Selasa, Februari 19

Percutian ke Vietnam on 2013

Assalamualaikum...


Wahahaha.. bukan main lama lagi aku peram cerita Vietnam aku nih. Atas sebab kesibukan tahap gaban dan kesihatan yang tak berapa baik, aku tangguhkan dulu kisah aku ke Vietnam tu. Sekarangni pun aku masih terbatuk-batuk dan masih kena telan ubat batuk ooppss silap kena minum ubat batuk lagi. Kalau andai ayat akuni merapu, itu bermakna aku dah lalok, ampunkan diri ini andai aku dah start melalut. 

Oklah, jom aku ceritakan perjalanan dan pengalaman aku ke negara Vietnamnih. Ada juga tips-tips melancong ke vietnam yang ingin aku sampaikan dalam entri aku nih juga. Ha... tunggu....

Hari bertolaknya aku ke Vietnam, Flight aku jam 8:30 pagi, tapi seawal 5:50 pagi aku dah keluar dari rumah untuk menghantar anak teruna ke pusat jagaan untuk dijaga oleh teachernya selama 4 hari. Kemudian aku terus bergerak ke KLIA LCCT sambil singgah di RnR untuk bersolat Subuh sebentar. Tepat jam 7 pagi aku sampai di KLIA LCCT kemudian kami terus check in bag kami dan masih ada lebih kurang sejam lebih lagi untuk kami menunggu. Korang nak tau kenapa aku keluar sebegitu awal? sebab aku tak mahu lewat lagi seperti lewatnya aku masa ke Bandung dulu. Penat giler aku kena berlari sebab nak kejar flight, pergh.. tak larat tu.. naik kejang kaki aku terasa kurus kejap badan aku tau ahaks.... #perasan

Jam 10 waktu sini, flight tiba di Saigon. Terkejut aku tengok lapangan terbang sana. Agak canggih dari Bandung dan lagi best dari LCCT. Saigon agak membangun juga tak macam aku bayangkan. Aku bayangkan Saigon ni agak mundur dari Bandung, namun sebaliknya.


Dah sampai ke saigon. Keluar je dari airport, ramai giler orang yang menanti terasa macam artis pulak, padahal takdepun orang yang tunggu kami ahaks.. 
                       


Sampai sahaja ke airport, kami terus mencari transport untuk ke Hotel Nhat Ha 1. Hotel kami tempah dari Booking.com jer.. lebih kurang 90USD untuk 4 hari 3 malam murah tak? lagipun dekat dengan Ben Than Market tempat tumpuan untuk bershopping lebih kurang 3 ke 5 minit berjalan kaki. Ada hotel yang lebih dekat lagi dan agak popular antara pelancong Malaysia iaitu hotel Saigon Pink kalau tak silap akulah dekat dengan kedai makan yang halal dan juga dekat dengan Ben Than market.
Inilah rupa bilik untuk aku dan hubby aku beradu buat 3 malam
Nhat Ha 1 Hotel dengan 11 tingkat yang mempunyai bilik dan 1 tingkat restoran di tingkat paling atas 
Lepas Check-in Hotel, plan aku yang pertama ialah round Ben Than market sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai ke sini.

Lupa aku nak bagi tau, tips pertama: kalau tujuan korang nak datang Vietnam untuk bercuti sambil bershopping, adalah baiknya korang tak bawak banyak baju dan seluar, satu hari satu bajupun dah cukup tak perlu bawak baju banyak-banyak, kalau rasa badan tu kuat berpeluh, boleh je beli baju baru kat BT market takde hal punya buat yang berbadan kecil amat mudah hendak cari baju or blouse saiz ada dari S ke XXL. Bagi yang bersaiz X3L macam aku memang payah sikit nak carilah huhuhu...

Tips kedua: Tak payah sibuk-sibuk nak tukar duit sangat, kalau nak bershopping, lagi jimat pakai duit MYR dari pakai duit USD or VND. Duit VND hanya digunakan sewaktu membeli makanan, so korang bolehlah tukar duit VND lebih kurang 1 - 2 juta dah mencukupi. Tetapi, aku nak ingatkan korang jangan terkejut dengan harga makanan halal kat sana sebab aku rasa harga makanan kat sini lebih murah dari harga makanan sana. Tambah bertuahnya bumi Malaysia kita di sini, bila kita di sini amat mudah untuk mencari makanan halal walaupun takde certificate halal dan harga makanannya tidaklah macam harga di sana. Oh ya, untuk duit USD pula, korang bolehlah tukar dalam 200 USD untuk tambang teksi dan upah tourist guide jika mahu.

Sambung balik bab bershopping dan jalan-jalan di Ben Than market. Ada banyak pintu dan agak besar tempatnya, di luar dan di dalam, penuh dengan pelbagai jenis kedai. 
Peta dan senarai kedai di Ben Than Market.

Tips ketiga: perhatikan tanda-tanda kedai yang terdapat tanda fixed price, tak payahlah korang berangan nak mintak kurang kat kedai tu, kalau nasib baik korang takkan dilayan untuk kurangkan harga, kalau nasib tak baik, korang kena halau dari kedai tu. 
Kedai barangan Kulit dan kedai kasut. Rambang mata dah time nih.
Jadi, adalah seeloknya, korang terus ke bahagian tengah Market untuk mencari kedai-kedai yang bakal menjadi mangsa korang. Tapi jangan pulak korang yang menjadi mangsa penipuan mereka kat sana.
Bahagian tengah market yang sesuai untuk di jadikan tempat untuk tawar menawar.
Tips ke-4: pastikan ditangan telah ada senarai tukaran mata wang sekiranya kedai itu tidak menerima duit RM. 
Ben Than Market dari jarak dekat.. (yangni jer mampu aku tangkap, tak berani nak seberang jalan)
Bagi orang perempuan, mesti dah rambang mata sebabnya, kat sini korang boleh dapat kain pasang dengan harga yang diluar jangkaan korang, kalau korang kain chiffon yang bermanik penuh dari atas hingga ke bawah dalam harga beratus-ratus, kat sini korang boleh dapat lebih murah dari itu, memang murah sangat-sangat dan boleh tempah jahit, siap dalam 1 hari dan siap hantar ke hotel lagi.

Dah puas pusing-pusing Market, kami ke Restoran Kampung melayu untuk makan tengah hari. Mulanya kami nak kedai Hjh Basiroh di sebelah, tapi disebabkan dah petang sangat, makanan banyak dah habis, tambahan lagi tempat yang adapun dah penuh. So kami decide ke Restoran kampung melayu. Tambah lagi, ada logo halal vietnam jadi yakin sikit nak makan di situ. Sambil makan kat situ, kami ada bertanyakan pada pekerja situ arah kiblat dan waktu-waktu solat di sini. Tapi balik bilik, kami cuba bandingkan dengan kompus kiblat dan waktu solat, alhamdulillah sama dengan yang di cakapkan.
Tengah mencari kedai yang halal untuk suppedek - makan

Besar giler ayam jantan ni, kat malaysiapun tak besar macam ni tau. Setia menunggu depan pintu


Gambar atas: Antara set-set makan yang boleh dipilih untuk makan secara ekonomi
Gambar bawah: Resit untuk 5 orang makan
Sampai di sini sahaja buat masa ni, nanti aku sambung lagi untuk night market dan aktiviti-aktiviti aku kat sana. Harapnya takdelah yang bosan membaca entri aku kali ni.

16 ulasan:

Hanif Idrus berkata...

Berduan-duan bersama suami ..heheheh

Syaz Blackrose berkata...

hahaha.. berdua itu penting.. nak bawak anak kena tunggu dah besaq skit. kalau tak, tak larat nak layan kerenah anak. asik nak berdukungjer...

Tihara berkata...

best jugak eh melancong kat sini :)

Tanpa Nama berkata...

Admin nk tnye kalu saya tukar rm1k cukup tak tuk shopping semata2.bc blog awak kata x yah tukar sgt dong erk sebelum g..ke camner

Syaz Blackrose berkata...

maaf baru balas hari ni, pada saya cukuplah tu kalu duit malaysia sahajalah, kena pandai tawar menawar sampai dapat budget yang kita nak. boleh berjimat di situ. kena backup juga duit US juga dalam 100US (dlm jumlah wang kecil) kalau ada duit lebih, sebab ada kedai yang nak pakai duit US n Dong sahaja ada yang 3-3 ok. kena tanya juga harga bg setiap mata wang dan bezakan dengan duit kita. itu sebab pentingnya carta tukaran matawang kat tangan kita.

aimy berkata...

As salam...bgusnya berkongsi mcm ni..bole standby sebelum pg. Maknaya setiap kedai tu xsama ya. Ada mntak us ada myr ye..

Syaz Blackrose berkata...

waalaikumussalam.. aimy, aah ada saya pergi kedai jual baju t-shirt, dia hanya mintak duit US dan dong je, duit kita dia x layan pun.. ada pulak, duit myr dan dong je, us pulak x lyn tu yg kena tanya tu. ada kedai pulak, speakingpun x reti.. lg pyh...

Tanpa Nama berkata...

Aslm,crta tkaran wang nk ambk ktne

Syaz Blackrose berkata...

Yang tu kena buat sendiri. dari nilai besar ke nilai yg kecil. tp kena tukar duit dulu, baru buat bandingan nilai RM, Vnd n US.saya x sempat nak ambil gambar carta tu sebab dah lunyai n dah hilang hehehe

Tanpa Nama berkata...

nk mntak email bleh x

Syaz Blackrose berkata...

syaz415@gmail.com

Amsyahril Syahril berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Tanpa Nama berkata...

Hello to every single one, it's genuinely a nice for me to go to see this web page, it contains
precious Information.

Feel free to surf to my blog post; tourist destinations in america

Tanpa Nama berkata...

Assalam sekadar berkongsi

aniza zakaria berkata...

Baru je tuka dong tadi...rm165:1juta dong..cukup kot?nk menyoping lagi :)

Syaz Blackrose berkata...

wah.. aniza selamat bercuti...