Assalamualaikum...
Ha Chak.. tuuu.. dia.. comelkan permata hati jabatan kami yang paling kecil ni
Harini aku nak bercerita mengenai kedatangan Si cilik Amsyar Mikhail ke pejabat kami, anak Puan Ain iaitu rakan sepejabatku. Cerita kat Sini
Al-kisahnya kedatangan si Amsyar ke pejabat kami, bukan sesuka hati ibunya nak bawa anak ke pejabat, takde keghojenya ibu dia nak bawa ke pejabatni, nak overtime pun tak dapat nak buat sebab si kenitni, tapi disebabkan taska tempat jagaannya nak tutup awal sempena raya aidiladha yang lalu.
Hehehe Ni kira citer dah basilah ni, post tertunggak. bukan bil air/api je yang boleh tertunggak tau, haa postpun bolehjer tertunggak.
Sesampai sahaja Amsyar ke pejabatku, ramai 'babysitter' menunggu giliran untuk menjaga Amsyar. So, bergilirlah amsyar didukung dan diangkat. Yang Amsyarni memang suka sangat diangkat, tangannya pula asyik terkepak-kepak menghulur tangan nak diangkat, Ish..ish.. budak camnilah dapat kena dukung, nak berdukung sesaja.
Ha, tengok gambarpun dah tau, nak berdukung sesaja
Tidurnyapun sekejap sangat sebab ramai babysiter nak jaga. Biasa tidur dengan ibunya, tapi ibunya terpaksa attend public phone. eh bukan attend wakil architect. So kami sebagai bibiknih.. kenalah menjaga si Amsyar yang tak reti nak duduk diamni. Siap dah kena bedungpun tak tidur juga. Tengoklah Uncle Adam belajar nak membedung tapi jadi membendung... hahahaha failed...
berusaha melepaskan diri setelah dibedung oleh uncle Adam.
aksi amsyar bila dilepaskan dari bedung, kelakar sangatkan...
Senyuman menggoda oleh Amsyar sambil diacan oleh Mr. Hayat #muka gatai.. hahaha
Sampailah satu masa sebelum waktu pejabat tamat, Amsyar boleh pulak memerut.. yelah dah kenyang dengan susu yang aku suap walaupun tak habis, lalu Uncle Adam offer diri nak belajar menyalin pampers untuk babynya yang bakal lahir nanti. Namun, Uncle Adam jadi agak kekok malah tak reti nak cuci dan menyalin pampers Amsyar. Yang lebih kelakar pula, Ibu Amsyar dah terjerit-jerit 'anak aku...., abislah...' hahahaha... jom kita tengok gelagat Uncle Adam salin pampers..
Ibu Amsyar di sebelah tengah mengajar Uncle Adam bagaimana nak mencuci. Kertas A3 jadi pelapik sebab Ibunya lupa bawak pelapik hahaha...
Dah Bersih, masa untuk pakai pampers baru
Pampers yang di pakai terbalik, namun disangkal oleh uncle Adam
dalam gambarni ada sensord sikit #kena tutup bebird dgn watermark aku hahaha...
Perut dah lega, badanpun dah sedap lepas mandi, Masa untuk tidur... sooo cute
5 ulasan:
confirm xbuat keje..asyik n kngadap si comel ni je
comel :)
Comelnya Amsyar........
Ceria je nampak...
Mesti baby ni ramah.. =D
memang tak buat keja lain dah farisha.. ngadap diaje.. geram sangat
ayujen, amsyar nih memamng ramah macam ibunya jugak senang mesra dengan orang, tak macam kakak dia garang sebab masa mengandungkan kakak, ibunya agak garang. tak macam masa mengandungkan amsyarnih
Catat Ulasan