Selasa, September 11

Doa Untuk Mengelakkan Angin Ahmar/Strok

Assalamualaikum....

Aku ada terbaca dalam novel mengenai angin ahmar dan Doa yang perlu di baca untuk kita elakkan angin ahmar atau lebih terkenal dengan panggilan strok. Korang tau tak sejarah bermulanya kejadian angin ahmar ni? Meh aku citerkan.. Bagi yang dah tau tu, Korang baca ajelah ek.

Tersebutlah kesah.. eh dah macam kesah dongenglak.. takde-takde ni pasal kesah betul pada zaman Nabi Sulaiman a.s lagi dan bagaimana wujudnya serta asalnya angin ahmarni. Penyakit angin ahmar ada sejarahnya yang tersendiri dan telah ada sejak dari zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang. Tiba-tiba, baginda merasa riak dan bangga diri, lalu berkata di dalam hatinya, siapakah makluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga, dengan perintah ALLAH s.w.t, menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang lembaga itu menjawab bahawa dia bernama 'ar Raihul Ahmar' (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah serta otak seseorang sehingga hilang akal. Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh 'ar Raihul Ahmar' itu. Namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. 
Angin Ahmar itu masih ada hingga ke zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, cucu baginda iaitu saidina Hassan bin Ali, pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu, turunlah Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya apakah ubat penawarnya. Jibril menjawab "ada" lalu ghaib. Sebentar kemudian, Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa ALLAH S.W.T telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya untuk mengelakkan angin ahmar. Lalu Baginda pun membaca tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hassan, lalu boleh berdiri dan sihat walafiat.

Sini, aku sertakan dua versi doa, satu yang pendek,satu yang panjang.Tapi aku rasa mungkin ramai yang akan pilih untuk baca yang versi pendek. Doa ni di baca untuk mengelak angin ahmar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sebaik-baiknya doa ni, diamalkan setiap hari.

Doa Pendek:-
 
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير

Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.

Doa Panjang:-


 maksudnya:-








4 ulasan:

Remy hazza berkata...

thanks for sharing info yg sangat berguna.....

hainom OKje berkata...

Rasanya buku dia pun ada jual kan....
Apa pun sharing is caring...

Syaz Blackrose berkata...

aah mmg ada pun, saja utk ingatan sendiri n buat sesiapa yg agak mls nak g mencari buku n sng cr kat internet lg.. xper.. sharing is caring, caring is loving, loving is forgiving hehehe..

Lazi Mohamad berkata...

Mohon share ye...mekasih