Ahad, November 18

Apa Ada Pada 18hb November?

Assalamualaikum....

        18hb November, apa ada pada tarikh hari ini? Tarikh 18hb November ni mungkin tiada maknanya bagi sesetengah orang tapi ianya amat bermakna dan merupakan hari yang paling istimewa buat aku dan juga mungkin bagi orang yang menghargai tarikh ini
        Kenapa 18 November merupakan hari yang paling bermakna buat aku? hehehe.. sebabnya harini merupakan hari aku dilahirkan kedunia yang fana ini. Harini juga adalah hari di mana dunia mendengar suara pertama aku, hari di mana pertama kali aku melihat dunia dan mendengar suara insan yang melahirkan aku ke dunia. Senang cerita harini hari lahir akula.
       Pertama-tamanya,"Ma...akak ingin mengucapkan terima kasih yang amat sangat buat ma yang telah berpenat lelah mengandungkan akak, bermula dari seketul zarah sehinggalah menjadi seorang insan yang amat sempurna #dan tak lawa dan telah bertarung nyawa bagaikan pejuang fisabillah yang shahid dalam pertarungan demi islam, demi untuk melahirkan akak, kasih dan sayang akak buat ma tak terhingga banyaknya. Tak terbalas  rasanya pengorbanan Ma itu. Akak minta ampun, minta maaf pada ma kerana selalu mengguriskan hati ma. Akak akui akak memang degil, panas baran malah akak juga sangat sensitif orangnya. Namun, Ma tak pernah jemu dalam mendidik akak untuk menjadi insan yang berguna dan mengenang budi Ma dan Abah sejak dari kecil sehinggalah dewasa kini. Terima Kasih Ma buat segalanya"
       Hmm.. maka genaplah umur aku hari ni dan makin meningkat #tua umur akuni. Azam aku untuk tahunni dan sempena maal hijrah yang lalu, adalah untuk mencuba berubah menjadi insan yang lebih baik dan lebih bertaqwa di sisi Allah SWT. Insyallah...
       Sambutan birthday aku simplejer takdelah meriah sangatpun. Pada mulanya niat nak celebrate di restoran di Kuala Selangor. apa namanya ntah aku lupa. Tapi disebabkan atas faktor-faktor budget di tengah bulan, Hubby terpaksa batalkannya sahaja. Huhuhu.. tulah saper suruh kluar time tengah bulan, kan nak sambut susah.. hehehehe... Tapi sebenarnya aku dah sambut birthday in advance semalam sebab adikku ada exam SPM esok. Ma mulanya bercadang nak ajak kami keluar dan belanja makan di luar, tapi aku ubah rancangan kami makan steamboat di rumah aku jer.. entry tu akan aku masukkan kemudian yer..
     Untuk hari ini kami 3 beranak cuma sambut di Sikin dan lauk yang biasa kami order entry di Sini dan Sini. Sedap sangat anak teruna makan harini, habis nasi sehingga dua kali tambah nasi lagi. Kek birthday dah di beli cuma tak di potongje lagi.. hai nasiblah.. anak teruna dah lembik dan tak sedarkan diri sebab kekenyangan.. gambar akan aku upload kemudian atas sebab masalah broadband.

Sebelumtu, selamat hari lahir buat diri ku sendiri hehehehe...

Tiada ulasan: