Sabtu, April 15

Silent Saturday #6


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Isnin, April 3

Blues Monday #113

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama aku tak update Blog. sibuk yang amat-amat. Huhuhuhu.. banyak cerita aku tak sempat nak update. Harini.. aku tak berapa nak sihat. Demam melanda lagi. Aku baru baik dari demam selsema. Pagi tadi, lepas sarapan kepala aku pening. Sampai petang masih pening. rasa macam nak pengsan pun ada. mata kalau aku tutuppun, aku rasa berpusing aku satu dunia.. ades.. tak sukalah macam ni. Tapi sakit tu kan penghapus dosa kecil...

Pagi tadi dapat tahu anak Cik Ain masuk hospital sebab demam panas dan infection pada tekak. Allahhuakbar.. Risaunya hati.. Semoga anak itu cepat sembuh hendaknya.. 

Adios.. tak ada idea nak taip cerita apa, sebab peningnya kepala aku....



Jumaat, Mac 3

Freaky Friday #69

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga supaya memasak makanan untuk keluarga si mati untuk mengurangkan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja pula untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah meeka yang hadir makan kenduri tersebut kuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula salam tidak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita sepatutnya memberi sedekah. Kalau kenduri kahwin tak beri pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. (jika nak beri juga, iklaskanlah kerana Allah SWT, bukan kerana segan kalau tak bagi)

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau diberi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan habiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh membaca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup di bayar sebulan RM20.00 satu pelajaran, 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap di garungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. (terkena kat aku daa)

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. (Alamakkkk)

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

copy and paste: novel Mikayla by melur jelita
Sumber: http://mmpm403.blogspot.com/2009/11/10-amalan-yang-terbalik.html

Jumaat, Februari 10

Freaky Friday #68

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
RASULULLAH YANG PEMAAF

Berpunca tidak ikut serta di dalam peperangan Tabuk, salah seorang sahabat Rasulullah SAW, bernama Ka'ab bin Malik telah dipulaukan oleh baginda dan para sahabat yang lain. Akibat pemulauan itu Ka'ab berasa runsing dan susah hati kerana kehilangan sahabat-sahabatnya. Untuk menghilangkan kerunsingan dan kekecewaan hatinya, Ka'ab berjalan-jalan di pasar Madinah. Kebetulan pula pada masa itu seorang peniaga yang menegtahui Ka'ab telah dipulaukan bertanyakan mengenai Ka'ab. Orang yang mengenali Ka'ab segera memberitahu Ka'ab.

"Wahai Ka'ab, ada seseorang mencari kamu?" Beritahu seseorang yang mengenalinya di pasar Madinah.

"Siapa?"

"Kamu pergi kepada peniaga di sebelah sana itu, dialah yang mencarimu," ujar orang itu sambil menunding ke arah seorang peniaga yang sedang sibuk berjualan. Setelah orang itu beredar, Ka'ab segera mendapatkan peniaga berkenaan. 

"Ya tuan, saya Ka'ab bin Malik, saya dapat tahu, tuan mencari saya, apakah benar? Ka'ab memberanikan diri bertanya kepada peniaga dari Syam itu.

"Ya memang benar. Ini ada sepucuk surat untuk kamu," peniaga itu menghulur sepucuk surat kepada Ka'ab yang berdiri tercegat di hadapannya.

Sebaik sahaja menerima surat itu, Ka'ab yang terdiri tercegat di hadapannya. 

"Sesungguhnya kami telah mendapat tahu kamu telah dipulaukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, oleh yang demikian berhubungkah dengan kami agar kami dapat melindungi kamu. Kami tahu, Tuhan tidak akan membiarkan kamu berasa terhina dan menjadi orang yang dipencilkan," begitulah isi surat yang ditulis oleh Raja Ghassan berhampiran negeri Syam.

"Ini satu tawaran yang baik, lebih baik kamu menerimanya," berutahu peniaga yang memberikan surat itu sambil memandang wajah Ka'ab yang masih bersedih.

"Tidak. Apakah yang boleh dibuat oleh seorang raja? Aku tetap beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Dipulaukan oelh Rasulullah dan sahabatnya bukanlah masalah besar bagiku. Ia hanya satu ujian Allah kepadaku sahaja. Cuma aku tidak dapat menahan sedih, itu sahaja," beritahu Ka'ab sambil mengenangkan Raja Ghassan yang kafir dan menentang ajaran Islam.

Walaupun Ka'ab mendapat tawaran perlindungan daripada seorang raja tetapi hatinya tidak terbuka untuk menerima tawaran itu. Dia lebih percaya kepada Allah dan yakin satu ketika nanti Rasulullah SAW dan para sahabat akan memaafkannya.

Akhirnya benar juga dugaan Ka'ab, Rasulullah SAW san ALLAH akhirnya memaafkan Ka'ab dan dia kembali semula kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

Di dalam satu kisah lain, seorang sahabat bernama Abu Mihjan yang gemar meminum arak telah turut serta bersama tentera Islam di dalam satu peperangan menentang musuh yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas RA. Satu tabiat Abu Muhjan, ketika tentera Islam berhenti rehat, Abu Mihjan mengambil kesempatan meminum arak. Perbuatannya itu telah dilihat oleh beberapa orang tentera Islam, kemudiannya dia ditangkap dan dihadapkan kepada Sa'ad bin Abi Waqqas

Dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, Abu Mihjan tidak tahu dirinya telah ditangkap. Mengikut hukum hudud, Abu Mihjan boleh di sebat sehingga dia sedar daripada mabuknya.

Bagaimanapun Abu Mijhan telah dikurung sementara menanti hukuman. Manakala tentera Islam lain meneruskan perjuangan memerangi tentera parsi. Di dalam peperangan itu tentera Islam telah dikepung oleh tentera Parsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, dia menyedari tentera islam telah terkepung. Dia meminta jasa baik isteri Saad yang menjaganya meminta dilepaskan supaya dapat membantu tentera Islam.

Pada mulanya, isteri Saad enggan melepaskan tetapi apabila Saad berjanji akan kembali setelah melawan musuh, akhirnya Abu Mihjan dilepaskan lalu dia segera mara melawan musuh.

Di dalam suasana kucar-kacir itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda dengan menutup muka telah merempuh kepungan tentera parsi. Akibat rempuhan itu, ramai tentera Parsi yang terbunuh dan bertempiaran. Selesai pertempuran itu dan memperolehi kemenangan, kembalilah tentera Islam ke rumah masing-masing membawa cerita mengenai kehebatan seorang tentera berkuda yang menutup muka itu.

Ramai yang beranggapan tentera berkuda yang menutup muka itu adalah tentera malaikat yang diturunkan oleh Allah untuk membantu tetapi Saad menafikannya.

"Dia bukanlah tentera malaikat kerana kuda yang ditunggangi itu adalah kudaku," beritahu Saad kepada tentera Islam.

Akhirnya terbongkarlah rahsia bahawa tentera berkuda yang memakai topeng itu adalah Abu Mihjan. Oleh kerana keberanian Abu Mihjan merempuh kepungan tentera Parsi, Abu Mihjan dilepaskan daripada hukuman setelah berjanji tidak akan minum arak lagi sehingga menajadi Muslim yang baik dan tidak akan menjamah arak sehinggalah dia meninggal dunia. 

Ruang kemaafan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya memberi ruang untuk menegakkan keadilan yang seluasnya dalam syariat Islam.

Sekian.

Hasil nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki

Isnin, Februari 6

Blues Monday #115

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepala pusing, badan lemah-lemah urat sendi, hidung berair dan tekak rasa perit. Apa tandanya? Aku dah kena demam selsema namanya. Sungguh aku tak larat. Tapi sebab arahan bos aku kata 2 hari sebelum mesyuarat tak boleh cuti EL mahupun MC, nak taknak aku gagahkan diri untuk datang pejabat juga. Tambah lagi, dah ada sorang apply MC dari klinik Majlis, nak tak nak kenalah aku bertahan juga.

Ubat selsema aku dah makan. Tunggu untuk letak kepala dan lelap. Tapi kerja menanti jadi aku kenalah gagahkan diri aku sampai aku tak boleh nak bertahan dah.

Adios....

Isnin, Januari 30

Blues Monday #114


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina buat rakan-rakan yang berbangsa cina. Rasa tak terlambat kot aku mengucapkannya. 
Pagi tadi, aku dengan Hubby terlebih rajin nak ke Jeram, Kuala Selangor mencari mentarang. Pagi-pagi lagi dah aku paksa anak teruna aku bangun. Membebel mulutnya tidak mahu ikut sebab baginya tidur lagi seronok dari bangun pagi.Hai..lah anak...

Tak sampai sejam perjalanan kami, sebab jalan sesak. Sampai di Jeram, tak banyak yang berniaga. Hanya ada 1 - 2 gerai sahaja yang buka. Alhamdulillah ada juga mentarang cuma mahal sikitlah. Kami beli kerang dan pepahat juga. Niatnya,  kami nak ber 'shell out' lagi sekali malam ni.

 Shell Out kami buat kali pertama, masa ni makan bersama anak buah Hubby. Tapi tak fefeeling 'shell out' sangatlah.. sebab tak makan atas lapik plastik

Tengah hari pula, kami ke pasaraya cari ketam, udang dan sotong. 

Petangnya, Hubby aku mula merebus segala seafood yang ada. Manakala aku, menyediakan bahan-bahan untuk rempahnya. Meleleh air mata aku sebab kupas bawang keh...keh..keh...

Di mana ada ummi, di situ jugalah minah Melur ni nak landing... kalau terpijaklah... riuh satu rumah

Siap.... Masa untuk makan... Kali ni ringkas je. Tapi ada tambahan jenis 'shell' nya
Shell Out kali kedua

Hmm.. lazat... tapi inipun tak habis. Jenuh juga kami nak habiskan. Almaklumlah.. berdua je. Anak teruna macam biasa makan sikit je.

Jumaat, Januari 27

Freaky Friday #67

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KASIHNYA IBU SUSUAN

Seperti Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan beribadah di dalam biliknya. Selain beribadah kadang-kadang hatinya berasa bimbang mengenangkan kaumnya yang masih sukar hendak menerima ajaran baru yang dibawanya. Kadang-kadang tertanya-tanya juga di dalam hatinya apakah dia mampu menghadapi keadaan yang penuh dengan cabaran dan rintangan ini berseorangan.

Pada suatu pagi setelah Rasulullah SAW selesai beribadah di dalam biliknya, dia keluar dan duduk di ruang tamu. Baginda membuka baju labuhnya dan beralaskan pakaian itu dia duduk bersila.

Melihatkan Rasulullah SAW duduk di ruang tamu, isterinya tercinta Khadijah RA mendapatkannya. Dia melihat wajah Rasulullah SAW amat berseri-seri walaupun dia tahu suaminya banyak menerima tekanan daripada kaumnya sendiri dalam menyebarkan agama ALLAH.

"Suamiku, percayalah Allah sentiasa bersama-samamu pada ketika kamu susah dan senang. Janganlah selalu berduka hati. ALLAH tidak akan membiarkan kamu berseorangan berhadapan kaummu yang menolak ajaran yang kamu bawa," Ujar Khadijah dengan lemah lembut sekali gus membuatkan hati Rasulullah SAW yang kebimbangan menjadi tenang.

"Aku bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan ku seorang isteri yang menjadi tulang belakanku. Tanpamu, aku tidak sekuat dan setabah ini menghadapi bermacam-macam dugaan," balas Rasulllah SAW dengan senyuman yang membuatkan hatinya terlalu dekat dengan isterinya.

Ketika Rasulullah SAW sedang berbual-bual dengan isterinya, tiba-tiba terdengar suara seorang perempuan memberi salam. Rasulullah SAW dan Khadijah segera menjawab salam sambil Khadijah melihat siapakah yang bertandang ke rumahnya.

"Ya Khadijah, Halimah Saadiah mahu berjumpa dengan puan," beritahu perempuan yang diutuskan untuk memberitahu Khadijah RA.

Sebaik sahaja Rasulullah SAW mendengar nama itu, tiba-tiba hatinya berbunga riang. Saat itu dia terkenang pada zaman kanak-kanak bermain di padang pasir di antara Kaabah dan Yathrib. Segala-galanya bermain dengan pantas sehinggalah dia terkenangkan pemergian datuknya yang dikasihi.

Belumpun perempuan yang menyampai khabar itu beredar, terdengar suara Rasulullah SAW memanggil-manggil nama seseorang.

"Ibu! Ibu!" Sayu suara itu sehingga menggetarkan kalbu Khadijah. Dia melihat baginda menyebut-nyebut perkataan yang menjadi kemuliaan hatinya. Khadijah kemudian menjemput nama seseorang.

Sebaik sahaja melihat ibu susuannya itu masuk ke dalam rumah, Rasulullah SAW segera mendakap erat Halimah Saadiah dengan penuh perasaan kasih sayang. Kelembutan dan kasih sayang terhadap ibu susuannya membuatkan hati Khadijah tersentuh, begitu sayangnya Rasulullah SAW terhadap perempuan yang pernah mengasuhnya ketika zaman kanak-kanak.

Pada saat itu juga Rasulullah SAw teringatkan Aminah binti Wahab, ibu kandungnya yang telah pergi menghadap Allah. Terasa benar perempuan yang di dakap erat itu ibu kandungnya.

Rasulullah SAW melepaskan dakapannya, kemudian baginda menghamparkan kain selempang yang menjadi alas duduknya tadi untuk mempersilakan ibu susuannya itu duduk. Sambutan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap ibu susuannya yang banyak berjasa membuatkan Khadijah terharu, begitu  kasihnya suami terhadap ibu susuan sehingga dia menitiskan air mata. Sebentar kemudian Khadijah masuk ke dalam bilik untuk mengesat air mata. Kemudian dia keluar semula mendapatkan Halimah Saadiah. Bagi Halimah Saadiah pula, sambutan yang diterima daripada Rasulullah SAW sangat mengharukan setelah lama tidak berjumpa sehinggakan dia lupa masalah yang sedang dihadapi.

Setelah berbual-bual beberapa ketika, Rasulullah SAW bertanya, "Bagaimanakah keadaan suami dan anak-anak ibu?"

"Mereka sihat-sihat sahaja dan mereka berkirim salam kepadamu, Muhammad. Kami sebenarnya sedang menghadapi musim kemarau di Hawazin dan kami ke sini berharap mendapat sedikit bantuanmu, Muhammad," beritahu Halimah Saadiah dengan wajah yang sedikit muram.

Setelah Halimah Saadiah menceritakan masalahnya, Rasulullah SAW memberitahu kepada Khadijah dengan hati yang sayu. Sebaik sahaja mendengar kesusahan itu. Khadijah telah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor unta dan kambing kepada Halimah Saadiah untuk dibawa pulang. Bagi Khadijah keredaan suaminya sangat diharapkan kerana dengan itu, setiap rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan.

nukilan Muhd Nasaruddin Dasuki
terbitan karya bestari

Khamis, Januari 19

Panduan Tukar Hakmilik Kereta Secara Sukarela

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah tak uruskan sendiri urusan jualan kereta? Aku dapat pengalamanni bila aku buat keputusan nak jual Kuda Kuning aku. Aku buat keputusan ni, bukan Aku tak larat nak jaga, tapi sebab dekat rumah aku dah takde tempat nak letak kereta. Sebabnya bila aku letak dan parking tepi rumah orang, orang bising dalam group what apps (aku tahu pun dari jiran aku, sebab aku takde dalam group tu) kawasan perumahan rumah Aku tu, bertanyakan siapa punya kereta. Malaslah aku kalau orang bising-bising ni, nanti tengah jalan bertembung, pandang kita pun tak nak. Ikut kan, Kuda Kuning tu tak adalah masalah pun, elok aje. Kena bawa dan hidupkan enjinnya selalu je. Jadi, aku buat keputusan jualkan je. Biarlah orang lain pula yang jaga. Mulanya tu Kuda Kuning, Aku letakkan di rumah Ma dan Abah Aku di Petaling Jaya, dah tersadai pula kat sana. Bateri yang rosak kena berganti. Habis dah RM 150.

Mulanya Aku jual pakai mulut ke mulutje, sampaikan dari kawan kepada kawan. Mulanya ada yang beria-ia nak beli, tapi tak jadi pula. Kawan-kawan Hubby pun sama, Tapi senyap seribu bahasa. Kemudian sebulan yang lepas, Aku letak dan iklankan di mudah.com.my. Ini adalah merupakan kali pertama Aku menjual kereta secara sendiri. Ramai jugalah yang berminat. Ada yang minta kurang dan ada yang memang tak kisah nak bayar harga yang aku letak tu.

Ada yang memang berminat dan tak sabar-sabar nak bawak balik Kuda Kuning ke puspakom. Ada pula yang boleh bersabar tak kisah ikut pada masa Aku. Ada pula yang tak cukup duit nak buat urusan tukar nama dan nak buat surat perjanjian sehingga tamat tarikh luput roadtax. Tak bolehlah, aku nak balik duit insuran tu. Ada yang siap call, tapi masa aku tengah mesyuarat, lepastu boleh pula minta aku call dia balik. Ada gak student yang terus letak harga kereta. Aku layankan je. Tapi, aku dah setuju jual pada seorang guru yang bergelar Ustaz. Alhamdulillah dipermudahkan. Hai.. macam-macamkan  ragam manusia

Dengan Ustaz, Dia setuju nak bayar RM2K. Aku minta Dia bagi duit booking dan Dia bersetuju. Aku buat keputusan untuk buat sendiri pemeriksaan PUSPAKOM dan merasai macam mana pemeriksaan tersebut. Mulanya, Aku minta tolong dengan Ma dan Abah tukarkan bateri Kuda Kuning. Malamnya Aku datang ambil Kuda Kuning dan tinggalkan Kuda Hitam di sana. Bermulalah malam tragedi paling kelakar sengal terjadi.

