Jumaat, Februari 26

Freaky Friday #53


Assalamualaikum wbt...

UNTA MENDERHAKAI TUANNYA

Pada suatu ketika, Uqa'il bin Abi Talib telah pergi bersama-sama Rasulullah SAW untuk ke satu tempat. Bagaimanapun dipertengahan jalan, Rasulullah SAW berasa ingin membuang air besar dan tidak ada tandas dan tidak ada pula rumah orang untuk menumpang membuang air besar.

Setelah berfikir beberapa ketika Rasulullah SAW mendapatkan Uqa'il dan berkata sesuatu, "Uqa'il, kau teruslah berjalan sehingga ke pokok itu dan katakanlah kepada pokok itu bahawa aku ingin pokok-pokok itu menjadi pengadang atau pelindung untuk aku membuang air besar."

Tanpa berlengah Uqa'il terus menuju ke arah pokok yang ditunding oleh Rasulullah SAW. Uqa'il sangat terkejut apabila sampai ke arah pokok-pokok yang dimaksudkan, pokok itu telah pun tumbang. Akar dan daunnya sudah membentuk satu pengadang untuk memudahkan Rasulullah SAW membuang air besar. Kemudian Uqa'il berpatah kembali dan memberitahu apa yang sudah dilihatnya. Setelah Rasulullah SAW menunaikan hajatnya, mereka meneruskan perjalanan. Tetapi oleh kerana panas terik ketika itu, dan mereka tidak membawa bekalan air, Uqa'il berasa sangat haus sedangkan di situ tidak terdapat telaga atau rumah orang untuk meminta seteguk air.

"Ya Rasulullah SAW, saya tersangat dahaga sedangkan tidak ada telaga untuk kita minum air. Saya sudah puas ke sana dan ke mari tetapi tidak menemui air untuk diminum," kata Uqa'il kepada Rasulullah SAW yang kelihatan tidak risau dengan masalah yang dihadapi oleh Uqa'il itu.

Rasululllah SAW tersenyum sambil memandang sebuah gunung yang tidak jauh dari itu. Uqa'il tertanya-tanya apakah ada kena mengena gunung itu dengan masalah yang sedang di hadapainya.

"Hai Uqa'il, kau lihat gunung itu. Kau datang ke gunung itu dan katakan kepada gunung itu, jika ada air, berikanlah sedikit air untuk ku minum, " Rasulullah SAW memberikan cadangan.

Uqa'il yang patuh dengan perintah, terus melangkah kakinya menuju ke gunung itu. Sesampai sahaja ke gunung itu, Uqail terus menyampaikan apa yang dipesankan oleh Rasulullah SAW.

Belum sempat Uqa'il menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba gunung itu berkata kepadanya.

"Wahai Uqa'il. Katakanlah kepada Rasulullah, sejak Allah menurunkan ayat yang bermaksud, "Hai, orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada seksaan api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia." Aku menangis kerana amat takut jika aku menjadi batu dan sudah tentu aku tidak akan mempunyai air lagi."

Setelah gunung itu berkata begitu, lalu ia pun meengeluarkan air dan minumlah Uqa'il sepuas-puasnya. Setelah itu barulah dia kembali kepada Rasulullah SAW yang setia menunggu.

Setelah tidak ada apa-apa masalah lagi, Rasulullah SAW dan Uqa'il meneruskan perjalanan. Apabila Rasulullah SAW dan Uqa'il sampai pada satu tempat, tiba-tiba seekor unta yang entah daripada mana datangnya muncul di hadapan Rasulullah SAW.

Uqail dan Rasulullah SAW terkejut dengan kemunculan unta itu secara mengejut. Unta itu berdiri di hadapan Rasulullah SAW seolah-olah ada sesuatu yang hendak dikatakan.

"Ya Rasulullah, aku meminta perlindungan darimu, "kata unta itu dengan wajah yang sangat mengharapkan pertolongan.

Belum sempat unta itu menghabiskan kata-katanya dan Rasulullah SAW masih masih dalam keadaan terkejut, tiba-tiba muncul dari belakang seorang lelaki Arab sambil membawa pedang yang terhunus.

Melihatkan lelaki Arab itu yang menghunus pedang seolah-olah mahu membunuh, Rasulullah SAW segera bertanya, "Apakah yang hendak kamu lakukan terhadap unta ini?"

