Assalamualaikum.....
Terjah blog-blog orang mencari resepi nak buat kulit karipap yang sedap dan rangup sekali terjumpa resepi pancake nih..
So datang pulak rajin aku nak buat pancake sabtu lepas. Hubby pula terpaksa overtime. So sengsorang ajela aku buat pancake mengikut resepi yang aku jumpa. Halamak terlupa pula aku nak ambil nama blog tu. minta maaflah ye pada tuan punye resepi lupa nak catat nama blog anda.
Jom kita tengok resepi pancakenya.
Bahan-bahannya:-
Cara-cara memasak:-

- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu makan baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan gula kaster (halus)
- 2 biji telur
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu makan minyak jagung
Cara-cara memasak:-
- Ayak tepung denganbaking powder dan baking soda di dalam mangkuk
- Kemudian masukkan garam, gula, telur, susu dan minyak jagung ke dalam tepung yang telah di ayak tadi
- Kacau dengan wire whisk sehingga adunan menjadi sebati dan tidak berketul. Jika menggunakan senduk kayu atau senduk biasa, tuangkan susu secara perlahan-lahan semasa mengacau adunan
- Panaskan kuali leper atau non stick pan dengan sedikit minyak dengan api yang sederhana
- Ambil sesenduk adunan dan kemudian tuangkan di dalam kuali yang telah di panaskan,
- Masak sehingga kekuningan dan siap di hidangkan
Dah siap dihidangkan, boleh di makan dengan madu, aiskrim dan makan dengan sambal pun sodap..
Selamat mencuba..
2 ulasan:
mcm senang je resepinya.=)
mula2 dulu beli instantjer.. bila hubby cabar suruh buat sendiri, terus cari resepi lepas tu peram resepi. nih br nak buat . menjadilah gak. rasapun bolehlah..
mmg senangjer.. yg pyh nak buat satu2. mls nak berdiri lama2
Catat Ulasan