7 Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Di petang Jumaat yang mulia ini, di sini aku nak kongsikan untuk tatapan umum dan juga untuk peringatan buat diri sendiri. Moga kita di jauhkan dari tanda-tanda ini dan moga kita tidak menjadi salah seorang dari penghuni Neraka, Nauzubillah....
Sesungguhnya, beruntung
menjadi seorang isteri kerana diberikan ruang dan peluang yang maha luas untuk
mendapat tempat di syurga. Dosa isteri ditanggung oleh si suami dan si isteri
pula diberikan tempat tinggi di sisi Allah apabila mereka juga bergelar ibu. Syurga
di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.
Rasulullah saw
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah r.a bermaksud :
"Aku
pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas
isteri ?"
Baginda
menjawab : "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".
Kemudian aku bertanya lagi : "Dan siapakah orang yang paling berhak ke
atas suami?"
Baginda
menjawab : "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu
kandungnya."
(Riwayat Bazar
dan al-Hakim)
Dalam sebuah
hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud :
"Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya
aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi
dab Ibnu Hibban)
Kita jangan
keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf
wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara,
dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Antara sebabnya ialah mudahnya si
wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan
kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering
terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan. Wahai isteri, sesungguhnya
kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami
itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan
si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri...
Jika ada para
isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan
sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya
membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri
termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Seorang isteri
tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini
adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang
mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori
isteri derhaka.
Apakah ciri atau
tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan
langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan
antara ciri atau tanda isteri derhaka.
Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.
1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat
amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah
suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga.
Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan
dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan
menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga
kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia
suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau
mengumpat suami.
2 - Mengherdik dan menceritakan
kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk
ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan
sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada
orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa
bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang
menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.
Rasulullah saw bersabda :
Tiada
faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas
bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.
3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran
suami
"Apabila perempuan keluar rumah,
sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan
semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan
oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang
sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi
suaminya dan bukannya sebaliknnya.
5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa
suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.
Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan
satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan
suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan
kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta
suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada
ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi
sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan
sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.
Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki)
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)
6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini
adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi
kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan
rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan
meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan
menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping
itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu
menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si
suami.
Apabila suami
menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati
suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila
ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah
suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)
7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan
bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan
rezeki yang terbaik bagi isteri.
Sabda Rasulullah
saw :
"Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka
ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya
Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan
mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak
pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat
al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri
daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang
daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina
atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka
ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak
bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
*"Ya Allah aku tak layak untuk masuk ke syurgamu, namun aku tak upaya untuk masuk ke nerakamu, terimalah taubatku dan jadikanlah aku isteri yang solehah serta tunjukkanlah hambamu ini jalan yang benar. Ya Allah, aku juga bermohon agar dipermudahkan untuk hamba mu yang hina ini berubah untuk menjadi yang insan yang beriman dan bertaqwa serta menjadi yang lebih baik di antara yang terbaik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan