Assalamualaikum...
Jom kita tambahkan ilmu mengenai solat sunat witir, aku sendiripun baruje tahu bahawa solat sunat witir ni merupakan sunat muakad iaitu sunat yang dituntut, disuruh dan perlu
sangat-sangat mengerjakannya, namun Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang
difardukan ke atas Kita, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
melakukannya
. Huhuhhu..Yang aku tau selamani, solat witir hanya untuk penutup solat-solat sunat malam yang kita lakukan di waktu sepertiga malamje. Ish..ish..ish.. jahilnya aku.
Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang
perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah
ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan
yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas
solat isyak sehingga terbit fajar. Namun begitu waktu yang afdal untuk
mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang
terakhir.
Namun
demikian sekiranya seseorang itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun
mengerjakan solat Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah
dia mengerjakannya sebelum tidur. Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’
anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ
آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ
فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ
وَذَلِكَ أَفْضَلُ.
Maksudnya:
Barangsiapa
di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah
mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara
kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir
pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan
dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya,
Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 755.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’
kerana bilangan rakaatnya ganjil. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah
itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”
(Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat
Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia
dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau
berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa
melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim
ataupun ketika bermusafir.
Ada
riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak
pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu
Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa
yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan
kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang
sempurna dan baik iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat
al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
DALIL
Hadis
yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :
"Adalah
Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat,
Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"
Mafhumnya
bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka
bilangan salamnya ialah 6 salam.
NIAT
Maksudnya
: Sahaja aku solat sunat
witir 2 rakaat / 1 rakaat kerana Allah Taala.
Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :-
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.
DOA SOLAT WITIR
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
Zikir
ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam
dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan
suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
3. Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:
5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
- Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
- Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam
Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir,
maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima
persaksiannya.”
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.
Daripada
Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2
rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari,
Muslim dan Thabarani).
Sedang cuba dan masih mencuba untuk perbaiki diri. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima Allah S.W.T. Insyallah...
e-rujukan: SINI, juga sini serta disini
1 ulasan:
Bagus ni.....tapi jarang buat he..he..
Catat Ulasan