"Wahai Rasulullah, aku telah membeli unta ini dengan harga yang mahal tetapi unta ini tidak mahu taat kepadaku. Oleh itu aku bercadang untuk sembelih sahaja unta ini dan aku berikan dagingnya kepada orang-orang yang memerlukan, " beritahu lelaki Arab itu yang masih memegang pedang tajam berkilat.

Kemudian Rasulullah SAW berpaling kepada unta itu dan bertanya, "Hai unta mengapakah engkau tidak mahu taat kepada tuanmu?"

"Ya Rasulullah sesungguhnya aku tidak membantah untuk melakukan apa sahaja kerja. Hanya satu yang aku tidak menyukainya," jawab unta itu.

"Apakah perbuatannya yang tidak kamu sukai itu?" Tanya Rasulullah SAW lagi yang inginkan keadilan dapat ditegakkan.

"Tuanku itu termasuk di dalam kabilah, apabila mereka tidur, tuanku ini akan meninggalkan solat Isyak sebab itulah aku ingkar kepadanya," ujar unta itu lagi.

"Apakah benar seperti apa yang dikatakan oleh untamu itu hal lelaki?" Tanya Rasulullah SAW.

Lelaki Arab itu mengannguk mengakui kesilapanya.

"Ya Rasulullah, jika dia mahu berjanji di hadapan Rasulullah, dia tidak akan meninggalkan solat, aku akan setia dan tidak akan menderhakainya lagi sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka, aku akan turut terkena tempiasnya sebab aku berada dikalangan mereka," jelas unta itu panjang lebar membuat pengakuan. "Hai lelaki Arab sekarang apa pula pendapat mu?" Tanya Rasulullah SAW setelah mendengar penjelasan unta itu.

"Ya, Rasulullah, di hadapanmu aku berjanji, aku akan menunaikan apa yang untaku inginkan," janji lelaki Arab itu.

Setelah mendengar pengakuan lelaki Arab itu, Rasulullah SAW mendapatkan unta itu dan berkata, "Kamu pulanglah bersama tuanmy. Tuanmu sudah berjanji di hadapanku, dia akan taat pada perintah Allah."

Sebaik mendengar penjelasan Rasulullah SAW itu, unta dan lelaki Arab itu berjalan pulang ke rumahnya.

Kepada Uqa'il, dia sangat kagum dengan keperibadian Rasulullah SAW menyelesaikan masalah. Dia menyaksikan sendiri tiga perkara aneh yang dialaminya dan secara tidak langsung kebijaksanaan Rasulullah SAW itu telah menambahkan keimanannya terhadap Allah.
"Wahai Rasulullah, aku telah membe

Isnin, Februari 22

Blues Monday #96


Assalamualaikum wbt..

Lama sungguh aku tak update entrykan? Sadis sungguhlah... manakan tidak, aku dah terbiasa tak bukak blog sejak 1/2 tahun yang lepas. Nasib akulah... banyaklah entry tertunggak yang terpaksa throwback nanti..

Untuk hari ni, aku nak cerita pasal hal pejabat aku. Hari ni kami buat makan-makan. Kami makan nasi lemak pagi ni. Hahaha... aku bawak apa? Biasalah yang paling senang. Telur Rebus.... Muahahahaha...

Alhamdulillah kenyang.. terima kasih buat puan Qis dan Ain sebab sudi memasak untuk kami nasi lemak dan sambal udang, cik Emy yang bawak ayam dan goreng kat kedai belakang (muehehehe...) mr. Faiz yang bawak buah kegemaran aku, En. Afiq yang bawa keropok dan En. bos yang bawak rendang. Pn. Qis buat air teh tarik memang power.. syukur.. semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi dengan keberkatan buat semua.. aamiin....

Isnin, Februari 1

Blues Monday #95

Assalamualaikum wbt...

Program kurus ke laut.. muahahaha... sabor ajelah bebudak kat pejabat aku nih.. Hari ni pegawai baharu masuk. Hari tu dia sekadar melaporkan diri then, balik sebab cuti dia sampai awal bulan 2. Aku tak sempat nak jumpa dia sebab aku keluar kejap pergi bank. Harinipun tak sempat nak bersua muka dengan bos baharu lagi. Big Bos aku pula, cuti check up jantung.. hmm.. muda lagi dah sakit jantung.. 

Apa pula kerenah pegawai baharu nih yer... kita tungguuuuu......

Adios...