Khamis, Jun 28

Tenanglah Wahai Hati...

YA ALLAH... YA TUHANku.
Berikanlah kekuatan buat diri ini supaya tabah menghadapi segala cabaran hidup ini. 
KAU berikanlah kesabaran yang tinggi buatku.
Jauhkanlah segala hasutan syaitan yang cuba menghasut ku,
Andai sudah ditakdirkan bukan itu rezeki buat ku, aku terimanya dengan Redha dan rela sepenuh hati.
Mungkin akan ada rezeki lain yang menanti.
Aku bermohon pada MU, YA ALLAH moga KAU bukakanlah pintu rezeki yang lain buat ku seluas-luasnya
"YA ALLAH, sesungguhnya aku adalah hambamu, anak hamba mu(Adam) dan anak hamba perempuanmu (Hawa), Ubun-ubunku di tangan mu, hukum-Mu berlaku pada ku, Qodho'-Mu berlaku padaku"
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu
dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.