Jumaat, Februari 15

Freaky Friday #13

JIN MENCEKIK LEHER ANAK WANITA ALIF BIN AFRA'

ADA satu kisah yang berkaitan dengan melarangnya jin yang baik terhadap jin yang jahat. Muhammad bin Qudamah menceritakan suatu kisah dari Umar bin Yunus Al-Yamani Al-Hanafi dari Ikrimah bin Ammar dari Ishak bin Abdullah bin Abi Thalhah dari Anas bin Malik ra ia berkata:

          "Puteri 'Auf bin Afra' sedang tidur di atas pembaringannya, ia tidak mengira akan ada sesuatu. Tiba-tiba ada seekor haiwan yang telah berada di atas dadanya, dan tangannya diulurkan ke arah leher wanita itu. Kemudian ada selembar kertas kuning yang datang dari antara langit dan bumi. Kertas itu terjatuh di atas dada wanita itu. Haiwan yang berada di atas dada wanita itu segera mengambil kertas itu dan membacanya. Bunyi tulisan yang ada dikertas itu adalah:
             
                 "Dari yang menguasai lakien (panggilan bagi seorang Jin). Kepada Lakien. Jauhilah puteri seorang hamba yang soleh itu. Sebab tidak ada kekuasaan bagimu untuk mengganggu atau membunuhnya."

             Haiwan itu segera berdiri dan melepaskan leher puteri itu dari cengkamannya. Tapi sebelum ia pergi, tangannya ia pukulkan ke lutut puteri itu, hingga membesar hampir sama dengan kepala kambing. setelah puteri 'Auf itu lepas bebas dari malapetaka itu, ia langsung pergi ke tempat Aisyah ra dan menceritakan kejadian itu kepada beliau. Beliau menjawab, "wahai puteri saudaraku, bila engkau takut, sinsingkanlah lengan bajumu dan hadapilah ia. Insyallah jin itu tidak dapat mengganggumu. Perawi menambah penjelasan: "Bahawa wanita itu dijaga oleh Allah, lantaran ayahnya telah mati terbunuh sebagai pahlawan muslim yang syahid dalam Perang Badar



sumber: Himpunan kisah-kisah jin, syaitan dan iblis

1 ulasan:

hainom OKje berkata...

Semoga dijauhkan dpd jin yg suka mengganggu Anak Adam