Ahad, Jun 24

Dinner At Sikin 2

        Malam minggu, malam yang kebiasaannya aku jarang masak makan malam. Mula nya kami decide nak makan dekat Restoran di Jalan Kebun. Tapi tak nampak pula restorannya di tepi jalan kebun tu. So kami decide untuk makan di Restoran Sikin 2 di jalan ke Bukit Kemuning. Retorannya agak besar dari Restoran Sikin 1 yang ada di Jalan Uganda, tapi orang tak ramai yang datang ke restoran tu. Mungkinkah, masakannye yang membuatkan tak ramai pengunjung yang datang atau restoran nya agak tersorok dari jalan, ntahla. Tapi pada apa yang lidah aku rasalah, masakan yang di masak x setanding Sikin 1. 
       Kalini, Hubby pesan Siakap masak 3 rasa, telur bungkus dan sayur campur. Air laici kang seperti selalu.
Masa Aku sampai, tidak ramai pelanggan yang ada
Siakap 3 rasa 
(suka pulak aku meratahnya sebab ikannya garing dimasak)
Telur Bungkus (Hmm.. not bad)
Anak Teruna yang dah tido sebab seharian tak tido semata-mata nak keluar berjalan-jalan
Masa nak balik, dah tiada kenderaan dan pelanggan yang berkunjung
Aku n family merupakan orang yang terakhir keluar dari sini



Tiada ulasan: