Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Selasa, Disember 30

Novel #8 Menantu Vs Mertua


Assalamualaikum wbt...

Synopsis:-

Disebabkan satu peristiwa yang tidak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertamamembuatkan Qeesya Ameena menjadi angau sehinggakan dia sanggup mengambil keputusan untuk melamar Izz Rayyan Iskandar. 

"My Prince Rayyan, sudikah awak menjadi suami saya?"

"What?"

Bermula dari lamaran itu, terlalu banyak perkara yang merapatkan mereka. Membuahkan rasa cinta dalam diam dan tanpa dirancang. Dalam usaha memikat hati dan cinta suamimya, Qeesya Ameena terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah, yang datang ke rumah bukan menantu tapi... 'hantu'!

"Qeesya Ameena, kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar, Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a 'Queen of the Lions'.

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan.. adakah mampu Qeesya melembutkan hati mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?

Terbitan Kaki Novel by Dyadila


Review aku:-

Dah lama sebenarnya aku beli novel ni, tapi aku peram sekejap sebab nak habiskan stok novel yang ada. aku tak ingat keluaran bila novel ni. mungkin ada yang dah baca lama dah dan mungkin tak ingat jalan ceritanya. Novelni memang best. Ada kelakar, ada babak yang menghiris jiwa dan ada babak yang menyayat hati hingga membawa kita untuk menangis (ke aku yang terlebih sensitif ke ntahler). 

Part lawak, bila Qeesya mula menyatakan rasa cintanya pada Rayyan tanpa mengetahui siapa Rayyan dan dengan muka temboknya menadah muka dan bagaikan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Cabaran bermula bila Qeesya dan Rayyan diijabkabulkan. Dengan Rayyan yang sombong tahap Gaban dan mak mertua yang perangai mengalahkan perangai anak remaja, Qeesya terpaksa bersaing dengan Queen Of The Lions dalam merebut hati sang suami. 

Dalam pada itu, hadir pula orang ketiga yang menambahkan lagi perisa asam garam hidup berumah tangga milik Qeesya dan Rayyan.

Bab yang menyayatkan hati bila berbagai dugaan datang menimpa Qeesya dan keluarganya dan akhirnya membuka mata Rayyan dan mertuanya. bila part ini, aku dah mula menitiskan air mata.. sedih sangat tau... tak pernah tau aku menangis kalau baca novel. Memang best. Pandai Dyadila mengolah jalan cerita novel ni. Terasa aku yang menjadi Qeesya dan kebiasaanya aku akan baca di penghujung novel dahulu then, baharu aku baca dari awal tapi untuk novelni, sebaliknya aku habiskan sehingga ke punghujung novel. Syabas bete.. hehehe... buat yang belum baca, belilah tak rugi tau...

Rabu, Disember 11

Mr. London Ms langkawi by Herna Diana

Assalamualaikum..


Sinopsis:

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik pandai tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi nakalnya.. Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu", ejek Liayana penuh jengkel.
"Memang baguspun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite.. cer cite," Kata Liyana
"Yang bagusnya kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkan keserasian dalam jiwa Aidi Mukhlis dan Nurul Liyana?

Ulasan:

Herna Diana tampil lagi mengeluarkan novelnya yang ke-empat. Seperti biasa aku memang suka sangat dengan hasil penulisan Herna Diana ni. Memang santai dan penuh gelak tawa. Jalan Ceritanya cukup selamba. Hilang tension aku bila membacanya. watak Liyana kalau bab bercakap memang menang kat dia soranglah. Sampaikan Aidid yang baru mengenali Liyana menggelarkannya dengan nama mak nenek. Cukup patriotik orangnya. Nak cari bakal suami juga jenis yang patriotik macam dia juga.

Aidid dan Liyana sentiasa akan bertekak setiap kali bersua muka, ada sahaja idea-idea nakal yang di fikirkan oleh Liyana untuk mengenakan Abang sepupunya. Namun dalam pada bertekak dan saling kutuk mengutuk itu, mereka sentiasa rasa senang di antara satu sama lain cuma mereka sedar dengan tidak sahaja.
Suatu hari, Liyana mencabar Aidid untuk menyukai Malaysia dan menyayangi Negara ini, macam-macam cara yang telah dilakukan oleh Liyana untuk membuatkan Aidid meluahkan rasa kagum itu, namun Aidid sentiasa menyimpan rasa kagum itu. Bila mereka bersama, ada nampak keserasiannya. Merepek, merapu kata mereka bila mereka digandingkan mana tidaknya sorang macam mat saleh sorang macam litar kena pintas tak boleh bersama.

Nak tahu lebih lanjut lagi, jom baca novel ni...tak kering gusi baca.

Selasa, Jun 18

Suami Tak Ku Hadap

Assalamualaikum....

Ahaks.. jangan salah anggap yer, ni tajuk novel yang aku bacajer.. Tajuk review novel kalini, Suami Tak Ku Hadap.

Jom kita tengok Sinopsisnya:-

Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punya satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawap seorang ayah. Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi.

"Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk daripada neraka, Budriz! Aku akan buat bonda tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!" - NUR SYAIMA

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta terdetik dalam hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, keras hatinya Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

"Abang minta maaf. Tapi yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri..." - Syed AHMAD BUDRIZ

Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?

