Memaparkan catatan dengan label Projek Khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek Khas. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 14

Felt? Pulak...

Assalamualaikum...

Dua ke tiga hari lepas aku ada terbaca pasal seni Felt, lajulah tangannih tanyakan pada pakcik google, cari punya cari, aku jumpa kat satu laman web nih, yang jual buku belajar buat Felt. Akupun apa lagi buat order sebab macam berminat pula nak buat sebab aku tengok comel belaka, akukan suka menda-menda seni nih... order isnin lepas rabu baru dapat, jumaat aku baru ambil kat pejabat pos laju.. 
Inilah barang kiriman aku.. nanti aku cuba buat nanti aku tunjukkan ek..

Jumaat, Disember 13

Tuala Mandi Berhud

Assalamualaikum....

Projek menjahit aku kali ini adalah membuat tuala mandi budak berhud. Masa berada di Gambang dulu, aku dengan puan Ana ternampak tuala budak yang ada hudni masa kami tengah bershopping di Gambang Water Park. Aku macam biasalah, mesti tengok price tag dulu punya. membuntang mata aku tengok rega yang tertera, tak berbaloi langsung dan kain tualanya juga kureng sikit. Aku dengan pantasnya membelek tuala mandi tersebut dan membelek cara pembuatan hud tuala itu. Ringan mulut ku beritahu Puan Ana, cara buatnya mudahjer.. Kita belilah tuala yang berkualiti dan jahit sendiri. Senangjer...

Tambah lagi aku ada ternampak di GM tuala yang serupa, cuma kainnya lebih teballah. Harganya sebelum Less adalah RM 80, selepas Less RM 40. Bapak ko memang tak berbaloi.

Hujung bulan 11 haritu Puan Ana membeli tuala untuk anaknya dan anak aku, untuk aku jahitkan tuala itu dan membuat hudnya sekali. Dalam hati macam menyesaljer aku ringan mulut cakap nak buatkan.. muehehehe... tapi bila aku fikirkan balik, anak-anak Puan Ana aku dah anggap macam anak-anak aku dan mereka juga manja dengan aku terutama sekali kakak dan kembar berdua, aku niatkan aku buat ikhlas untuk mereka dan anak teruna aku. Lagi seronok bila dapat tahu mereka seronok dan gembira bila dapat tuala tu dan menggunakannya dengan sepenuhnya, membuatkan aku rasa dihargai oleh mereka. Rasa berbaloi sangat sangat.

Nak tempahke? Sediakan tuala saiz budak 2 helai atau sehelai tuala budak saiz besar dan sehelai lagi tuala budak saiz serdang. Upah tukang Jahit RM 20 sahaja.

Khamis, Mei 30

Projek Baju Mandi Muslimah

Assalamualaikum....


Seminggu lebih aku tak update blog. Hihihi biasalah, kalau Mr. Hubby kerja siang, agak susah aku nak update entry sekerap yang mungkin. Jumaat lepas aku balik kampung, tak sempat jugak aku nak update Freaky Friday. Padahal dah siap aku taip dalam entry tinggal nak publish jer.. Hmm tau-tau ajelah, kat kampung hubby tu bukan main payah lagi nak dapat line internet... 

Oklah, kali ni aku nak update entry pasal projek menjahit aku. Akuni kalau datang masa rajin nak menjahit, cepat ajer siapnya, tapi kalau datang Cik M aku, siap terbengkalai lamanya kain tu tak berjahit. Projek menjahit aku kali ni adalah menjahit baju mandi ala muslimah aku. Kainnya dah lama aku beli, tapi bila bab memotong tu yang buat aku malas tu... tapi bila dah potong, lajujer aku nak menjahit. Cantum-cantum siap...
Kain yang dah dipotong mengikut ukuran badan aku

Bajunya dah pun siap. Nanti aku update baru ek lupa nak snap gambar.

Terkini, aku jumpa baju mandi muslimah di jual di GM Klang, RM 59 jer.. siap seluar dan tudung lagi.. buat mereka yang nak beli baju muslimah budget bolehlah beli kat sana. 

Sekarangni aku tengah cari mood nak mula memotong baju melayu buat baju raya untuk hero-hero hati aku pulak. Ish.. bila dah mula susah nak berhenti. Kalau blogni terbengkalai korang paham2 ajelah ek.... sekali dalam setahunjer aku buat projek menjahit baju raya nih...

Isnin, Julai 23

Projek Baju Melayu Bermula

Assalamualaikum...
buat rakan blogger yang budiman, salam Ramadhan, harini genap hari ketiga kita menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Amacam, ok lagikan... belum lembik lagikan...
Tahunni, sekali lagi ntah kali keberapa ntah, setiap kali datangnya bulan Ramadhan, mesti aku buat projek nih, projek membuat eh menjahit baju melayu untuk Hero berduaku.. Tahunni sedikit malas aku rasakan, kenapa nthaler.. tak macam tahun2 sudah, selalunya aku start memotong dan menjahit kain sebulan lebih awal. Tapi tahunni, aku hanya siap memotong kain jer itupun utk hubbyjer.. si kenit blum lagi.. alahai.. kakak M dah datangdah.....

Inilah rupa seluar baju melayu yang siap dipotong.

Kain untuk baju melayu untuk tahunni, adalah dari kain pelekat yang aku beli masa aku ke Bandung dulu, Klik untuk entri dan entri seterus2nya. nanti dah siap akan aku tunjukkan hasilnyer ek