Selasa, November 27

Sarapan Pagi Ala Western :p

Assalamualaikum...


Ahad yang lepas, aku agak malas nak memasak. Mana idaknya, hanya aku dengan anak teruna je yang ada di rumah. Hubby pula pagi-pagi lagi dah pergi Gim.. Tanya anak teruna sorang tu nak makan apa, dia kata dah kenyang minum susu. Disebabkan malas punyer pasal, aku keluarkan ajelah makanan segera dalam peti ais dan mula menggoreng.

Tetiba pulak tengok dalam gobok ada pulak beberapa biji kentang. Terasa pulak kat tekak nih nak makan kentang putar. Apa lagi dari malas terus jadi rajin pulak. Senangje buatnya jom kita tengok resepinya yer...


Kentang Putar dan Gravy (aku dapat dari potret kasih)


Bahan-bahan kentang putar :-

  • 6-8 biji kentang (dikupas kulitnya, dipotong-tak nak potong pun buleh tapi lambat empuklah dan direbus hingga empuk)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit daun bawang (tak mau letak pun buleh) - dipotong-potong halus
  • sedikit lada sulah dan garam
Cara-cara memasaknya:-
  1.  Satukan kentang yang telah empuk tadi dengan butter, garam dan lada sulah kemudian lecekkan sehingga hancur
  2. Masukkan susu cair. kacau sehingga rata. Kalau terlalu pekat, bolehlah ditambahkan dengan susu, air suam ataupun air rebusan kentang tadi.
  3. Masukkan daun bawang yang telah di potong halus tadi, gaul rata dan hidangkan. Sedia dimakan.
Bahan untuk Gravy Kentang yang ni aku reka sendiri:-
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak)
  • 500 liter air
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap - untuk menggelapkan sos
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
  • 1/2 kiub perasa ayam
  • Sedikit garam
  • 1/2 sudu besar tepung ubi - untuk memekatkan sos
cara-cara memasaknya:-
  1. Larutkan tepung gandum dengan air sehingga sebati
  2. Panaskan mentega, setelah itu masukkan larutan tepung gandum tadi
  3. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam, kiub ayam dan garam.
  4. Kacau sehingga agak pekat tapi jika malas nak tunggu lama-lama masukkan je tepung ubi yang dah dilarutkan dengan air tadi. Sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba...

9 ulasan:

dya bunga berkata...

sekali sekala tukar menu an..haha

Syaz Blackrose berkata...

hehehe.. yelah asik nasi lemak, bihun, nasi gorengjer.. kita tukar ala2 western lak..

Hanif Idrus berkata...

Aku dah lama nak tahu buat kentang putar ini..senang ajer rupanya.
Nak suruh bini buat ..

Syaz Blackrose berkata...

senangjer.. janji masa lecektu kena betul-betul lecekkan nanti berketul. oh yer kalau gravy terlalu likat, tambah dengan air masak sikit supaya kurang likatnya.

Misz Mieza berkata...

Kelllasss menu breakfast sis.. Rajin pepagi prepare western style breakfast cani.. Kalau MM paling rajin pun wat nasik lemak jer.. huhu.. Tekak orang kampung.. Hikhik! =)

Syaz Blackrose berkata...

wah... paling rajin buat nasik lemakjer.. itu mmg dah rajin tu.. alah makan berdua dengan anakjer.. itupun dia makan fun friesjer... ikut hati nak cicah roti kering ngn air milo, tapi x kenyang hihihi...

Muhammad Izwan Akhirruddin berkata...

nak...

Muhammad Izwan Akhirruddin berkata...

nak...

Muhammad Izwan Akhirruddin berkata...

nak lagi...