya setakat itu yang aku termampu kayuh dan jalan. jom layan gambar ajelah.
Setelah penat mengayuh dan menolak, kami rehat sebentar di kawasan yang ada sawah padi.
Nampak tak betapa gelapnya kulit aku tu huhuhu...
Anak teruna bergambar di taman haiwan
 Kami dah tak larat nak mengayuh basikal, jadi kami hantar balik basikal, kami naik trem ke rumah 4 musim
Kami masuk ke rumah iklim 4 musim. Masa kami pergi ni tengah musim bunga, jadi seronoklah nak buat aktiviti menangkap gambarkan.... 
 Anak teruna menyebuk nak bergambar juga
 
 Bunga-bunga yang hidup di sini
 
 Cantik dan damai je bila duduk sini
 
 Aku dengan anak nak bergambar juga

 

 


 Gambar lanskap yang aku ambil

Masa nak balik, dalam kereta. Tiba-tiba aku ternampak ada monyet atas pokok siap ada gelang putih pada matanya.

Sampai sini sahaja entry aku. akan menyusur kisah yang lain pula.... adios...