Nak tahu kenapa kelakar sengal? Sampai di rumah Ma, Aku, Darwisy dan Anak Buah Hubby di ajak makan sate di RnR Awan Besar. Selepas makan, Aku bawa Kuda Kuning pulang, namun Aku bercadang untuk mencuci Kuda Kuning dahulu sebab pada esok paginya Aku ingin membawa Kuda Kuning tu ke PUSPAKOM. Tragedi tu berlaku semasa Kuda Kuning dicuci. Bermula dengan no plate hadapan yang agaknya memang dah retak, bila dilanggar oleh tukang cuci, no plate tu patah dan jatuh. Itu tak apa lagi. Boleh di gam semula. Lagi best, bila dah cuci, tiba masa nak mengelap kering. seorang lagi pencuci, buat hal dengan mematahkan/memecahkan soket/pemegang wiper. Aku tepuk dahi. Manalah aku nak cari kedai aksesori yang buka tengah malam... lepas satu-satu jadi. Owner tempat tu sanggup tanggung kos mencuci Kuda Kuning Aku tu. Dia bawa kami ke bengkel kawan Dia berdekatan dengan rumah Ma. Wiper yang patah di welding, dan kedua-dua batang wiper yang sudah di tanggal getah wiper di angkat. Aku diminta menghidupkan enjin dan wiper. Tapi wiper tak mahu hidup. Aduh sudah.. Macam mana nih. Selepas itu, Owner bengkel nak buka bonet, tapi terlupa letak batang wiper ke bawah semula. Bila Dia angkat bonet depan, secara otomatik batang wiper jatuh kena cermin dan pecahkan soket satu lagi. Dah kena welding kedua-dua belah wiper. Aku hanya mampu gelakje.. Mungkin ini ujian bagi aku. Jadi, dengan wiper rosak dan tak boleh jalan, aku minta owner bengkel tu letak macam sedia kala. Dengan harapan dan doa serta zikir yang banyak, aku harap urusan esoknya dipermudahkan. Aku pun berlalu balik tanpa membayar satu sen pun kos cuci Kuda Kuning dan Baiki Batang Wiper yang tak boleh jalan lagi.

Panjang lebar cerita akukan... hihihihi...

Ok, kita teruskan dengan proses PUSPAKOM.

Proses Penukaran Hakmilik Kederaan 
(Hanya bagi kenderaan yang tiada hutang dengan bank)

1. Layari dahulu laman web PUSPAKOM iaitu untuk pindah tukar hak milik (Sila klik link) itupun kalau korang rajinlah.

2. untuk tempahan, korang bolehlah hubungi 03-51017000 untuk membuat tempahan pemeriksaan kenderaan. (itu untuk kawasan Shah Alam/Klang) Tak perlu tunggu seminggu untuk booking, kalau nak buat esok pun boleh janji booking slot tu. (Aku buat sendiri semuanya sebab aku rasa senang hati buat sendiri dari bagi orang/pembeli baru buat alah makan masa sikit je dengan bayaran RM31.80 je. Bukan susahpunkan..) Kalau nak bagi agent yang buatkan boleh je.. kenalah stanby duit dalam RM300 ke RM500 untuk itu.Oh Satu lagi, aku buat hari Sabtu pagi, keretapun tak banyak masa tu.

3. Dokumen yang perlu dibawa hanya geran asal kenderaan yang nak dijual tu. Tak payah nak mengarut bawa salinan Kad Pengenalan pembeli ke apake. Janji jangan lupa bawa Kad Pengenalan sendirilah ye.. muehehehe...

4. Ayat seterusnya aku copy dari laman web jer kikikiki....

Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori. Pada akhir pemeriksaan, Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan.

Pemeriksaan Pindah Milik

5. Selepas selesai, Owner lama bawa Borang JPJK3 yang telah lengkap di isi (isi maklumat korang, nama pembeli dengan no. kad pengenalan pembeli je) ke kaunter JPJ untuk membuat 'Thumb print'. Nak diingatkan, Laporan B5 tu hanya sah dalam masa satu bulan sahaja ye. Kalau nak pergi buat thumb print tu, pergi berasinganpun boleh, nak pergi bersama-sama dengan owner baharupun boleh. Cuma dalam masa 7 hari sahaja (termasuk hari cuti tau) 'Thumb Print' tu sah . Satu lagi, owner baharu pula kena bawa Laporan B5 dan geran kereta yang asal ke kaunter JPJ semasa nak buat geran kereta yang baharu.

5.Selepas selesai, secara automatiknya roadtax dan insurans atas nama owner lama pun terbatal. Ha.. berapa je kos korang yang keluarkan untuk buat sendiri pertukaran nama kenderaan tu? takdepun, owner baharu yang kena keluarkan modal, itupun tak sampai pun RM50. cuma kenalah luangkanlah masa tu sedikitje. Tak letih pun. Owner baharu pula jangan lupa buat insuran kereta yang baharu juga ye.
 

Dah selesai urusan tukar nama? bermulalah episod aku untuk membaiki motor wiper. Jenuh cari bengkel, semua tak nak buat. Mereka malas, yelah sebab kereta aku kereta lama dan murah. Kalu kena kat Kuda Hijau aku, mesti laju dema nak buat punya. Dari nak kena betulkan wiper jadi kena betulkan alternator. Hmm.. dah kena caj lagi. Tapi mujurlah, kalau tidak mahunya rosak lagi teruk nanti. 

Kami buat keputusan nak cari sendiri di kedai potong. Mujurlah Ustaz tak kisah dan banyak hal lagi dia nak buat. kalau tak... jenuh juga nak terkejar-kejar. Pergi kedai potong, ada yang tak de, ada yang bagi alasan macam-macam malas nak cari dan malas nak buka. Sudahnya Hubby aku jadi hero aku, dia buka sendiri dan bawa motor wiper je pergi cari. Alhamdulillah jumpa juga. Hubby cuba pasang, tapi tak boleh jalan. Kami bawa ke bengkel pula. Masa nak tukar wiper pula, tak boleh nak pasang wiper baru. Kami pergi balik kedai potong untuk cari batang wiper pula. Syukur Alhamdulillah, aku dipermudahkan dalam urusan membaiki dan pertukaran nama untuk kuda kuning tu.

Kini Kuda Kuning dah bertukar tangan. Tuan baharu sangat berpuas hati dengan performance Kuda Kuning tu. Macam-macam nak dibuatnya nak bagi lagi cantik lagi. Alhamdulilllah aku menjualnya pada orang yang betul. Lega rasa hati ni, tuan baharunya nak menjaganya dengan elok. Saya Jual dengan harga yang dipersetujui kerana ALLAH SWT.



Adios...

Isnin, Januari 16

Blues Monday #113

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Blues Moday sungguh pagi hari ni, Lama tanah tempat aku duduk ni tak hujan, Hari ni dilimpahi dengan hujan yang sangat lama. Kalau tak silap dari tengah malam semalam. Tapi tak lebatlah... renyai jer..

Jalan macam biasa akan sesak setiap kali hujan, paling best bila abam trafik buat 'dek' jer.. lupa pula bawak baju hujan. Cuma berdiri perhati kereta lalu lalang.. urrgghhh hampeh.. Cerita pasal blues Monday[un bukan best mana kan. Jom kita throwback ajelah. Kerja throwback ajelah aku ni. tak pernah nak up to date langsung kan...

Cuti Am 2 minggu lepas, aku pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah nak ke pasar. Pasar ni bukan pasar biasa tapi pasar kemboja di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras. Kalau korang nak cari ikut waze, korang carilah Kampung Kubu Gajah. Pasarnya betul-betul di selekoh jalan besar. Dari tepi jalan memang dah nampak dah.

Seeloknya korang datang awal, sebab pasar ni memang tutup awal, sehigga jam 12 tengah hari sahaja. Tambah lagi, time cuti am orang tak berapa ramai sama macam yang berniaga. Memang awal lagilah mereka tutup kedai. Dekat sini, korang digalakkan beli secara borong. Sebab kalau borong, harganya lebih rendah dari harga yang korang beli satu-satu. 

Kebanyakan saiz yang di jual dekat sini, semuanya jenis free size. Di mana, saiz orang seperti aku tak payahlah nak bermimpi untuk membeli belah. Sebab, aku memang tak muat.. eh pembetulan. Muat tapi ikut badanlah.. aku ni jenis yang longgar-longgar, yang ngam-ngam pun aku tak selesa. Muehehehe...

Hmmm.. aku nak bagi layan gambar, tapi gambar dalam Hp, aku tak boleh nak transfer ke komputer. Hp pun aku tak boleh nak buka internet sebab internet aku dah off limit.. huhuhu.. nantilah aku update yer..

Adios..