Memaparkan catatan dengan label Monday Blues. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Monday Blues. Papar semua catatan

Isnin, Februari 11

Monday Blues #121

السلام عليكم




Morrrniiinggg..... Monday Blues datang lagi... hmmm... ada yang malas nak datang kerja hari ni or ada yang malas nak mulakan kerja di pagi hari ni? Biasalah... 2 hari bercutikan... dah seronok bermalas-malasan, kini tiba waktunya untuk memulakan kerja semula. Bagi anak-anak pula, malas dan liat nak bangun pagi setelah 2 hari bangun lambat huhuhu..

Aku seperti biasalah, pagi ni aku terpaksa memulakan semula proses DIET ku dengan mula berpuasa semula kerana berat ku dah mencanak-canak naik tanpa henti huhuhuhu.. dan pagi isnin seperti pagi yang biasa, bertekak dengan anak teruna, sebab tersangatlah liat untuk bangun pagi.

Hati aku dah mula berdebar, sebab ada lagi 4 harinih... huishhh.. berdebarnya........ apa dia... nanti.. nantilah aku cerita hihihi...


ok jom mulakan pagi dengan perasaan yang ceria dan penuh semangat ye... CHAIYOK....... KAMBATE...

Isnin, Februari 4

Monday Blues #120

السلام عليكم



Tengah Hari U'olls.. Dah masuk bulan February. Sedar tak sedar, sempat lagi tak kalu aku ucapkan selamat tahun baru 2019 pada sekalian pembaca? hehehehe.. ampunlah, disebabkan kekangan kerja dan sering terlupa untuk update blog (Lupa update blog? tak boleh jadi nih huhuhuhu..) dah masuk bulan dua baru nak update dan ucap selamat tahun baru ye? haiiii... nasib korang lah. 

Wokey nak cerita, esok tahun baru Cina kan? hari ni aku tak cuti walaupun sekolah cuti seminggu. nak berjalan? susah aku nak tinggalkan belaan kat rumah tu. nak pergi lama-lama pun, ada belaan tumpangan pulak kat rumah. Hehehehe.. nak tahu ke belaan - belaan tu?

 Inilah rupanya belaan rumah aku huhuhu
 Amber
 Anggun (mana mata dia ntah)
 Amber dan anaknya Barley
Tuh yang dlm tong belaan tumpangan huhuhu... 

Nak tahu kenapa belaan tumpangan, sebab Cik Nisa g Turki ikut Mem Ma dan Tok Din. Belaan mereka kenalah letak kat rumah orang yang tak ke mana-mana ni.. huhuhuhu... 

Hari Isnin, Hari ni Big Bos tiada di pejabat sebab bercuti so...., merdeka lah hahahaha.. that why lah hari ni Ummi boleh buka blog nih... muahahahahaha.....

Wokeylah... ADIOS. jumpa lagi next entry...

Isnin, Julai 2

Blues Monday #119


 

Isnin datang lagi.... hmm.... biasalah.. isninkan.. (isnin gak yang salahkan? kikikiki). Nasiblah jadi Isnin. 

Jabatan ni ada perhimpunan pagi seperti biasa. Tapi kali ni, Pengarah ambil masa yang lama. Sejam setengan ko.. kena berdiri... naik kebas kaki mak nih.. walaweh... macam-macam pesanan yang Pengarah sampaikan.

Ok.. ada kerja urgent. Tiba-tiba pulak meeting Tender jadi.. masak... sib baik bukan aku yang masuk kikiki..

Adios...

Isnin, Jun 25

Blues Monday #118



Monday Blues, Kerja tak jalan tapi blog berjalan hehehehehe... nasiblah.Tapi esok, kerja confirm jalan. Nasiblah bos... dapat anak buah yang agak pemalas macam aku nih...

Siapa baru nak mula puasa hari ni? angkat tangan.. eh..eh.. tapi sebelum angkat tu tengok keliling dulu. Tak de orang baru angkat tau.. kikiki.. aku baru nak mula puasa hari ni. tapi puasa ganti dulu lah. nanti dah habis, baru aku buat puasa enam. Insya Allah.. sekiranya berkesempatan....

