Entah kenapa datang pula mood aku nak memasak macam-macam. Mood kalini aku nak buat pai tee. Acuan sudah ku beli dekat kedai barangan plastik. Macam-macam acuan yang dijual sampai rambang mata aku dibuatnya. Mula-mula buat pai tee agak tak menjadi, banyak yang berlubang dan agak tebal. Kali kedua aku buat menjadi cantik tapi sayang aku tak sempat nak snap gambarlah.
Pada 15 biji gorengan yang pertama, ada yang melekat pada acuan, ada yang berlubang tang buntot nya dan ada yang patah. Aduhai… ! Namun alhamdulilah berkat kesabaran, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan kulit pai tee
Anak teruna akupun cukup suka makan kulit pai tee ni. Tanpa inti dalampun dia boleh makan dengan cicah sos tomatojer... Harini aku tunjuk gambar untuk kulit pai tee je. Aku tak sempat nak snap gambar pai tee yang dah siap sebab belum sempat siap dah kena ngap hehehe..
Banyak Versi sebenarnya nak buat kulit pai tee nih, antaranya:-
Versi satu (mymekar.com) - 90 biji
Bahan-bahan untuk kulit Pai Tee :-
Bahan - Bahan :
Bahan (Kulit Pai): - 25 biji pai tee
Cara-cara membuat Kulitnya:
nota:-
Huh..memang berpeluh satu badan semasa mengadap bancuhan pai tee ni. Dekat 4 jam berdiri depan dapur semata-mata nak dapatkan kulit pai tee yang benar-benar menjadi. Sampai kejang kaki aku dibuatnya. Namun, syukur alhamdulillah menjadi juga kulit pai tee nih walaupun tidak secantik dan seenak pai te di jual restoran chicken rice shop.
Bahan Untuk Inti : (Hasue)
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
TIPS PENTING:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
NOTA TAMBAHAN:
Selamat mencuba!!!
Pada 15 biji gorengan yang pertama, ada yang melekat pada acuan, ada yang berlubang tang buntot nya dan ada yang patah. Aduhai… ! Namun alhamdulilah berkat kesabaran, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan kulit pai tee
Kulit pai tee kali pertama yang aku buat. ada banyak lompong |
Banyak Versi sebenarnya nak buat kulit pai tee nih, antaranya:-
Versi satu (mymekar.com) - 90 biji
Bahan-bahan untuk kulit Pai Tee :-
- 100 gram tepung ubi – saya guna tepung beras
- 100 gram tepung gandum
- 100 gram tepung jagung
- 1 biji telur
- air secukupnya ( saya guna lebih kurang 320 ml)
- ½ sudu teh garam
- minyak masak yang banyak (untuk goreng)
Bahan - Bahan :
- 7 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 200ml air.
- sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan (Kulit Pai): - 25 biji pai tee
- 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
- 125 ml air
- 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
- 1/2 sudu teh kapur makan
- 1/2 sudu teh garam
- Acuan pai tee
Cara-cara membuat Kulitnya:
- Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
- Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
- Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
- Kelihatan bancuhan tepung melekat pada bekas acuan.
- Celupkan semula ke dalam minyak panas. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri. Nak lebih mudah, tolakkan dengan perlahan menggunakan lidi. Goreng sehingga kekuningan.
- Angkat dan toskan – letakkan di atas kertas tisu untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
nota:-
Huh..memang berpeluh satu badan semasa mengadap bancuhan pai tee ni. Dekat 4 jam berdiri depan dapur semata-mata nak dapatkan kulit pai tee yang benar-benar menjadi. Sampai kejang kaki aku dibuatnya. Namun, syukur alhamdulillah menjadi juga kulit pai tee nih walaupun tidak secantik dan seenak pai te di jual restoran chicken rice shop.
Bahan Untuk Inti : (Hasue)
- Carrot - dihiris nipis atau diracik
- Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
- Timun - di buang empulur, dihiris atau diracik.
- Bawang besar - di hiris dadu kecil.
- Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
- Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
- Udang kering - direndam dan ditumbuk
- Garam secukup rasa
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
TIPS PENTING:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
NOTA TAMBAHAN:
- Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
- Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.
Selamat mencuba!!!
1 ulasan:
Sedapnya kalau dapat makan pai tee...
Catat Ulasan