Assalamualaikum...
Huhuhu.. tak habis lagi aku membaca Novel Roti cicah susu kat Sini, aku dah bertukar baca novelni pula. Kita baca sinopsis novel dulu yer..
Kerana sering mengusik dan membuli Tiara, tanpa disedari tumpuan Syahiman sentiasa pada Tiara. Syahiman berasa seronok apabila Tiara mara-marah. Syahiman beras suka jika Tiara memberikan respons. Secara tiba-tiba, Syahiman menjadi terlalu igin memerhati Tiara. Keinginan itu bagaikan tida dapat bertahan lagi. Sehingga dikejar oleh Mak Cik Hasnah lalu bersembunyi di dalam Reban Ayam.
"Aku ingin kaya raya Taiara. Punya rupa. Tapi kau apa ada. Kalau kau nak tahu, aku benci pada kau Tiara. Aku malu untuk mengaku kau sebagai kawan aku. Mulai saat ini, jangan kau sesekali mengganggu aku. Persahabatan kita dah lama putus. Kita berdua orang asing pada aku. Kita berbeza taraf. Kau tak layak untuk menghampiri aku" -Syahiman
Kalau ikut hati abang, abang mahu hidup lebih lama lagi di sisi Tiara. Siapa tak sayang nak tinggalkan isteri secantik Tiara ni." - Haizul
Kerana tidak tega membiarkan orang yang dicintai bersama wanita lain, dia nekad dengan rancangannya. Sekarang orang yang dirindui separuh nyawa telah tiada lagi. Lantaran Sikap dengki yang membusuk di hati, enggan mengaku kalah, lalu akhirnya dia juga yang kehilangan. -Fazira
Ok, Jom kita review novelnih.
Kisah 4 orang yang bersahabat sejak dari sekolah rendah, Syahiman dan Tiara yang sering membuli antara satu sama lain, membesar bersama, berhijrah ke Kuala Lumpur juga bersama. Namun berpisah bila Fazira mula menolak cinta Syahiman kerana mengejar cinta Haizul yang sayangkan Tiara. Jalan ceritanya yang agak menarik dan mencuit hati dengan insiden yang melucukan tambahan lagi dengan perangai lurus bendulnya dan naif si Tiara dan adegan usik mengusik antara Shahiman dan Tiara, cuma agak meleret sebab hampir membuatkan aku bosan menunggu bilalah Tiara dan Shahiman nak bersatu dan bilakah mereka berdua nak melafazkan rasa cinta mereka antara satu sama yang lain dan bilakah hati Tiara akan terbuka untuk menerima Shahiman sebagai suami. Aku asyik tergelak-gelak je bila membaca novelni. Memang kelakar sangat tambah tak logikpun ada. Suka tapi Ego tinggi. Bila dah tiada baru nak merindulah apalah.
Ada babak sedih dala novelni bila Fazira melunaskan dendamnya yang terbuku dalam hati dan membiarkan Syaitan bermaharajalela. Yang Paling aku kesian, Haizul meninggal dunia, dan tak lama selepas itu anaknya pula dibunuh dan digantung oleh Fazira. Kerana dendam dan cemburu sejak kecil terhadap Tiara dan cintanya Fazira terhadap Haizul, dia sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kepuasan hatinya.
Sampai sini sajalah review aku. Sekarang nih sedang menghabiskan novel I love u stupid yang tebal nak mampus.. hehehehe...
Nanti aku letak Review utk Novel Roti Cicah Susu tuh ek..

2 ulasan:
menarik....tapi remy takde masa nak baca novel...yg kat rumah tu pun ada belambak lagi tak buka plastik...... hu3
itu baru betul2 koleksi tu.. huhuhu...
Catat Ulasan