Bercakap pasal puasa... nak berbuka makan apa yer hari ni? Hmm.. tadi aku ada baca pasal ayam goreng kunyit.. hmm makan tupun sedapgak hehehe...

jap nak search resepi..

Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

A
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
minyak masak

B
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris separa bulat
3 biji cili api diketuk
3 batang kacang panjang dipotong 1/2 inci (bundo tak bubuh sebab takde stok)
1/4 biji capsicum merah dihiris nipis
1/4 biji capsicum hijau dihiris nipis
1 helai daun kunyit dicarik ( tak ada. bundo ganti dengan serai)
1 sudu perahan limau nipis
1/2 cawan air.




1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 70% masak. Ketepikan.
3. Keluarkan setengah daripada minyak dan masukkan bahan B.
4. Masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak.
5. Hidangkan bersama nasi putih.

Isnin, Jun 11

Blues Monday #117

السلام عليكم

Monday Blues again... asal Isnin jer.. Monday Blues huhuhu.. tapi tidaklah semua hari Isnin aku kena Monday Blues, Hari ni jer aku kena Monday Blues. Tapi Monday Blues pun, kerja tetap jalan walaupun jumlahnya sedikit cuma huhuhu... Lagi 4 hari nak masuk bulan Syawal. Tak sempat pula aku nak ucapkan selamat berpuasa pada korang masa awal Ramadhan hari tu kan...

Tahun ni, bulan Ramadhan ni, aku ada berniaga maruku.. hehehe.. mmg masuk pagi2ni terus monday blueslah aku, duk kutip duit maruku dari orang. Macam-macam perisa aku jual. Tapi aku jual untuk yang aku rasa sedap kat tekak aku ler.. nak beli sesaja tapi x sedap, mmg xdelah aku nak jual nanti tak laku aku gak yang rugikan?
Tgklah maruku yang aku dah beli. aku main belijer nih... bukan kirapun berapa modal yang keluar huhuhu.. Baru post kat dalam group jabatan baharu aku, trus berduyun-duyun yg order.. aku bawak ke pejabat pun, masih ada yang tanya lagi huhuhu.. hebat tak hebat penangan rezeki bulan Ramadhan nih kan.... Syukur Alhamdulillah.

Ada yang berkenanke? Lepas raya punya order lah pulak yer. COD area Klang n Shah Alam sahaja hihihi.. itupun dgn kos minyak yer.. kalu tak mahu bayar kos, boleh collect di MPKlang jer.. kikiki...

Memang sedap dan dijamin halal. Sebab kat tekak aku dan tekak kawan2 aku cakap sedap hehehe..

 Ini tempat baharu aku. Agak terbelakang sikit berbanding tempat dahulu. Tapi aku suka sebab agak privasi, orang (bos)pun xde nak jeguk aku sesuka ti dia je hihihihi...
Muka kepenatan sebab aku naik tangga dkt 3 kali untuk pagi ni huhuhuhu.. tp masih maintain ayu kikiki perasan buah santankan...

Psstt.. nak bagitahu ni.. Berat aku dah turun lagi sekilo kikiki.. mana tidaknya, berat aku maintain tak gerak dah 3 bulan.. nih aku jaga balik dan cukup minum air balik, barulah nak gerak turun balik huhuhu...jenuh. Bila dah major turun berat, bila nak turun sekilo lepas tu, jenuh giler nak dapat huhuhu..

Wokey, dah petang pun. Masih Blues Monday jugak. Kikiki. teruk sungguhlah... aku nih..

Sebelum aku terlupa dan sebelum aku tak dapat nak update blog, Aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua warga Blogger dan Pembaca sekalian, semoga hari raya kali ini, anda semua diberkati dan dirahmati hendaknya. Ampun dan Maaf seandainya ada tersilap ataupun terkasar bahasa tanpa aku sedar. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN......

Isnin, April 30

Blues Monday #116


السلام عليكم

Blue Monday again........ hmm... kusut kepala hotak aku nih.. kerja aku kena usik by somebody. sedang kan aku x ubah apapun... ni semua idea pengarah aku yang nak mintak aku update terus dalam google drive. Sekarang ni, ada data dalam tu hilang. habis kerja aku selama sebulan walaupun setakat copy dan paste sahaja...... tapi semua tu dah hilang... Allahuakbar... mana pergi data tu semua.... kalaulah boleh aku undo semula yang mereka dah delete tu kan bagus... penat dan sakit mata aku dibuatnya. Dengan kerusi yang tak selesa nak duduk, buat kerjapun rasa mcm duduk bawah jer.. sakit bahu aku sbb buat kerja dalam keaadan meja lagi tinggi dari kedudukan aku duduk ni. Haduii.. sapelah yang sabotaj kerja aku ni ha... aku dah siap update ko..nak kena cari balik, kerani pula kena cari fail. Hilang habis.. gggrrrrr.... dugaan sungguhlah.... 

Ya Allah.. ko temukanlah aku dengan orang yang telah mengubah kerja aku sesuka hati nya itu. Ko buatkanlah orang itu mengaku sendiri kepada aku, agar aku boleh geget-geget telinganya tuh... sampai putus... ggggrrrr... geram nya........

Isnin, April 16

Blues Monday #115

السلام عليكم


Hi uolls.. Yup bermula kembali blog mak ni... Monday Blues?? yup hari Isnin kan... Pagi ni Di Jabatan Baru, Di Tahun Baru, Hari Baru, Minggu Baru. Jabatan aku pagi ni dengan taklimat dari Ketua SPRM cawangan Klang. Haa.. Hamikko... Ketua SPRM yang datang ko.. Sorry tak de gambar. Sebab Monday Blues... no picture, only story kikikiki..

Yup nama pun Monday Blues, so kerja pun buat ala nak dengan tak nak aje yer.. hehehehehe.. lantaklah.. tambah lagi aku rasa macam akan kena ABCni.. cuma tanda-tanda dah ada. Bila tak tau..

Adios...

Isnin, Jun 19

Blues Monday #114


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ramadhan 24, 

Huhuhu beberapa hari lagi nak menjelang Aidilfitri. Persiapan raya korang semua macammana? Sudah habis bershopping ke? Aku, hanya shopping di alam maya je. Tahun ni tak berapa nak membeli-belah sangat. Malas nak bersesak-sesak.

Lagi berapa hari juga Ramadhan nak meninggalkan kita. Perbanyakkanlah amalan kita di akhir-akhir bulan ini. Sedih kerana aku tak dapat mencukupkan amalan yang ada sebab baru je boleh berpuasa kembali huhuhu.. 

OKlah.. sampai di sini sahaja. Sebelum aku mengudurkan diri, dan nampaknya kalau di kampung aku tak mungkin dapat online sepenuhnya, jadi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua....

Maaf Zahir dan Batin kerana banyak kesilapan aku buat kalian semua.


Isnin, April 3

Blues Monday #113

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama aku tak update Blog. sibuk yang amat-amat. Huhuhuhu.. banyak cerita aku tak sempat nak update. Harini.. aku tak berapa nak sihat. Demam melanda lagi. Aku baru baik dari demam selsema. Pagi tadi, lepas sarapan kepala aku pening. Sampai petang masih pening. rasa macam nak pengsan pun ada. mata kalau aku tutuppun, aku rasa berpusing aku satu dunia.. ades.. tak sukalah macam ni. Tapi sakit tu kan penghapus dosa kecil...

Pagi tadi dapat tahu anak Cik Ain masuk hospital sebab demam panas dan infection pada tekak. Allahhuakbar.. Risaunya hati.. Semoga anak itu cepat sembuh hendaknya.. 

Adios.. tak ada idea nak taip cerita apa, sebab peningnya kepala aku....



Isnin, Februari 6

Blues Monday #115

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kepala pusing, badan lemah-lemah urat sendi, hidung berair dan tekak rasa perit. Apa tandanya? Aku dah kena demam selsema namanya. Sungguh aku tak larat. Tapi sebab arahan bos aku kata 2 hari sebelum mesyuarat tak boleh cuti EL mahupun MC, nak taknak aku gagahkan diri untuk datang pejabat juga. Tambah lagi, dah ada sorang apply MC dari klinik Majlis, nak tak nak kenalah aku bertahan juga.

Ubat selsema aku dah makan. Tunggu untuk letak kepala dan lelap. Tapi kerja menanti jadi aku kenalah gagahkan diri aku sampai aku tak boleh nak bertahan dah.

Adios....

Isnin, Januari 30

Blues Monday #114


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina buat rakan-rakan yang berbangsa cina. Rasa tak terlambat kot aku mengucapkannya. 
Pagi tadi, aku dengan Hubby terlebih rajin nak ke Jeram, Kuala Selangor mencari mentarang. Pagi-pagi lagi dah aku paksa anak teruna aku bangun. Membebel mulutnya tidak mahu ikut sebab baginya tidur lagi seronok dari bangun pagi.Hai..lah anak...

Tak sampai sejam perjalanan kami, sebab jalan sesak. Sampai di Jeram, tak banyak yang berniaga. Hanya ada 1 - 2 gerai sahaja yang buka. Alhamdulillah ada juga mentarang cuma mahal sikitlah. Kami beli kerang dan pepahat juga. Niatnya,  kami nak ber 'shell out' lagi sekali malam ni.

 Shell Out kami buat kali pertama, masa ni makan bersama anak buah Hubby. Tapi tak fefeeling 'shell out' sangatlah.. sebab tak makan atas lapik plastik

Tengah hari pula, kami ke pasaraya cari ketam, udang dan sotong. 

Petangnya, Hubby aku mula merebus segala seafood yang ada. Manakala aku, menyediakan bahan-bahan untuk rempahnya. Meleleh air mata aku sebab kupas bawang keh...keh..keh...

Di mana ada ummi, di situ jugalah minah Melur ni nak landing... kalau terpijaklah... riuh satu rumah

Siap.... Masa untuk makan... Kali ni ringkas je. Tapi ada tambahan jenis 'shell' nya
Shell Out kali kedua

Hmm.. lazat... tapi inipun tak habis. Jenuh juga kami nak habiskan. Almaklumlah.. berdua je. Anak teruna macam biasa makan sikit je.

Isnin, Januari 16

Blues Monday #113

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Blues Moday sungguh pagi hari ni, Lama tanah tempat aku duduk ni tak hujan, Hari ni dilimpahi dengan hujan yang sangat lama. Kalau tak silap dari tengah malam semalam. Tapi tak lebatlah... renyai jer..

Jalan macam biasa akan sesak setiap kali hujan, paling best bila abam trafik buat 'dek' jer.. lupa pula bawak baju hujan. Cuma berdiri perhati kereta lalu lalang.. urrgghhh hampeh.. Cerita pasal blues Monday[un bukan best mana kan. Jom kita throwback ajelah. Kerja throwback ajelah aku ni. tak pernah nak up to date langsung kan...

Cuti Am 2 minggu lepas, aku pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah nak ke pasar. Pasar ni bukan pasar biasa tapi pasar kemboja di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras. Kalau korang nak cari ikut waze, korang carilah Kampung Kubu Gajah. Pasarnya betul-betul di selekoh jalan besar. Dari tepi jalan memang dah nampak dah.

Seeloknya korang datang awal, sebab pasar ni memang tutup awal, sehigga jam 12 tengah hari sahaja. Tambah lagi, time cuti am orang tak berapa ramai sama macam yang berniaga. Memang awal lagilah mereka tutup kedai. Dekat sini, korang digalakkan beli secara borong. Sebab kalau borong, harganya lebih rendah dari harga yang korang beli satu-satu. 

Kebanyakan saiz yang di jual dekat sini, semuanya jenis free size. Di mana, saiz orang seperti aku tak payahlah nak bermimpi untuk membeli belah. Sebab, aku memang tak muat.. eh pembetulan. Muat tapi ikut badanlah.. aku ni jenis yang longgar-longgar, yang ngam-ngam pun aku tak selesa. Muehehehe...

Hmmm.. aku nak bagi layan gambar, tapi gambar dalam Hp, aku tak boleh nak transfer ke komputer. Hp pun aku tak boleh nak buka internet sebab internet aku dah off limit.. huhuhu.. nantilah aku update yer..

Adios..




Isnin, Disember 19

Blues Monday #112

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama aku bercuti minggu lepas, 9 hari lamanya. Bila nak mula kerja balik ni segala urat dan sendi-sendi dah mula liat nak buat kerja. Itu Monday Blues pagi tadi. Memang agak liat jugalah aku nak bangun pagi hihihi..

9 Hari bercuti atas alasan nak menjaga anak teruna bersunat, tapi ikutkan banyak urusan aku buat, dari urusan jual kereta hinggalah ke urusan dengan SSM dengan bank. Menjaga anak sunat tu, memang tetap dijagalah tapi kena tinggal selalu hihihi.. Kesian, anak aku punya bebird buta, so lambatlah agaknya nak baik.


Tapi, bila masuk kerja, tengok atas meja kerja dah melambak-lambak. Aku tak jadi nak bermonday blues huhuhu.. OK.. mula kerja

Adios.... mula kerja

Isnin, Disember 12

Blues Monday #111


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sempena hari sambutan Maulidur Rasul hari ini, aku uploadkan apa yang di viralkan dalam what apps.

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu
💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ﷺ💠💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
 Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد

💠💠q💠n💠s💠💠

# sungguh indah nukilan ini...
    Sebak bila membacanya...😢

Isnin, November 21

Blues Monday #110

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 Blues Monday datang lagi, Hari ni dan minggu lepas, mood agak merundum jatuh ke bawah. Pagi ni lagilah, aku rasa dah masuk bawah tanah kot. Pagi tadi, aku bangun awal sebab niat nak masak untuk jualan. Haa.. sekarangni aku dah mula mencari wang lebih untuk tambah pendapatan. Dah tak boleh nak mengharapkan duit yang jatuh dari langit dah. Duit yang jatuh dari langit pun dah makin susut dah. 
 Okey, sambung balik citer pasal pagi tadi. Aku masak nasi dari semalam lagi, pukul 1 pagi, aku tgk nasi, macam ada lembik dan macam ada mentah, akupun apa lagi tambah airlah. pukul 5 pagi ni, aku tengok nasi dah lembik. ALAMAK!!!.. macam mana ni? aku cuba gorengkan juga. Tapi apakan daya, nasi tetap lembik. Sudahnya, aku tak jadi berjual hari ni, aku bungkuskan juga, tapi minta anak teruna bawak sikit ke sekolah dan bagi kawan-kawan dia makan dan aku bawa sebungkus ada lagi 4 bungkus di rumah. Nasiblah apa nak jadi kat nasi tu. Tak sedaplah nak jual kat orang nasi lembik ataupun nasi mentah. Terus pagi ni juga, mood aku jatuh ke tanah.
Minggu lepas pula, kereta aku kena langgar eh silap aku langgar kereta orang yang langgar lampu isyarat merah. Ikutkan, jalan yang orang tu ikut mmg tak bolehpun lalu ikut lampu isyarat tu, sebab di situ laluan sehala untuk ke kiri sahaja. Pemandu tu punyalah cerdik nak lintas jalan tu juga. Mujurlah satu pejabat dengan aku, kalau tak lagi panjang kes aku tu. Nak kena report bagailah, apa lah susah jadinya.