Review:-

Mula-mula membaca novel ni, penceritaan bermula dengan perasaan yang penuh dengan dendam. Bermula dari zaman persekolahan hinggalah menginjak ke dewasa. Nur Syaima hidup dengan Dendam. Kata-kata nista dan kata-kata kesat sentiasa keluar dari mulut Nur Syaima dan perasaan yang meluat sentiasa melanda antara Nur Syaima dan Budriz. Masa membaca ni, aku dah mula bosan masa membaca jalan cerita novel nih. Pada pertengahan cerita, bila Nur Syaima mula menerima suaminya, masa tu baru aku rasa seronok nak membaca balik. Pada saat itu, dugaan mula menimpa, halangan demi halangan bermula dengan penolakan nenda Budriz serta fitnah yang menimpa Syaima. Kesedihan demi kesedihan menimpa Syaima namun akhirnya Syaima bangkit dan cahaya mula menyinar hidup Syaima.

Sabtu, April 6

Oh, Mama Tiriku! by Herna Diana


Sinopsis:

DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Komen: 
Memang menarik untuk dibaca. Aku cukup puas hati. Novel-novel Herna Diana memang tak menghampakan sangat menghiburkan aku. Aku asyik tergelakje baca novelni. Part yang aku suka bila part Iman terloncat-loncat kesukaan sebab menang main guli, anak-anak dan anak saudaranya boleh memegang perut iman yang sedang mengandung sambil berkata "hati-hati mak su, nanti tergolek pulak baby kat dalam nih" Iman boleh terpinga-pinga sambil di gelakkan oleh abang dan suaminya kerana kepetahan Rayyan. aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.


Selasa, Disember 11

Novel #2 Cinta Untuk Mu

Assalamualaikum...

Huhuhu.. tak habis lagi aku membaca Novel Roti cicah susu kat Sini, aku dah bertukar baca novelni pula. Kita baca sinopsis novel dulu yer..

    Kerana sering mengusik dan membuli Tiara, tanpa disedari tumpuan Syahiman sentiasa pada Tiara. Syahiman berasa seronok apabila Tiara mara-marah. Syahiman beras suka jika Tiara memberikan respons. Secara tiba-tiba, Syahiman menjadi terlalu igin memerhati Tiara. Keinginan itu bagaikan tida dapat bertahan lagi. Sehingga dikejar oleh Mak Cik Hasnah lalu bersembunyi di dalam Reban Ayam.
    "Aku ingin kaya raya Taiara. Punya rupa. Tapi kau apa ada. Kalau kau nak tahu, aku benci pada kau Tiara. Aku malu untuk mengaku kau sebagai kawan aku. Mulai saat ini, jangan kau sesekali mengganggu aku. Persahabatan kita dah lama putus. Kita berdua orang asing pada aku. Kita berbeza taraf. Kau tak layak untuk menghampiri aku" -Syahiman
     Kalau ikut hati abang, abang mahu hidup lebih lama lagi di sisi Tiara. Siapa tak sayang nak tinggalkan isteri secantik Tiara ni." - Haizul
     Kerana tidak tega membiarkan orang yang dicintai bersama wanita lain, dia nekad dengan rancangannya. Sekarang orang yang dirindui separuh nyawa telah tiada lagi. Lantaran Sikap dengki yang membusuk di hati, enggan mengaku kalah, lalu akhirnya dia juga yang kehilangan.  -Fazira

Ok, Jom kita review novelnih.

Kisah 4 orang yang bersahabat sejak dari sekolah rendah, Syahiman dan Tiara yang sering membuli antara satu sama lain, membesar bersama, berhijrah ke Kuala Lumpur juga bersama. Namun berpisah bila Fazira mula menolak cinta Syahiman kerana mengejar cinta Haizul yang sayangkan Tiara. Jalan ceritanya yang agak menarik dan mencuit hati dengan insiden yang melucukan tambahan lagi dengan perangai lurus bendulnya dan naif si Tiara dan adegan usik mengusik antara Shahiman dan Tiara, cuma agak meleret sebab hampir membuatkan aku bosan menunggu bilalah Tiara dan Shahiman nak bersatu dan bilakah mereka berdua nak melafazkan rasa cinta mereka antara satu sama yang lain dan bilakah hati Tiara akan terbuka untuk menerima Shahiman sebagai suami. Aku asyik tergelak-gelak je bila membaca novelni. Memang kelakar sangat tambah tak logikpun ada. Suka tapi Ego tinggi. Bila dah tiada baru nak merindulah apalah.
Ada babak sedih dala novelni bila Fazira melunaskan dendamnya yang terbuku dalam hati dan membiarkan Syaitan bermaharajalela. Yang Paling aku kesian, Haizul meninggal dunia, dan tak lama selepas itu anaknya pula dibunuh dan digantung oleh Fazira. Kerana dendam dan cemburu sejak kecil terhadap Tiara dan cintanya Fazira terhadap Haizul, dia sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kepuasan hatinya.

Sampai sini sajalah review aku. Sekarang nih sedang menghabiskan novel I love u stupid yang tebal nak mampus.. hehehehe...

Nanti aku letak Review utk Novel Roti Cicah Susu tuh ek..