Assalamualaikum...
Hari sabtu lepas aku ke Mydin Subang teman ma sebab nak beli barang basah. Pusing punyer pusing, hubby berkenan dengan daging lembu beku. Katanya buat grill sedapnih. Akupun apa lagi, pengaruh hubby supaya beli, then aku terus cari kuali untuk grill.
malamni aku berpeluang membuat Black Pepper Beef steak sendiri. Mula-mula aku siapkan coselow. Ubi kentang yang dah aku siap rebus pagi tadi dan disimpan dalam petiais, aku lecek, dicampur dengan air panas dan buat kentang putar, Akhir sekali aku Grillkan daging yang dah aku merinate sebelumnya sambil dibantu oleh Hubby, sambil itu aku siapkan sos black papper nya. Dah siap, kami pun menjamu selera dengan puasnya.
Jom kita tengok resepi yang aku dapat dari blog yang aku jumpa, boleh lihat dari Entry Sarapan Ala Western kat SINI. Untuk resepi coleslaw boleh tengok kat SINI
Black Pepper Beef Steak
Bahan untuk marinate/perap Daging:-
- 4 Keping daging steak
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili atau sos tomato
- 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih (boleh tambah jika suka)
- Satukan semua bahan dan lumur pada daging.
- Simpan dalam petisejuk, daging diperap selama semalam ataupun diperap selama 4 jam kalau nak makan cepatla.
- Semasa membakar/grill daging, jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya daging tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.
- 1 labu bawang besar (potong dadu) - aku lagi suka dikisar/ditumbuk tak semak masa makan
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum (diayak dahulu supaya rata dan takut ada bendasing)
- 1 liter air
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap - untuk menggelapkan warna sos
- 1 sudu makan sos cili atau tomato
- 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
- 1/2 kiub perasa ayam /daging lembu
- 1/2 sudu besar tepung ubi-untuk memekatkan sos
- Garam secukup rasa
- Panaskan mentega dalam periuk kemudian bawang besar ditumis.
- Tepung gandum dilarutkan dengan air sehingga sebati dan kemudian dimasukkan dalam bawang yang ditumis tadi
- Masukkan semua bahan-bahan yang lain termasuk sos. Kacau atas api sehingga pekat. Kalau rasa-rasa lambat sangat pekatnya, barulah dimasukkan tepung ubi yang telah dilarutkan dengan air.
#2 Sos ni juga boleh ditambah dengan cendawan butang yang dalam tin tu, potong halus-halus sebelum di campurkan yer...
Ulangan, untuk resepi Kentang putar boleh jenguk kat SINI, Coleslow jenguk kat SINI ek.
Selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan