Jumaat, Disember 7

Freaky Friday #7




Assalamualaikum...

Aku Baru masuk Ofis aku semula ni, tadi aku ada taklimat perancangan Haji. Seronok juga mendengarnya. Penceramahnya pandai menarik minat aku untuk aku teruskan niat menabung untuk menunaikan Haji. MAA Takafulpun ada tawarkan simpanan untuk Tabung Haji. Oklah dilewat petang jumaat ini aku nak letak entri mengenai himpunan kisah benar dari zaman Rasulullah s.a.w  dan khalifahnya. Jom kita baca kisahnya.


SAIYIDINA UMAR R.A. BERSEMBAHYANG DI LUAR GEREJA.

      Saiyidina Umar Ibnul Khattab adalah seorang khalifah Islam yang terkenal kerana sikap kekerasan dan ketegasannya dalam menjalankan pemerintahan. Bagaimanapun kekerasan dan ketegasannya itu adalah pada perkara-perkara yang wajar dan benar. Tetapi di samping memiliki kekerasan dan keberanian yang luar biasa itu, Saiyidina Umar r.a. selalu berlemah-lembut dan ber sopan-santun terhadap orang yang miskin, yang lemah, kaum Zimmi bahkan terhadap penduduk-penduduk bukan Islam yang telah dikuasainya.
            
    Tatkala tentera Islam berjaya menakluki wilayah Iliya di Baitulmakdis, penduduk-penduduknya yang beragama Kristian beserta paderi besarnya menghendaki Khalifah Umar sendiri datang untuk membuat perjanjian damai dengan mereka. Maka dengan sikap penuh rendah diri berangkatlah Khalifah umat Islam itu menuju ke Baitulmakdis.

               Setiba baginda di sana maka ia pun membuat satu perjanjian damai dengan orang-orang nasrani yang berisi jaminan terhadap jiwa, hartabenda, gereja-gereja, salib-salib dan lain-lain hal berkenaan dengan soal-soal hubungan antara agama. Gereja-gereja tidak boleh dirosakkan atau diruntuhkan. Dalam perjanjian tersebut Umar r.a. melarang berlaku kasar terhadap pemeluk-pemeluk agama kristian serta tindakan-tindakan lain yang mendatangkan kesusahan kepada mereka.

                 Dalam rangka kunjungan baginda di Baitulmakdis itu, suatu ketika baginda berada bersama Paderi besar Kristian di Gereja Al Qiamah. Tatkala masuk waktu sembahyang, maka Saiyidina Umar r.a. pun bersegeralah keluar dari gereja lalu bersembahyang pada suatu sudut di luar gereja itu. Perbuatannya itu diketahui oleh Paderi Kristian itu, ia pun bertanya Saiyidina Umar:

                    "Silalah bersembahyang di dalam, wahai Amirul Mukmini!"

                   Maka sahut Khalifah Umar Ibnul Khattab yang rendah hati, "Terima kasih Tuan! saya sengaja hendak bersembahyang di luar sahaja supaya di belakan hari kelak jangan ada orang berkata Umar mahu menukarkan gereja kepada masjid lalu diikuti pula oleh kaum Muslimin."
                         
                    Demikianlah ketinggian akhlak Saiyidina Umar r.a. hingga dalam hal-hal sekecil itu pun ditimbangkannya, begitu juga kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini dari perbuatannya itu kelak dibelakang hari.


Oleh Luqman Hakim 
diedarkan oleh BISMI PUBLISHER.

1 ulasan:

Cikgu Ma berkata...

teringin nak sampai mekah...