Jumaat, November 23

Freaky Friday #5

1001 Senyum
Gedung Moden zaman kini

Benteng Untuk Menahan Malaikat

PADA Zaman dahulu ada seorang raja yang berkuasa. Pada suatu hari, dia didatangi oleh seorang lelaki yang tidak  dikenali yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki tersebut adalah malaikat Izrail yang datang untuk mencabut nyawanya.
   "Hei! Siapa engkau ini?" tanya raja.
   "Saya malaikat maut, datang untuk mencabut nyawamu." jawab lelaki tadi.
   "Alamak malaikat maut. Aku mohon padamu agar menangguhkan kematian ini. Berilah akku tempoh selama tujuh tahun agar aku dapat membuat persediaan untuk mati," kata si raja .
    Allah memberitahu malaikat itu bahawa permohonan si raja dikabulkan. "baiklah, permohonanmu diluluskan. Aku beri tempoh engkau sehingga tujuh tahun," kata malaikat maut lalu pergi.
    Raja yang sudah ketakutan itu segera memerintahkan kepada wazirnya agar dibuatkan sebuah benteng yang sangat kukuh. Di sebelah belakangnya digali tujuh parit yang dalam, di sekelilingnya di pagar dengan tembok yang tebal. Pintunya diperbuat daripada besi dan dipateri pula dengan timah. Di dalam benteng yang sangat kuat kukuh dan tertutup itu, di bangun pula sebuah gedung yang sangat besar dab kukuh dengan pintu kawalan yang sukar untuk diceroboh. Di dalam gedung kuat yang dilindungi dengan benteng kukuh itulah si raja akan berembunyi dari malaikat maut. Apabila selesai, si raja masuk ke dalam gedung itu dengan membawa semua keperluan hidup sepanjang masa.
    "jaga pintu ini baik-baik dan jangan benarkan sesiapapun masuk ke dalam benteng ini buat selama-lamanya. Tak seorangpun dibenarkan menemuiku." pesan raja kepada penjaga pintu dan para pengawalnya.
     Apabila sudah sampai masa tujuh tahun, malaikat datang menjumpai si raja yang sedang bersembunyi di dalam benteng itu. Dia sangat terkejut apabila tiba-tiba sang malaikat maut muncul di hadapannya.
     "Dari mana engkau datang? Bagaimana engkau boleh masuk ke dalam benteng ini? Dan siapa yang membenarkan engkau masuk, hah..?" tanya raja ketakutan.
    "Aku dimasukkan oleh penjaga gedung ini." jawab malaikat.
   "Khianat." kata raja dengan marah.
  Lalu dipanggilnya penjaga pintu dan tentera yang berkawal diluar.
  "Bodoh semua! Mengapa kamu benarkan orang ini masuk?" kata raja menengking para pengawalnya.
  "Kami tidak melihat sesiapa yang datang ke sini apalagi membenarkan masuk. Kami berani bersumpah. Pintu benteng selamanya terkunci dan kuncinya pula tetap pada di tempatnmya." jawab para pengawal.
   "Ketahuilah wahai raja," kata malaikat maut. Pemilik gedung ini tidak dapat dihadang dengan pagar-pagar besi, tembok batu yang kukuh atau parit-parit pengaman yang dalam, Dia bebas menghantar utusannya kemana saja."
   "Kalau begitu, untuk apa engkau datang kepadaku lagi?" tanya raja yang sudah gementar itu.
   "Ya, untuk mencabut nyawamu."
   "Sudah tak boleh ditangguh lagi?'
   "Tidak boleh. Aku mesti mencabutnya nyawamu."
  "Kemana aku akan pergi jika rohku telah kamu cabut?"
  "Engkau akan pergi ke rumah yang telah aku bina untukmu yang lengkap dengan segala alat-alatnya."
  "Apakah aku akan mendapatkan rumah baru?" tanya raja.
  "Ya." jawab malaikat.
  "Di mana rumah itu?" tanya raja lagi.
  "Di neraka yang dapat menghancurkan kulit kepala, yang memanggil orang-orang yang membelakangkan dan yang berpaling dari agama, serta mengumpulkan harta lalu menyimpannya (tidak menafikannya di jalan Allah)." jawab malaikat.
   Raja bertambah gementar dan sekujur badanya keluar air peluh. Dia jatuh pengsan dan Malaikat mencabut nyawanya ketika itu juga lalu pergi.


Cerita dipetik dari: Himpunan Kisah-kisah lucu, A.K. Alang Jaafar
Keluaran: Darul Nu'man

Tiada ulasan: