Selasa, Disember 4

Kursus #4 Pemantapan Keselamatan ICT

Assalamualaikum...

7 Nov yang lepas, aku dicalonkan untuk menghadiri Kursus Pemantapan Keselamatan ICT. Ha tulah saper suruh ko jaga sistem office ha.. kan dah kena pergi kursus. 

Macam bestjer.. aku dengar ceramah oleh peceramah pertama mengenai keselamatan ICT dan pengalaman beliau dalam menangani hacker-hacker dan pengalaman beliau membaiki website yang telah di hacker tak lama dulu dan kebanyakannya mengenai keselamatan ICT pada komputer dan telefon bimbit yang canggih manggihnih.

Aku juga baru tau, kebanyakan hacker adalah tergolong dari remaja bawah umur, dan jangan tak percaya, di malaysianipun ada hacker tau. Tahun lepasje, komputer kat pejabat aku kena hack. Disebabkan guard opis aku tengah giler main judi. Disebabkan selalu menang, tuan punya kedai judi tak puas hati, lalu dia suruh orang hack komputer yang di gunakan tu. 

Aku juga diingatkan. Jika nak membuka akaun on line, adalah di nasihatkan supaya jangan buka di open wifi takut ada miscelleous yang diletak wall bank yang kita tak nampak dan tak tau, bila kita key in password, hackers boleh detect password kita tu. Lepas tu bayangkanlah apa jadi pada akaun kita.


Oh yea satu lagi yang aku ingat, kita di nasihatkan supaya kita meletakkan password yang kita sendiri tak tau nombor atau hurufnya. Maknanya, kita hanya perlu mengingat corak yang kita taip tu sahaja. Contohnya korang suka bentuk segitiga, korang taiplah dalam bentuk segitiga dan diselangi dengan tekan shift di setiap bucu. Tapi korang kenalah hafal korang mula dari mana, Kalau tak sampai kesudahlah korang takkan dapat bukak akaun or apeje yang korang nak bukak tu.

Penceramah dari Jabatan Perdana Menteri.
Ceramah oleh Consultant
Majlis penutup dan penyampaian sijil.

 Sampai sini sahaja kursus aku. Sempatlah aku keluar ambil anak, solat dan balik semula ke hotelni. Psanan penaja dari aku, think twice before you download anything to your phone and computer.









1 ulasan:

OKje berkata...

Okje suka gi kursus masa keje dulu, sebab time tulah kita boleh relax..,he..