Jumaat, November 30

Setia City Mall

Assalamualaikum..

Ahad yang lepas, kami ke kenduri kawin anak kepada abang kawan sekampung hubby di Meru. Yang berkahwinni adalah salah seorang dari pasangan kembar seiras. Mulanya ingatkan sampai kedua-dua kembar yang berkahwin, tapi hanya salah seorang dari mereka sahaja. Selamat pengantin baru buat pengantin.
Pulang dari Kenduri, kami ke Setia City Mall. mesti ramai yang dah tau mengenainyakan. Aku pula inilah baru pertama kali ke Setia City Mall.
Bahagian hadapan, alamak tak nampak pula rate parkingnya.
Snap gambar tiang yang berdekatan dengan kereta itu perlu dan tingkat di mana kita berada.
Masukje shopping complex, mata kami di jamu dengan gambar ini.

Antara Kemudahan tempat duduk macam dalam rumah dan panduan untuk pengunjung. Aku sempat menemuduga pekerja Setia City Mall yang cukup peramah dan mesra. Aku juga di beritahu food court kemungkinan dibuka Disember akan datang.
 Kon Segitiga yang cute, dan tempat letak kaki yang sepatutnya di eskalator
 Pameran Kereta yaang sedang berlansung
walid tengah bershopping
Ada macam Greyson chance tak.. hehehe

Saja aku snap gambarnih.. penyapu robot siap harga lagi.
Ini yang menarik minat aku, tudung muahahaha..
Peta Lokasi
panduan untuk pilih tingkat parking. kalau tak kena naik lift untuk ke parking.
Antara gelagat si kenit, yang bawah adalah katil kereta yang hanya sesuai untuk anak kecil, dah besar nak campak manalahyek..

Dengan adanya Setia City Mall nih, aku tengok Giant dengan Tesco Setia Alam yang ada berdekatan macam sunyi sepijer.. ada orang tapi tak ramai hehehehe...

2 ulasan:

Yanty Lee berkata...

sekadar dgr je nama kompleks ni tapi xpernah sampai =)

OKje berkata...

Nampaknya kena terjah jugak ni!