Isnin, Disember 31

Konsert Jalinan Permata Produktif 2012

Selamat Sejahtera...

     Jumaat yang lepas, anak teruna aku ada menyertai konsert Jalinan Permata Produktif 2012 anjuran Pusat jagaan Kanak-Kanak bersama Taska Permata Penyayang. Aku datang agak lewat namun sempatlah tengok anak teruna buat persembahan. Hmm pada aku konsert untuk tahun ini agak kelam kelibut dan tak teratur macam tahun-tahun sudah. Muzik yang dimainkan juga tak berapa kena dengan acara yang dijalankan. Sedangkan ada ramai yang membantu dan ada guru praktikal lagi, sepatutnya bolehjer teratur. Bagi anak-anak yang berumur 2-4 tahun yang hendak membuat fashion show tak perlu lagi dilepaskan kepada ibu bapa selagi belum habis persembahan. Ini tidak.. boleh pulak dilepaskan awal lepas tu bila nak buat show, anak-anak taknak naik pentas siap nangis melalak lagi. Tak ke kelam kelibut jadinya.. tahun - tahun sudah, lebih teratur lagi dan lagi best.
 Fashion Show bagi toddlers (sukati aku nak ngejanye), gambar bawah: mak ayah baru nak beratur

      Lagi tak seronok, bila anak teruna dan kawan-kawan nak buat persembahan tak dengar suara, bunyik gitar akustik lagi kuat dari suara budak-budak.
 Bunyik gitar lagi kuat daa..

   Aku akui, memang ada kelainan sikit dari tahun-tahun sudah dimana ada penglibatan permainan bersama ibu bapa dan anak-anak tapi main kat bawah pentas, manakala penonton lain merenung pentas kosong. Ada juga anugerah diberi kepada anak-anak yang menyertai semua aktiviti yang dijalankan oleh taska dan pusat jagaan secara penuh. Pada aku tak adillah begitu, sebab tak semua ibu bapa yang mampu nak hantar dan membayar setiap aktiviti yang dijalankan tu. So, anugerah macam tu tak patut dimasukkan.. itu pendapat akulah.
   Yang pentingnya, tahun ni aku rasa konsert tu cukup membosankan aku tak macam tahun-tahun sudah.
    
Persembahan tarian yang ada




Tiada ulasan: