Assalamualaikum..
Hmmm.. hari isnin, dah masuk minggu baru dah. Namun malangnya, hidung aku masih tak sihat lagi. Lemas aku dibuatnya. Tapi dalam keaadaan hidung yang tak berapa nak sihat nih, datang lak rajin aku nak menyelak-nyelak buku resepi lama yang aku kumpul lama dulu. Selak punya selak, terjumpalah resepini. Tanya en. Hubby ok ke tak? Komen yang macam biasa. sedap saje bagi mulut dia. Pn. Ana cakap pulak, lain dari biasa.. hehehe.. jom tengok resepi
Popia Sayur Bersos Ala Thai
Kulit Popia:-

- Sayur Kobis-di kopek sehelai-sehelai
- Sedikit kacang panjang dipotong memanjang saiz popia biasa dan dicelur dalam air panas cika mahu
- Sebiji lobak merah yang dipotong memanjang atau diparut sahaja
- Sedikit/ segenggam Taugeh dan di celur dalam air panas
- Sebiji Timun yang di parut memanjang/dipotong memanjang
- Setengah biji sengkuang - jika mahu
- Sedikit garam sebagai perasa
- Sayur kobis di celurkan di dalam air panas agar lembut dan senang untuk dijadikan kulit untuk membalut inti
- Campurkan semua inti popia dan gaulkan bersama garam.
- Letakkan inti di atas daun kobis tadi (jika daun besar, bolehlah di belah dua) dan digulungkan seperti popia.
- 10 biji cili merah
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- 1 sudu cuka
- Kisar cili merah sehingga lumat
- masukkan bersama gula, garam dan cuka masukkan bersama sedikit air jika mahu
- setelah siap, bolehlah dihidangkan bersama popia tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan