Selasa, Februari 26

Ben Than Night Market, Vietnam on 2013

Assalamualaikum..

Apa khabar kengkawan Blogger ku? Aku dapat MC harini, sebabnya aku demam dan suara aku hilang pagi nih, tapi sebelum aku terlelap, aku nak cerita pasal pasar malam yang ada di jalan Ben Than. pasarni setiap malam ada, memang di buka setiap malam, so tak payah risaulah kalau nak pergi hari apapun.... barangan yang dijual di pasar malam ini harganya lebih murah dari harga biasa berbanding dengan harga di dalam pasar ben than itu sendiri. Pasar Malam nya menjual macam-macam jenis barangan, dari cenderahati sehinggalah ke barangan hiasan rumah, pakaian dan macam-macam lagilah. Pasar malam ni di buka di dua jalan, so kalau nak ke pasar malam di jalan yang lain, kena tempuh Ben Than market dulu,
Cuma satu aje aku pesan di sini, stail menjual di vietnam macam stail menjual di petaling street. kalau rasa nak dengan barangan kat gerai tu, kalau dah sentuh, kena terus tawar harga untuk serendah boleh dan terus beli. Kalau tidak, mereka takkan lepaskan kita sehingga kita beli. Janganlah berangan nak survey2 duluke, tengok-tengok duluke. kita tak tawar-menawarpun mereka dah turunkan harga. jangan tertipu,bandingkan dahulu dengan ketiga-tiga nilai mata wang, iaitu Dong, USD dan MYR. mana yang paling rendah, bolehlah dipilih untuk proses tawar menawar. Kebiasaannya duit kita yang paling rendah. Huhuhu.. Memang seronok berbelanja @ dalam erti kata menghabiskan duit kat sini. Rambang mata aku dibuatnya..Berhati-hati bila nak tawar menawar. Pastikan duit yang di beri cukup-cukup, jika beri USD pastikan duit yang dipulang dalam USD ataupun duit tu sama nilai dengan matawang yang diberi.
     Gambar kat atas ni, aku ambil dan abadikan dalam kenangan. Aku sangat berkenan dan nampak hidup. Geram aku dibuatnya, setiap kali lalu mesti tengok. Aku nak beli, tapi dilarang oleh Hubby aku sebab katanya buat berat beg jer.. huhuhu.. sangat murah boleh  pula di kurangkan ke RM 50. Memang dasatlah harga2 disini. Cantik sesangat2. Geram aku tengok. Mujurlah di malam terakhir duit aku tinggal tak seberapa kalau tidak, aku borong dah...
Suasana senja di bandar, kereta dan motor sentiasa memenuhi jalan raya. Sesak sesesaknya
Gambar kat atasni pulak, aku snap depan hotel aku. kenderaan sentiasa bertali-arus tanpa henti. Sampaikan aku nak melintaspun jadi takut. Motor terlalu banyak dan laju-laju. Tapi bila malam berlabuh, dan jam telah mula masuk pukul 8 malam jalan mula jadi lengang serupa macam jalan mati pulak. Ketika itu pula, kita boleh lihat pekerja bandaran mula mengambil alih jalan dengan membersihkan sampah sarap sekitarnya. Satu yang aku tabik kat sini, susah nak melihat sampah bertebangan ataupun sampah merata-rata sekitar jalan raya. Pemandangan lanskap di bandar Ho Chi Min ini juga amat cantik dan cukup terpelihara. Pokok-pokok juga dijaga dan ditanda mengikut nombor. 

Oklah sampai sinijer.. nanti aku sambung cerita lagi pasal Bandar Vietnam pulak.

Lihat cerita hari pertama kat SINI

Kisah seterusnya bersambung di:-

6 ulasan:

Hanif Idrus berkata...

Hehehhhe...tengok gambar pun dah meriah kawasannya...
Apatah lagi kalau membeli-belah disana...

hainom OKje berkata...

Apa yg diborong?

Syaz Blackrose berkata...

mmg meriah dan rambang mata bro hanif

Syaz Blackrose berkata...

alamak lupa pulak saya nak upload apa yang saya borong. nanti lah saya upload kat entri lain

Atira berkata...

barang ape yg best utk diborong di sini yer..

Syaz Blackrose berkata...

Atira, barang best untuk di borong ek.. hmmm.. lebih kepada cenderamata, baju kurung, tudung, t-shirt lelaki tak byk sgt tapi brandedlah, seluar jeanspun tak byk tp kualiti yg terbaik gak lah.. seluar jeans kat bandung lagi best sebab ada kedai-kedai khas jual jeans. itu ajelah yg saya ingatpun..