Assalamualaikum...
Aku nak citer pasal jualan Al-Ikhsan yang julung-julung kali diadakan di Shah Alam pada 1-4hb November yang lepas. Hehehe citer dah basi. Tapi aku nak citer gak... :P
Dengan promosi harga kasut dan barangan di bawah harga RM 100. Memang Ramai giler.. orang yang menyerbu.. nak masuk ajer pun, nak kena beratur ikut line, Rela akan buka satu-satu line untuk masuk ke dalam dan untuk kunci beg.
Muka mengantuk, masa ni tengah beratur nak masuk
Masuk ajer ke dalam, aku dengan petugas yang ada tengah pentas tengah melelong kasut pada pengurangan 80%. Tapi tak menarik minat akupun. Aku pergi ke bahagian yang harga bawah RM 100. Hmm.. biasa sahaja, tak menarik minat akupun. Tapi, bahagian yang menjual RM 100 ke atas, memang banyak yang menarik minat aku. Huhuhu.. Al-Ikhsan tipu rupanya RM 100 ke bawah hanya tujuan untuk menarik pelanggan sahaja. #Tapi aku beli gak... huhuhu...
Ramai sungguh ummat manusia
Siannya... anak sapalah ni.. Lena...
Penat berjalan dalam Stadium Melawati tu, Kamipun membayar barangan yang di shopping lalu keluar untuk balik ke rumah.
Aku di tengah-tengah kereta lama dan kereta baru.
Sebelum tu kami singgah gerai jualan yang menjual makanan. Kami beli Kepok lekor dan Kebab untuk di jamah dalam kereta, mengalas perut yang lapar.
Korang nak tau berapa harga tak sampai separuh kebab nih? RM 5 tau... cekik darah tul penjual sekarangnih.
Muka Kelaparan, ada orang cakap tak nak makan tapi dia yang beria hehehe
Lepasni, Al-Ikhsan hanya buat jualan gudang di Johor sahaja macam tahun-tahun sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan