Korang pernah makan kat Muara Ikan Bakar kat Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang? Aku ni nama jer dah bertahun duduk kat Klang, tapi tak pernah sekalipun hubby ajak or offer aku untuk makan kat Muara ni. Pagi sabtu yang lepas, Hubby maklumkan yang petangnya dia kena hantar ikan dan lauk-lauk lain ke Muara Ikan Bakar sebab malamnya Hubby ada jamuan makan untuk koperasi bahagian tempat kerjanya di sana. Dah lama aku tak ke Tanjung Harapan, jalanpun dah berubah. Hubby pulak tak ingat jalan, aku lagilah tak tau jalan. Boleh pulak Hubby mintak aku tunjuk jalan sampai sesat ntah kemana ntah, aku rasa aku dah lepas masuk ke kawasan perindustrian sultam suleiman dah. Last-last, hubby tanya jalan kat pak guard. Kukikukikuki... bahana takder GPS gitulah jadinya. HP canggih manggih pun tak guna.. saper suruh tak belikan top up untuk aku, tak kuasa aku nak bukak papago nanti lagi sesat lagi ada (gelakku dalam hati).
Sambung balik pasal citer kat Muara nih ek. Sampai kat situ, setelah hubby hantar lauk untuk makan malam, hubby ajak aku makan kat situ.Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari, Orang dah offer nak belanja, so akupun tak nakla tolak, lagipun setahu aku makan kat Muara kalau tak berhabis lebih dari seratus tak sah dan akupun tak pernah makan kat Muara lagi. Macam teruja pulak nak makan situ.
Mula-mula kena pilih lauk basah untuk ditimbang. Sambil menimbang, sambil tu kena pikirkan nak masak aper lauk-lauk yang telah dipilih tu. Lauk-lauk yang aku ambil, 3 ekor sotong besar, 3 ekor ketam, seekor ikan siakap saiz sederhana dan sedikit udang.
Sambil menunggu lauk dimasak, order untuk makanan yang lain di ambil. Tukang ambil order pulak gaya nak cepat, macam nak kejar jualan murah takut jualan murah tu habis, nak cepatjer kononnya ala-ala efisyen gitu. Hubby order air suam 2, laici kang 2, kangkung masak kicap dan air kelapa.Tunggu punya tunggu, azan maghrib berkumandang, akupun cari surau dan solat. Sesudah solat yang agak lama gakla, aku balik ke meja makan dan aku nampak atas meja dah ada nasi untuk 3 orang, air laici kang untuk 2 orang, udang goreng tepung, sambal belacan, asam cicah dan air suam segelas, haik mana lagi segelas? bukan aku order gak ke tadi? Hubby tanya kat waitress, dia cakap sekejap.
Setelah tunggu dalam 10 minit, makanan yang lain sampai
Makannan semuanya dah sampai, mana pulak air kelapani. Anak teruna aku dah dahaga, nak air kelapa. Selepas 5 minit kemudian, air kelapa sampai, kamipun mula menjamu selera without my Hubby sebab dia masuk ke dalam Bilik yang ditempah khas.
Sudah makan, aku keluar jalan-jalan tengok apa yang dijual di luar restoran.
Aku nak ngaduni, sambil-sambil makan tu, mata aku sibuk memerhati gelagat waitress yang bertugas. Gaya ala-ala pro, siap walkie-talkie sampai nak cakappun pakai walkie-talkiejer..
Yang menjaga bilik pun gaya ala-ala korporat, korporat ke keparat caj makan nak mahal, servis macam hampeh, lagi bagus aku makan kat gerai biasajer. Adalah baiknya aku makan kat SIKIN lagi kelas, air nak basuh tangan pulak lagi laju air shi..shi.. dari air paip tu. Belum masuk bab toilet dengan surau lagi. Hish... malas nak cakaplah. Ini pendapat akulah, bagi pendapat orang lain yang pernah makan kat sini aku tak taulah, harap tuan punya restoran boleh perbaikinya. Lain orang lain pengalaman dan lain citarasanya.
Pintu Gerbang Muara Ikan Bakar |
Sambung balik pasal citer kat Muara nih ek. Sampai kat situ, setelah hubby hantar lauk untuk makan malam, hubby ajak aku makan kat situ.Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari, Orang dah offer nak belanja, so akupun tak nakla tolak, lagipun setahu aku makan kat Muara kalau tak berhabis lebih dari seratus tak sah dan akupun tak pernah makan kat Muara lagi. Macam teruja pulak nak makan situ.
Mula-mula kena pilih lauk basah untuk ditimbang. Sambil menimbang, sambil tu kena pikirkan nak masak aper lauk-lauk yang telah dipilih tu. Lauk-lauk yang aku ambil, 3 ekor sotong besar, 3 ekor ketam, seekor ikan siakap saiz sederhana dan sedikit udang.
Sambil menunggu lauk dimasak, order untuk makanan yang lain di ambil. Tukang ambil order pulak gaya nak cepat, macam nak kejar jualan murah takut jualan murah tu habis, nak cepatjer kononnya ala-ala efisyen gitu. Hubby order air suam 2, laici kang 2, kangkung masak kicap dan air kelapa.Tunggu punya tunggu, azan maghrib berkumandang, akupun cari surau dan solat. Sesudah solat yang agak lama gakla, aku balik ke meja makan dan aku nampak atas meja dah ada nasi untuk 3 orang, air laici kang untuk 2 orang, udang goreng tepung, sambal belacan, asam cicah dan air suam segelas, haik mana lagi segelas? bukan aku order gak ke tadi? Hubby tanya kat waitress, dia cakap sekejap.
Udang goreng tepung dan kailan goreng
Setelah tunggu dalam 10 minit, makanan yang lain sampai
sotong masak kicap dan ketam masak masam manis
Selepas 5 minit,
Ikan siakap (saiz sederhana) masak stim cool.. (sejuk) sampai..
Makannan semuanya dah sampai, mana pulak air kelapani. Anak teruna aku dah dahaga, nak air kelapa. Selepas 5 minit kemudian, air kelapa sampai, kamipun mula menjamu selera without my Hubby sebab dia masuk ke dalam Bilik yang ditempah khas.
Air kelapa buat anak teruna
Wah dah bersedia nak makan nih..
Dah habis makan, snap gambar tisu ambil alamat.
Resit bayarannya, huhuhu...
Sudah makan, aku keluar jalan-jalan tengok apa yang dijual di luar restoran.
Gerai jualan sepanjang kaki lima@ban pantai
Perkelehan di malam hari
Main bayang-bayang
Yang menjaga bilik pun gaya ala-ala korporat, korporat ke keparat caj makan nak mahal, servis macam hampeh, lagi bagus aku makan kat gerai biasajer. Adalah baiknya aku makan kat SIKIN lagi kelas, air nak basuh tangan pulak lagi laju air shi..shi.. dari air paip tu. Belum masuk bab toilet dengan surau lagi. Hish... malas nak cakaplah. Ini pendapat akulah, bagi pendapat orang lain yang pernah makan kat sini aku tak taulah, harap tuan punya restoran boleh perbaikinya. Lain orang lain pengalaman dan lain citarasanya.
Nak bagitau juga, air suam aku sampai dah bayar bil pun tak sampai-sampai.. huhuhu efisyennya...
*serik, tak mau datang dah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan