Isnin, Jun 11

Blues Monday #117

السلام عليكم

Monday Blues again... asal Isnin jer.. Monday Blues huhuhu.. tapi tidaklah semua hari Isnin aku kena Monday Blues, Hari ni jer aku kena Monday Blues. Tapi Monday Blues pun, kerja tetap jalan walaupun jumlahnya sedikit cuma huhuhu... Lagi 4 hari nak masuk bulan Syawal. Tak sempat pula aku nak ucapkan selamat berpuasa pada korang masa awal Ramadhan hari tu kan...

Tahun ni, bulan Ramadhan ni, aku ada berniaga maruku.. hehehe.. mmg masuk pagi2ni terus monday blueslah aku, duk kutip duit maruku dari orang. Macam-macam perisa aku jual. Tapi aku jual untuk yang aku rasa sedap kat tekak aku ler.. nak beli sesaja tapi x sedap, mmg xdelah aku nak jual nanti tak laku aku gak yang rugikan?
Tgklah maruku yang aku dah beli. aku main belijer nih... bukan kirapun berapa modal yang keluar huhuhu.. Baru post kat dalam group jabatan baharu aku, trus berduyun-duyun yg order.. aku bawak ke pejabat pun, masih ada yang tanya lagi huhuhu.. hebat tak hebat penangan rezeki bulan Ramadhan nih kan.... Syukur Alhamdulillah.

Ada yang berkenanke? Lepas raya punya order lah pulak yer. COD area Klang n Shah Alam sahaja hihihi.. itupun dgn kos minyak yer.. kalu tak mahu bayar kos, boleh collect di MPKlang jer.. kikiki...

Memang sedap dan dijamin halal. Sebab kat tekak aku dan tekak kawan2 aku cakap sedap hehehe..

 Ini tempat baharu aku. Agak terbelakang sikit berbanding tempat dahulu. Tapi aku suka sebab agak privasi, orang (bos)pun xde nak jeguk aku sesuka ti dia je hihihihi...
Muka kepenatan sebab aku naik tangga dkt 3 kali untuk pagi ni huhuhuhu.. tp masih maintain ayu kikiki perasan buah santankan...

Psstt.. nak bagitahu ni.. Berat aku dah turun lagi sekilo kikiki.. mana tidaknya, berat aku maintain tak gerak dah 3 bulan.. nih aku jaga balik dan cukup minum air balik, barulah nak gerak turun balik huhuhu...jenuh. Bila dah major turun berat, bila nak turun sekilo lepas tu, jenuh giler nak dapat huhuhu..

Wokey, dah petang pun. Masih Blues Monday jugak. Kikiki. teruk sungguhlah... aku nih..

Sebelum aku terlupa dan sebelum aku tak dapat nak update blog, Aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua warga Blogger dan Pembaca sekalian, semoga hari raya kali ini, anda semua diberkati dan dirahmati hendaknya. Ampun dan Maaf seandainya ada tersilap ataupun terkasar bahasa tanpa aku sedar. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN......

Tiada ulasan: