Isnin, Disember 31

Open Day Tadika Tunas Ria Bestari 2012

          25 December 2012, hari cuti satu malaysia yang juga bagi penganut agama kristian menyambut Krismas. Hari yang sama juga Tadika anak aku buat open day mereka. Seperti tahun lepas, pada hari yang sama Tadikani membuat open day dan hanya dihadiri oleh ibu bapa untuk anak-anak yang baru masuk ke tadika ni. Tahun ni aku ikut serta juga sebab nak membayar yuran awal. 
 Banting yang dipasang luar sekolah

        Sampai sahaja di sana, aku tengok ada kereta-kereta telah dipakirkan di luar jalan besar. Pada firasat aku mesti ramai ni. Bila sampai sahaja di Tadika, memang tepat jangkaanku kerana memang betul ternyata ramai sehinggakan tempat dudukpun susah aku nak cari. Aku fikir sekejap sahajalah kerana aku nak bayar lepas tu terus balik tanpa mendengar apa-apa penerangan dah. Tapi aku rasa adalah dekat sejam lebih juga aku berdiri sambil menunggu giliran aku untuk membayar yuran.
Menangkap gambar sambil berdiri
       
         Selesai membayar yuran, akupun apa lagi ca alif but lah. Dan yuran tahunan kali melebihi dari jangkaan aku. Niat di hati nak bayar full yuran sampai hujung tahun, nampaknyer kenalah bayar secara bulanan. Hai banyak pakai duit untuk anak-anak nak sekolahni kan... pokai aku sekejap.. huhuhu...

Tiada ulasan: